SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Monday, September 9, 2019

PROGRAM MAJLIS MELANGIR SENJATA LIAN PADUKAN 2019 / MUHARAM 1440H

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum wbt

Pada 7hb September 2019 Lian Padukan Malaysia Gelanggang Pusat telah menganjurkan program Melangir Senjata Lian Padukan bagi tahun 2019. 

Saya bersama anak kedua saya Qaliph Juhann Sauffi bersama 2 anak murid kanan Gelanggang Laksamana Shah Alam telah bergerak dr Shah Alam selepas Asar 6hb September 2019 (Jumaat) kerana kami ditugaskan untuk mengambil kunci rumah tumpangan (homestay) dr Tuan Rumah.Rumah Tumpangan tersebut yg terletak di Taman Daya,Johor Bahru.Alhamdulillah perjalanan dr Shah Alam ke Johor Bahru dipermudahkan Allah SWT.

Pada Sabtu lebih kurang jam 9pagi rombongan dr Gelanggang Kapar dan Port Klang tiba dan beristirehat sementara menunggu Zohor.Selepas Zohor kami ke Pasar Besar Larkin membeli barangan2 tambahan utk kegunaan program.

Selepas Asar semua ahli rombongan bersiap2 untuk ke lokasi berlangsungnya program iaitu dirumah adat Lian Padukan ,Jalan Rosmerah Johor Jaya.

Apabila semua peserta tiba di lokasi kami disambut oleh Yg Mulia Ayahanda Paktuan Guru Utama dan penyerahan tugas telah diamanah kepada Guru Gelanggang Kapar iaitu Yg Berbahagia Cikgu Tn Haji Nur Azhar sebagai Ketua Program.

Cikgu Tn Hj Nur Azhar telah memberi taklimat ringkas kpd semua peserta mengenai protokol ,disiplin serta prosedur perjalanan program.Beliau turut mengingatkan langkah-langkah keselamatan yg harus diutama serta dititikberatkan agar tidak berlaku perkara yg tidak diingini.

Program bermula dengan solat Maghrib berjemaah & solat Jamak Isyak (kpd peserta yg berstatus musafir).Solat Jemaah telah diimamkan oleh Saudara Fadzlie (Pak Bilal). Setelah itu program diteruskan dengan acara Tahlil & bacaan Yassin berjemaah dkhususkan kepada semua Guru2 Buah Pukul seperti yg tersenarai di Nukil Lian Padukan serta tazkirah yg diketuai oleh Yg Berbahagia Guru Pengerusi Johor iaitu Pak Dine Gondrong yg turut dibantu oleh Yg Berbahagia Cikgu Bayam.

Setelah selesai acara Tahlil dan Yassin program diteruskan dengan sedikit jamuan kpd tetamu yg tidak ditugaskan untuk acara Melangir Senjata.Jamuan yg disediakan oleh kerabat Ayahanda Paktuan(jutaan terima kasih kpd Bonda Hajjah Fiffy,Chut dan Fateha).

Alhamdulillah program berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.Acara Melangir Senjata telah berlangsung selama 4 jam dan tamat pada jam 1 pagi.Selepas acara tersebut peserta mengambil peluang menjamu selera dan mandi limau yg dilakukan oleh Pak Dine Gondrong,Cikgu Hj Nur Azhar, Cikgu Ahmad dan saya sendiri.

Acara seterusnya adalah tazkirah dan tarbiah dr Ayahanda Paktuan bagi peserta yang menzahirkan berbaiah.

Acara selesai selepas solat Subuh berjemaah pada jam 6.30 pagi.

Alhamdulillah acara program seperti ini tidak hanya memberi pendedahan kpd acara tahunan Lian Padukan Malaysia malah mengeratkan silaturahim ikhwanul muslimin antara peserta dari setiap gelanggang.

Berikut antara gambar2 sepanjang perjalanan dr Shah Alam ke Johor Bahru ...perjalanan program dan perjalanan pulang dari Johor Bahru ke Shah Alam,Kapar dan Port Klang :-