SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Thursday, February 16, 2012

Contoh Reju & Bertalu-talu



Bismillahirahmanirahim..

Mohon maaf setakat ni tiada dalam simpanan saya menunjukkan video contoh kegunaan teknik reju & bertalu-talu menggunakan teknik Lian Padukan untuk tatapan umum..namun video diatas adalah sedikit sebanyak hampir merupai teknik tersebut...maka jangan bermalam..nanti ngantuk terus tertidur..hehehehe..lebih baik sentiasa berjaga & berwaspada apabila berhadapan musuh & bersikap no mercy kerana kita tidak tahu niat penyerang yang jauh lebih zalim..Tawakal kpd Allah & berjuang bersungguh-sungguh...

Street Fight Tips From Expert



Bismisllahirahmanirahim..

Lek Holloway antara artis beladiri yang terkenal yang juga sahabat Guru Dr. Hishamuddin Aziz ( Dr. Sham).Mari kita tonton & dengar nasihat serta tips pertarungan jalanan dari beliau.

Yang baik dijadikan kegunaan harian & yang tidak sesuai diperbaiki...

Monday, February 13, 2012

Video Lian Padukan



Bismillahirahmanirahim...

Buat mereka yang baru mengenali & menyertai gelanggang Lian Padukan Tahniah dan Syabas.Anda akan menemui apa yang dicari sekiranya anda sabar serta cekal berguru dengan guru-guru khatam didalam Lian Padukan..

Selamat berguru & Jagalah adab berguru sentiasa agar kasih & doa sentiasa mengiringi tuan puan...

Salam Takziah

Bismillahirahmanirahim..

Salam Takziah kepada keluarga Sheikh Hamdan dari Pulau Pinang diatas pulangnya ke Rahmatullah ayahanda tercinta tempohari..Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan kembali kepadaNya..Semoga seluruh ahli keluarga Sheikh Hamdan tabah & cekal diatas pemergian Allahyarham.

Mari kita sama-sama fidyahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Sheikh Radzi.Semoga beliau ditempatkan didalam golongan solehin..Amin

Wednesday, February 8, 2012

Kepantasan Aplikasi Kaki Yang Harus Diusahakan



Bismillahirahmanirahim,

Lihat sahaja kepantasan & kekuatan kaki mereka..ianya tidak datang sekelip mata tetapi melalui fasa-fasa latihan yang konsisten dan jitu.Kita juga mampu seperti mereka.Maka Tingkatkan latihan anda untuk benar-benar berhati & bersikap pendekar Lian Padukan

MAJLIS MANDI PENIMBUL

Bismillahirahmanirahim,

Pada hari Sabtu (4hb Februari 2012 bersamaan 11 Rabiulawal 1433 Hijrah),saya bersama saudara-saudara yang bakal dikhatamkan telah berkumpul bersama-sama guru-guru pendokong Lian Padukan dari seluruh tanahair di Air Terjun Kota Tinggi,Johor.
Kehadiran Ayahanda Mahaguru,Dr. Haji Muhamad Hasyim turut memeriahkan lagi suasana program berkenaan.

Suasana persaudaraan & ikatan ukhwah yang terjalin dapat dirasakan erat & hangat dapat dirasakan oleh setiap peserta.Guru-guru pendokong berkongsi khemah bersama kami tanpa ada sebarang protokol namun tidak mengabaikan adab dan tatasusila pergaulan kami bersama mereka.Berkongsi makanan,minuman dan pengalaman menuntut ilmu adalah amat bermakna bagi kami smua.

Saya disatukan bersama adik beradik dari gelanggang Kapar dibawah pimpinan Cikgu Nur Azhar turun bersama-sama mencari batu sambil mandi d posisi arus air terjun tersebut.Disebelah malam acara bebas,bersuai kenal,beramah mesra diantara peserta dan guru-guru yang terbabit.Terima kasih kepada saudara Fendi yang menyediakan dapur gas serta Kopi Cap Kapal Api yang sungguh kaw sehinggakan Cikgu Boy dari Melaka pon bimbang takut 'diterbangkan ke bulan' akibat minum kopi tersebut..hehehe..

Cikgu Din Misai pula tidak kering idea serta tidak jemu2 menghiburkan serta menasihati peserta.Sukar digambarkan melalui kata-kata pengalaman yang amat bermakna ini.Insyallah ia bakal diadakan lagi dalam masa terdekat bagi mereka yang tidak dapat hadir pada tempohari.

SALAM TAKZIAH

Bismillahirahmanirahim,

Kepada setiap manusia yang hidup pasti akan menemui Penciptanya sooner or later..begitulah berita kesedihan ini yang saya terima dari Ayahanda Mahaguru,Dr Hj Hashim semalam melalui text message.

Salam Takziah dari saya mewakili ahli-ahli Lian Padukan Shah Alam kepada saudara Nazem dari Lian Padukan Gombak yang baru kehilangan isteri tercinta yang pulang ke Rahmahtullah.Semoga saudara sekeluarga tabah & cekal diatas cubaan ini.Setiap yang terjadi pasti ada hikmah disebalik kejadianNya..Dari Nya kita datang KepadaNya kita kembali..

Al-Fatihah kami fidyahkan kepada Allahyarhamah..Semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman & beramal soleh..amin