SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Friday, January 27, 2012

PERGINYA PERMATA AGAMA & BANGSA



Bismillahirahmanirahim

Salam Takziah ingin dizahirkan kepada ahli keluarga Abang Ahmad Nasaruddin Bin Mansor atau lebih dikenali sebagai Abang Abot yang kembali ke Rahmatullah semalam petang 26hb Januari 2012 (Khamis).Allahyarham dimasukan ke wad neuro,HKL akibat serangan stroke di awal pagi.Terima kasih kepada Kekanda Asnan kerana menyalurkan info2 terkini mengenai perkembangan Allahyarham dari mula dimasukkan ke wad sehingga berita pemergiannya.

Kehilangan yang pastinya turut amat dirasai oleh Pertubuhan Gerak Lian pimpinan Y.M Guru Nazri a.k.a Pok Yee.Kami di Lian Padukan mengenali Allahyarham yang dengan sikap Allahyarham yang suka berukhwah dan bersaudara sentiasa berziarah sesama gelangang.

Secara peribadi,saya diperkenalkan kepada beliau oleh Dr. Shahruddin Ahmad a.k.a Guru Din Misai pada sekitar 2009 dan kali terakhir saya bertemu beliau ialah ketika membantu koordinasi tim keselamatan Lian Padukan untuk Majlis Konvokesyen Pertama MAGMA pada Mei 2011 di Dewan Puteri Islam,Cheras.Masih terngiang-ngiang nasihat beliau kepada saya "Jangan derhaka kepada Guru.Main Lian kena sentiasa istiqomah dan jangan bermalam serta kena sentiasa menjaga pernafasan"..Insyallah ia menjadi koleksi peribadi pengalaman saya berkenalan dengan beliau.

Kepada ahli keluarga beliau dan mereka yang mengenali rapat dimohon bersabar diatas pemergian ini..Semoga beliau dicucuri rahmat olehNya,Al-Fatihah & Yassin ku fidyahkan kepadanya.

1 comment:

aku-lah-ku said...

semoga arwah berada dikalangan orang yang beriman.. terima kasih dengan post saudara Dari PERTUBUHAN GERAK SILAT LIAN MALAYSIA..