SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Wednesday, July 11, 2012

Terima Kasih Saudaraku

Bismillahirahmanirahim

Semalam saya berkesempatan singgah kerumah sahabat yg telah saya anggap seperti saudara iaitu Cikgu Abdullah Siddiq Mohamad a.k.a Doul BPM.Pertemuan walaupun singkat banyak info & pandangan dapat disalurkan.Pelbagai cerita-cerita perjuangan dapat dikongsi dalam mengembangkan seni warisan bangsa yang cukup terkenal di Johor amnya dan bumi Mersing khususnya.Untuk pengetahuan umum,Allahyarham iaitu bapa kepada saudara saya ini merupakan salah seorang rakan seguru Haji Sulieman Ariffin (Pak Mat Samurai).Mereka berdua sama-sama berguru dengan Allahyarham Imam Jaafar.

Kalau dicoretkankan apa yang diluahkan pasti mengundang kontoversi dan mengaibkan individu-individu tertentu.Pada saya dalam memperjuangkan Seni Silat /Pertarungan warisan bangsa harus ada penyatuan dan ukhwah.Sama-sama berjuang bukan sama-sama menikam antara satu sama lain sehingga Agama,Bangsa & Tanahair tergadai dan dalam kerugian.Jangan kerana sifat dengki dan hasad menguasai diri kita mengadu domba serta memburukkan.

No comments: