Bismillahirahmanirahim,
Syukur kepada Allah SWT dengan limpah kurniaNya saya dan isteri diberkati dengan lahirnya zuriat kami yang ketiga pada 31hb Mac 2013 jam 3.31 pagi di Klinik Perbidanan UMRA,Seksyen 13 Shah Alam.
Dengan ilhamNya diberikan bayi perempuan kami ini dengan nama Rosemaryam Juhann Sauffi. Keduanya sihat kini.Alhamdulillah..
Berbalik kepada tajuk diatas adalah kesinambungan dari bahagian 1 yang lepas.Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman dalam mempelajari Buah Pukul Mersing/Endau dan terkini Lian Padukan.Ketika remaja saya berkesempatan mempelajarinya dari seorang guru yang diperkenalkan oleh ayah saya sendiri.Latihannya berlangsung dari Isnin-Rabu sebelah malam.Latihan yang dikendalikan amat rejimental dan sangat lasak tanpa peri kemanusiaan.Dengan latihan sebegitu maka ia mencorak siapa diri saya semasa remaja.Dimana kedudukan saya antara rakan sebaya.Mempunyai semangat juang yang tinggi dan berkobar-kobar serta berkeyakinan.Terima kasih guruku..
Setelah tamat persekolahan dan pelajaran lanjutan dengan ilmu yg dibekalkan saya adaptasi didalam pekerjaan dan latihan perniagaan yang diterapkan oleh ayah saya sendiri.Bekerja dalam menguruskan syarikat keselamatan bukan seperti perniagaan biasa.Ia amat memerlukan mereka yang berdisiplin tak kira berlatar belakangkan ketenteraan,polis atau senibeladiri.Dengan latar belakang asas beladiri yang kuat saya mengharungi latihan pengurusan dan perniagaan dengan cekal dan tabah.Kadang-kadang dengan ilmu yang dibekalkan terpaksa saya gunakan apabila jalan diplomasi gagal.Melalui pengalaman-pengalaman seperti ini saya terbuka luas kepada permainan yang lebih bebas dan jalanan.Sesungguhnya pembelajaran dan penimbaan ilmu serta pengalaman masih dan sedang berlaku.Kata orang jauh berjalan luas pandangan dan pengetahuan sehingga satu hari saya menemui permainan yang lebih advance dari permainan asal amalan saya...iaitu Lian Padukan
Tidak sangka permainan yang sudah lama bertapak dan beribu pejabat di kawasan perumahan lama saya ketika di Johor Bahru kini menjadi amalan peribadi saya dan adinda2 saya(ertinya ia telah menjadi amalan permainan rasmi keluarga Kapitan Sauffi & Laksamana ).Penemuan saya ketika itu baru keluar di pawagam Filem YipMan (Maestro Wing Chun) sekitar 2008.Setelah pulang menyaksikan bersama isteri tersayang,saya dibantu oleh isteri mencari-cari gelanggang melalui internet.Maka keluarlah LIAN PADUKAN.Lalu saya terus cuba menghantar mesej melalui sms kepada beberapa individu yang terdapat didalam laman internet dan akhirnya jodoh Allah swt menemukan saya dengan Sifu Lian Padukan gelanggang Kapar iaitu Sifu Nur Azhar Hj Nawawi.Maka bermulalah asuhan dan didikan beliau.Beliau yg sangat menitik beratkan bahawa segala pelajaran harus dipegang asas kuat dan kemas.Maka latihan pelampas dan jurus2 diperturunkan tanpa jemu dan beliau sangat pemurah.Melalui beliau juga latihan tubi dan pecahan-pecahan aplikasi pelampas dan jurus-jurus bagi tujuan kefahaman diperkenalkan.
No comments:
Post a Comment