SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-118 TAHUN


(5hb Januari 1897-5hb Januari 2015)

Tuesday, September 18, 2012

Cadangan Sambutan Hari Buah Pukul Kebangsaan 2013

Saya ingin mencadangkan bahawa agar diadakan satu hari khas menyambut hari ulang tahun Permainan Lian Buah Pukul yang diperkenalkan di Tanah Melayu.Tarikh yang tepat bila kedatangan Syeikh Abdul Rahman ke sini sukar ditetapkan kerana terdapat banyak versi dari pelbagai sekolah(aliran) buah pukul.

Maka bertitik tolak dengan itu saya ingin mencadangkan Sambutan Hari Lian Buah Pukul diadakan pada setiap 5hb Januari setiap tahun.Tarikh ini diambil atau dicadangkan kerana pada tarikh inilah Nukil Buah Pukul diserahkan kepada Dato' Awang Ali a.k.a Awang Daik Al-Hakim iaitu pada 5hb Januari 1897.Jika ingin membuat sambutan secara tahun...ini bermakna untuk 5hb Januari 2013 merupakan "Sambutan Jubli Emas Ke-116 Tahun" permainan Buah Pukul wujud di Tanah Melayu.Sambutan ini saya kira penting disamping mengenang jasa guru-guru buah pukul yang telah meninggal dunia atau yang masih hidup,kita dapat mengeratkan silaturahim & ukhwah sesama pengamal Buah Pukul tanpa mengira aliran mana. Tidak kira anda dari perguruan Lian Padukan,Gayang Lima,Gerak Lian,Lian Yunan hatta Buah Pukul Mersing dan lain-lain aliran buah pukul yang tak dapat saya sebutkan sekalipun yang berkongsi moyang pengasas dan pengembang akan duduk semeja beramah mesra,bertukar-tukar pendapat,idea dan interaksi akrab akan terjalin sesama ahli dan pengamal.

Diharap cadangan ini mendapat sokongan para pembaca yang juga pengamal Permainan Aliran Buah Pukul.Komen dan maklumbalas membina daripada saudara-saudari amat dialu-alukan.Sukacita dimaklumkan sekiranya mendapat Green Light saudara-saudari serta restu Ayahanda Guru Utama Dr. Haji Hasyim.Satu pertemuan pertama akan diadakan bagi membentuk Jawatankuasa Penaja bagi menguruskan sambutan ini.Diharap cadangan ini dilihat dari perspektif positif dan ikhlas agar tidak timbul sebarang fitnah dikemudian hari.

Akhir kata "BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH" mari kita memulakan fasa baru dalam dunia sekolah Buah Pukul kearah penyatuan & perpaduan.Rugi sekiranya kita saling bercakaran dan tidak membawa sebarang kemajuan dalam perkembangan ilmu dan perguruan.

No comments: