Bismillahirahmanirahim
Berikut adalah video-video yang saya ekstrak dari laman youtube.Buah Pukul yang dibawa oleh Syed Abdul Rahman Yunan dipengaruhi oleh paduan seni wushu yang mantap dan padu.Cukup dengan penafasan,teknik-teknik pukulan samadan serangan mahupun belaan.taktik dan strategi pertempuran malah apabila ia dibawa dan diperturunkan kepada pendekar-pendekar Melayu Johor yang terbilang ia diasimilisasikan dengan paduan seni silat/pukulan amalan asal pendekar -pendekar tersebut.Maka timbullah istilah ia seni tempur yang telah dimelayukan kerana pelbagai petua telah diadun agar sesuai dengan situasi pertempuran.
Sesungguhnya kita harus berterima kasih dan sentiasa mendoakan guru-guru lama mahupun yang baru dalam membuat ia sentiasa relevan sebilang masa agar tak hilang dek peredaran zaman.Inilah yang dikatakan Seni Tempur yang turut tinggi daulatnya..Al Fatihah kepada semua guru-guru Seni Lian / Seni Buah Pukul.Tidak hairanlah mengapa pendekar-pendekar amat yakin Seni Lian/Seni Buah Pukul ampuh,kemas dan sikap kependekarannya tidak lari dari medan peperangan.
Selamat menonton dan meneliti sendiri apa yang cuba sampaikan.