Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum wbt
Kepada semua rakyat Malaysia terutama pelatih-pelatih Lian Padukan Malaysia terutama gelanggang Laksamana Shah Alam saya menyeru pertingkatkan latihan Lian Padukan anda.Mahirkan setiap gerak-geri dan rahsia permainan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Negara yang kini dalam kancah ketidak stabilan politik yang bercampur baur sentimen Agama Islam dipermain-mainkan, Bangsa Melayu dirobek-robek persaudaraannya dan Kedaulatan Tanahair yang kini di ganggu gugat oleh elemen yang cuba mencetuskan peperangan era ini setelah perletakkan senjata oleh Parti Komunis Malaya (PKM) pada 1988,Gerakan Acheh Merdeka (GAM) 2008-09 dan perolehan kedamaian di Selatan Filipina akhir 2012.Kini timbul pula Kesultana Sulu yang ingin menuntut bumi Sabah.Tanpa prejudis disebabkan agenda-agenda politik yang sempit saya ingin menyeru semua ANAK-ANAK LIAN PADUKAN bersatu dan berikrar sumpah taat setia kita kepada Bumi Malaysia ( dari Perlis sehingga ke Sabah).
Jangan kita biarkan Agama Islam di permain-mainkan sedangkan tolenrasi kita terhadap kebebasan beragama di bumi ini harus di pandang dan dipertimbangkan.Jangan ulangi peristiwa Natrah d Singapura, Peristiwa berdarah Sambutan Maulud Nabi di Singapura, dan Pergaduhan Agama di Ambon,Indonesia menjadi titik hitam di bumi Malaysia ini.Jangan biarkan Melayu dirobek2 persaudaraannya kelak akan terbakar dan tercetusnya AMOKAN Melayu seperti Tragedi 13 Mei 1969 dan Peristiwa Penentangan Komunis Melayu Batu Pahat.Perkataan AMOK amat sinonim dengan bangsa Melayu sehingga ia diiktiraf oleh Eropah dan Barat bahawa sifat semulajadi Melayu yang dalam keadaan aman ia lemah lembuh dan bertatasusila tinggi serta marahnya pun berupa sindiran usah disimbahkan lagi dengan minyak sehingga berubah sifat menjadi amok.Amokan Melayu tidak akan pernah surut sehingga semuanya menjadi padang jarak padang tekukur.Sebelum ianya terjadi usahlah dicuba...usahlah disudi kependekarannya...usahlah dihina caci bangsa kaumnya...
Malaysia adalah ibu pertiwi.Negaraku Tanah Tumpahnya Darahku!! Bangun Anak-Anak Bangsa Agama Ku!! Bangun Kita Pertahankan Islam,Melayu & Malaysia Kita sehingga titisan darah terakhir!
No comments:
Post a Comment