SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Sunday, April 26, 2015

TERUSKAN ANAK-ANAK LIAN PADUKAN MALAYSIA

Bismillahirahmanirahim

Lama saya tidak mengemaskini blog ini..kesibukan dengan rumahtangga yang bakal disinari cahaya mata baru Insha Allah Jun 2015 kelak,perniagaan dan aktiviti kemasyarakatan pimpinan saya...Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT diatas limpah kurniaNya saya melalui fasa-fasa penting kehidupan dengan tabah dan cekal hasil latihan dan didikan guru-guru sekolah rendah & menengah,kolej ,silat dan sukan lain terutama Lian Padukan...

Daulat Tuanku...Daulat Tuanku...Daulat Tuanku....Tahniah dan Dirgahayu ucapan patik diatas permahsyuran Tuanku DYMM Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar,Duli Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim berserta Permaisuri Tuanku DYAM Raja Zarith Sofia Ibni Almarhum Sultan Idris.Semoga Tuanku kekal sihat walafiat serta adil dan saksama dalam pemerintahan Tuanku.Patik bangga menjadi salah seorang rakyat Duli Tuanku di tanah Selangor.

Tahniah juga kepada DYTM Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim,Tunku Mahkota Johor yang selamat diijabkabulkan bersama Che Khaleeda Bustamam.Patik bangga dengan pimpinan Tunku TMJ yang membawa pembaharuan dan perpaduan melalui sukan Bolasepak Johor..Yes We Proud To Be Pirates!!

Berbalik kepada perkembangan gelanggang Lian Padukan...Alhamdulillah hari ke hari setiap gelanggang memberikan input bahawa ramai yang mendaftarkan diri untuk bergelanggang Lian Padukan walau hakikatnya tidak ramai yang khatam namun ia membuktikan Lian Padukan mempunyai pengaruhnya tersendiri dalam arena persilatan.Kemeriahan gelanggang pusat di Johor Jaya dan yang terbaru di Harimau Selatan iaitu di Endau dan Mersing serta gelanggang di Pantai Timur seperti Kuantan dan Kuala Terengganu kini membuahkan hasil..Kerancakan masih tetap meriah di gugusan Lembah Kelang yang tidak pernah padam dengan permintaan pembukaan gelanggang-gelanggang baru..Tahniah kepada pimpinan-pimpinan gelanggang yang setiap masa mencari dan membuat kelainan agar Lian Padukan terus relevan...

Insha Allah tahun ini bakal diadakan Ujian Kenaikan Tahap sebelum Majlis Khatam yang bakal diserikan aktiviti Mandi Penimbul & Hari Keluarga di Air Terjun Kota Tinggi Venue tetap bagi upacara ini...


Teruskan bergelanggang anak-anak Lian Padukan..Silaturahim melalui Lian Padukan Malaysia.