Bismillahirahmanirahim,
Video diatas merupakan peperangan Penyatuan 3 Negara di China suatu masa dahulu.Cuba tonton dan kaji keberkesanan taktik & strategi Bagua yang digunakan Panglima-Panglima Perang mereka.Ia adalah mengambil ilham cengkerang kura-kura.Satu Strategi yang menarik untuk kajian.
Pada Allah Diserahkan Untuk Keselamatan Anda [ PADUKAN MELAYU MUSLIM ]
SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN
( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )
Saturday, January 28, 2012
Friday, January 27, 2012
PERGINYA PERMATA AGAMA & BANGSA
Bismillahirahmanirahim
Salam Takziah ingin dizahirkan kepada ahli keluarga Abang Ahmad Nasaruddin Bin Mansor atau lebih dikenali sebagai Abang Abot yang kembali ke Rahmatullah semalam petang 26hb Januari 2012 (Khamis).Allahyarham dimasukan ke wad neuro,HKL akibat serangan stroke di awal pagi.Terima kasih kepada Kekanda Asnan kerana menyalurkan info2 terkini mengenai perkembangan Allahyarham dari mula dimasukkan ke wad sehingga berita pemergiannya.
Kehilangan yang pastinya turut amat dirasai oleh Pertubuhan Gerak Lian pimpinan Y.M Guru Nazri a.k.a Pok Yee.Kami di Lian Padukan mengenali Allahyarham yang dengan sikap Allahyarham yang suka berukhwah dan bersaudara sentiasa berziarah sesama gelangang.
Secara peribadi,saya diperkenalkan kepada beliau oleh Dr. Shahruddin Ahmad a.k.a Guru Din Misai pada sekitar 2009 dan kali terakhir saya bertemu beliau ialah ketika membantu koordinasi tim keselamatan Lian Padukan untuk Majlis Konvokesyen Pertama MAGMA pada Mei 2011 di Dewan Puteri Islam,Cheras.Masih terngiang-ngiang nasihat beliau kepada saya "Jangan derhaka kepada Guru.Main Lian kena sentiasa istiqomah dan jangan bermalam serta kena sentiasa menjaga pernafasan"..Insyallah ia menjadi koleksi peribadi pengalaman saya berkenalan dengan beliau.
Kepada ahli keluarga beliau dan mereka yang mengenali rapat dimohon bersabar diatas pemergian ini..Semoga beliau dicucuri rahmat olehNya,Al-Fatihah & Yassin ku fidyahkan kepadanya.
Thursday, January 5, 2012
Kunjungan Ziarah Ke Johor Bahru
Bismillahirahmanirahim
Baru-baru ini saya berpeluang berkunjung ziarah Ayahanda Mahaguru Lian Padukan,Dr.Hj Hasyim serta Guru Zaharuddin a.k.a Guru Din Gondrong.Disamping ziarah bertanya khabar mereka berdua turut bermurah hati menyampaikan ilmu kepada saya.Saya ingin merakamkan terima kasih kepada mereka berdua diatas kesudian melayan kunjungan saya tempohari.Insyallah dilain masa saya ingin berkunjung ke Gelanggang Semabok,Melaka dibawah pimpinan Cikgu Norhizard a.k.a Cikgu Boy.

Jubli Emas 115 Tahun Buah Pukul
Bismillahirahmanirahim..
Selamat Menyambut Jubli Emas ke-115 Tahun Buah Pukul.Semoga Tahun 2012 ini menyatukan & merapatkan semua perguruan yang datang dari keturunan yang sama.Ukhwah ditegakkan elakkan perpecahan.Biar pelbagai perguruan namun persaudaraan diperjuangkan agar kekuatan sebenar ditonjolkan.Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh.

Subscribe to:
Posts (Atom)