SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Tuesday, September 18, 2012

Cadangan Sambutan Hari Buah Pukul Kebangsaan 2013

Saya ingin mencadangkan bahawa agar diadakan satu hari khas menyambut hari ulang tahun Permainan Lian Buah Pukul yang diperkenalkan di Tanah Melayu.Tarikh yang tepat bila kedatangan Syeikh Abdul Rahman ke sini sukar ditetapkan kerana terdapat banyak versi dari pelbagai sekolah(aliran) buah pukul.

Maka bertitik tolak dengan itu saya ingin mencadangkan Sambutan Hari Lian Buah Pukul diadakan pada setiap 5hb Januari setiap tahun.Tarikh ini diambil atau dicadangkan kerana pada tarikh inilah Nukil Buah Pukul diserahkan kepada Dato' Awang Ali a.k.a Awang Daik Al-Hakim iaitu pada 5hb Januari 1897.Jika ingin membuat sambutan secara tahun...ini bermakna untuk 5hb Januari 2013 merupakan "Sambutan Jubli Emas Ke-116 Tahun" permainan Buah Pukul wujud di Tanah Melayu.Sambutan ini saya kira penting disamping mengenang jasa guru-guru buah pukul yang telah meninggal dunia atau yang masih hidup,kita dapat mengeratkan silaturahim & ukhwah sesama pengamal Buah Pukul tanpa mengira aliran mana. Tidak kira anda dari perguruan Lian Padukan,Gayang Lima,Gerak Lian,Lian Yunan hatta Buah Pukul Mersing dan lain-lain aliran buah pukul yang tak dapat saya sebutkan sekalipun yang berkongsi moyang pengasas dan pengembang akan duduk semeja beramah mesra,bertukar-tukar pendapat,idea dan interaksi akrab akan terjalin sesama ahli dan pengamal.

Diharap cadangan ini mendapat sokongan para pembaca yang juga pengamal Permainan Aliran Buah Pukul.Komen dan maklumbalas membina daripada saudara-saudari amat dialu-alukan.Sukacita dimaklumkan sekiranya mendapat Green Light saudara-saudari serta restu Ayahanda Guru Utama Dr. Haji Hasyim.Satu pertemuan pertama akan diadakan bagi membentuk Jawatankuasa Penaja bagi menguruskan sambutan ini.Diharap cadangan ini dilihat dari perspektif positif dan ikhlas agar tidak timbul sebarang fitnah dikemudian hari.

Akhir kata "BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH" mari kita memulakan fasa baru dalam dunia sekolah Buah Pukul kearah penyatuan & perpaduan.Rugi sekiranya kita saling bercakaran dan tidak membawa sebarang kemajuan dalam perkembangan ilmu dan perguruan.

Saturday, September 15, 2012

TAHNIAH GURU DIN MISAI



Bismillahirahmanirahim,

Alhamdulillah hari ini merupakan  hari yang penuh bersejarah kepada Guru Dr. Shahruddin a.k.a Guru Dr. Din Misai dan keluarganya.Beliau telah selamat menerima kehadiran menantu & dinikahkan sendiri olehnya dengan Cikgu Syazwana.

Terpancar kegembiraan diwajah beliau.Tahniah Abg Din Misai & Kak Ida.Kepada pasangan mempelai Tahniah kepada anda berdua.Semoga berbahagia sehingga keakhir hayat..Insyaallah.

Friday, September 14, 2012

Sunday, September 9, 2012

CONTOH DAN TAULADAN ( SUMPAH TAAT SETIA YANG DIPEGANG ERAT)

Bismillahirahmanirahim,



Jeneral Guan Yu Salah Seorang 5 Tiger General Maharaja Liu Bei & Kini dia lebih dikenali sebagai Dewa Guan Yu (Dewa Perang) yang amat penting dalam ritual Kongsi Gelap Cina.



Beliau dan saudaranya Jeneral Zhang Fei adalah pemimpin pertama mengangkat sumpah taat setia & persaudaraan (brotherhood) kepada Jeneral Liu Bei(Maharaja). Yang turut mengaku bersaudara serta menjadi antara 5 Panglima Harimau Dinasti Shu ialah Jeneral Ma Chao,Jeneral Ziilong & Jeneral Huang Zhong.Walaupun Jeneral Cao Cao (Perdana Menteri),menawarkan harta & pangkat bagi mendapat khidmatnya,Jeneral Guan Yu tetap bertegas mempertahankan sumpah taat setianya.PADANYA SESEORANG YANG MENGINGKARI DAN MENDERHAKA SUMPAH  TAAT SETIA,TIADA LAGI NILAI HARGA DIRI PADA DIRINYA.Oleh kerana nilai inilah beliau diangkat menjadi 'Ikon Persaudaraan & Penyatuan' oleh kaum Cina dan juga komuniti Kongsi Gelap.


Selain itu,didalam aspek militer beliau diberi tanggungjawab oleh Maharaja Liu Bei ( Dinasti Shu) untuk mengetuai angkatan tentera seramai 500,000 orang.(Panglima-panglima lain mengetuai 50,000-100,000 anggota tentera).Beliau juga Ketua 5 Jeneral yang taat setia kepada Maharaja.Oleh kerana itu juga,saya telah memilih senjata peribadinya sebagai Senjata Fisabilillah Khatam Lian Padukan 2012 bagi simbol penyatuan adik-beradik guru khatam Lian Padukan dan mengambil iktibar serta tauladan dengan semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh guru-guru senior yang BERSATU menghasilkan Pedang Istiadat Lian Padukan.Dengan hati yang ikhlas akhirnya timbul perasaan yang sangat puas apabila ia direalisasikan.Secara peribadi,amanah yang terpikul dan beban amanah tersebut amat dirasai ketika menghasilkannya.Banyak suka duka diharungi.Banyak masa serta wang ringgit yang dikorbankan demi menghasilkan 2 bilah beliung tersebut.Setiap masalah yang timbul dibawa ke meja persidangan dan mesyuarah dalam suasana keluarga dan harmoni serta profesional tanpa ada emosi yang negatif.Ia berlangsung demi survival,penyatuan,perpaduan serta kekuatan jemaah yang semakin membesar.Alhamdulillah berkat doa guru-guru saya serta usaha dan sokongan adik beradik yang lain akhirnya berjaya dibawa ke Majlis Perkhataman pada 5hb Mei 2012 yang lepas.Dengan apa yang saya dan lain-lain lalui saya amat menghargai erti KESETIAKAWANAN & SETIAPADU. 



Sebatang lidi mudah sahaja dipatahkan tetapi dari sebatang lidi apabila ia dijadikan seberkas maka kukuhlah ikatannya tidak mudah dipatahkan.