SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-118 TAHUN


(5hb Januari 1897-5hb Januari 2015)

Wednesday, February 8, 2012

MAJLIS MANDI PENIMBUL

Bismillahirahmanirahim,

Pada hari Sabtu (4hb Februari 2012 bersamaan 11 Rabiulawal 1433 Hijrah),saya bersama saudara-saudara yang bakal dikhatamkan telah berkumpul bersama-sama guru-guru pendokong Lian Padukan dari seluruh tanahair di Air Terjun Kota Tinggi,Johor.
Kehadiran Ayahanda Mahaguru,Dr. Haji Muhamad Hasyim turut memeriahkan lagi suasana program berkenaan.

Suasana persaudaraan & ikatan ukhwah yang terjalin dapat dirasakan erat & hangat dapat dirasakan oleh setiap peserta.Guru-guru pendokong berkongsi khemah bersama kami tanpa ada sebarang protokol namun tidak mengabaikan adab dan tatasusila pergaulan kami bersama mereka.Berkongsi makanan,minuman dan pengalaman menuntut ilmu adalah amat bermakna bagi kami smua.

Saya disatukan bersama adik beradik dari gelanggang Kapar dibawah pimpinan Cikgu Nur Azhar turun bersama-sama mencari batu sambil mandi d posisi arus air terjun tersebut.Disebelah malam acara bebas,bersuai kenal,beramah mesra diantara peserta dan guru-guru yang terbabit.Terima kasih kepada saudara Fendi yang menyediakan dapur gas serta Kopi Cap Kapal Api yang sungguh kaw sehinggakan Cikgu Boy dari Melaka pon bimbang takut 'diterbangkan ke bulan' akibat minum kopi tersebut..hehehe..

Cikgu Din Misai pula tidak kering idea serta tidak jemu2 menghiburkan serta menasihati peserta.Sukar digambarkan melalui kata-kata pengalaman yang amat bermakna ini.Insyallah ia bakal diadakan lagi dalam masa terdekat bagi mereka yang tidak dapat hadir pada tempohari.

2 comments:

Ahmad Al Padukani said...

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan.Patutlah terasa ringan, kopi cap kapal api rupanya...btol2 kaw..hehehe

Juhann Laksamana said...

=) kalu anjurkan skali lagi jangan lupa bawa kopi ni...