SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Saturday, November 10, 2012

Sejarah , cerita dan nasihat daripada Cikgu Din Gondrong (anak murid YDP Ayahanda Hj. Hasyim yang pertama Khatam Istiadat)


(Bahan ini di ambil daripada blog brade Ha, lianpadukan:Newskool)

kisah ini bermula begini...

assalaamualaikum w.b.t. terlebih dahulu ingin saya memperkenalkan diri, nama saya yang sebenar ialah zaharruddin bin alias tapi panggil saja saya (abang) din gondrong kerana nama itu diberi sendiri oleh pakmat kedidi masa tu pada tahun 1985. ketika tu saya mula mengikuti kelas lian padukan yang dipimpin oleh arwah razak bin syarif (menantu arwah pakmat) di gelanggang dewanraya kampong melayu majidi. oleh kerana pada masa tu trend menyimpan rambut panjang, maka dengan itulah saya digelar din gondrong oleh pakmat kedidi.

beberapa hari yang lepas saya telah dihubungi oleh taiko - taiko lian padukan kuala lumpur, mereka menyuruh saya buat kenyataan dalam website ni (cvt harmoniser). pada mulanya saya tak ingin kerana kita kan dah ada website sendiri kenapa nak menyibuk masuk web orang lain? tapi pasal yang suruh ni pun orang alim, maka saya sanggup buat apa saja untuk maruah pakmat kedidi dan lian padukan insyaAllah.

di sini saya mengambil kesempatan untuk menjawab semua kemusykilan pasal lian padukan. cuma saya harap jangan pula ada yang berkecil hati atau tersinggung dengan kata - kata saya nanti.

kenapa ada di antara kamu yang mengatakan lian padukan johor bahru dah tutup? salah tu, saya masih aktif, malah kelas saya semakin bertambah dan keahlian di taman tun aminah skudai, dan kelas di rumah haji hasyim di johor jaya memang tak pernah tutup. tiap - tiap hari rabu masih ‘on’ malah sudah bersilih ganti murid – muridnya. kerana haji hasyim ajar cepat dan dia cuma ajar intipati lianpadukan sahaja sebab itu orang suka pergi belajar dengan dia.

cuma masalahnya almaklum maklum aje lah tuan haji kita tu jarang - jarang ada rumah. sibuk memanjang. orang ada lebih orang rumah lah katakan, saya pun geram jugak dengan dia tu. kalau nak jumpa kena buat appointment betul - betul kalau tak, jenuhlah kita duduk menunggu di rumah dia. nasib baiklah saya rapat dengan anak - anak dan isteri - isteri beliau, kalau tak bosan jugak kerana kadang - kadang dia tak balik - balik langsung, kalau hari sabtu ahad jangan harap dia ada di rumah lebih - lebih lagi sejak dia sudah jadi ahli kelab motor kembara tengku mahkota johor, sikit - sikit pergi istana lah, tuanku titah lah.

jadi oleh kerana dia selalu tak ada di rumah, orang - orang ingat dia dah tutup kelas buah pukul nya, oh tidak! lian padukan itu adalah seperti nyawa dia sendiri. saya tahu lah kerana saya dah berpuluh tahun berkawan karib dengan dia, bukan tutup cuma dia dah tak berapa aktif berpersatuan lagi sejak persatuan lian padukan johor dipecah belahkan oleh pengkhianat - pengkhianat dan lakhanat - lakhanat yang tak tahu mengenang budi dan tak sedar diri.

ok kita bukak cerita pasal ada pula orang pandai – pandai nak menuduh pakmat kedidi tu penipu. tahu tak awak semua bahawasanya pakmat kedidi tu sebenarnya genius buah pukul? fikiran beliau yang canggih, kreativitinya belum ada lagi guru - guru buah pukul yang ada pada hari ini dan yang hidup sezamannya, masyaAllah, belum ada lagi yang boleh menandinginya lagi dari segi ketangkasan, kepandaian, kecantikan lian dan kepaduan. pendek kata segala apa yang dilakukan, adalah semakin memperbaiki dan semakin menaikkan lagi taraf darjat buah pukul. saya bukan nak mengampu atau membodek pakmat kedidi tetapi apa yang saya katakan ini adalah ikhlas kerana Allah, sebelum saya menyertai lian padukan, saya dah berguru dengan ramai guru - guru buah pukul. maklumlah johor dulu - dulu kan sarang buah pukul, salah seorang guru saya ialah mat belantek, budin pawang buaya dan hasan husin pandan.
alhamdulillah saya belajar dengan mereka semua sampai habis ke semua lian fesyen lama yang awak semua kata original. ok saya tak nafikan memang buah pukul mersing pesen lama memang ‘very best of the best’, akan tetapi apabila saya telah memiliki lian padukan subhanallah, rupa - rupanya ilmu yang Allah kurniakan pada pakmat kedidi jauh lebih ‘advance’ dari bekas - bekas guru lama saya.

walau macamanapun sebelum saya berguru dengan pakmat kedidi saya telah mendapat kebenaran terlebih dahulu dari bekas - bekas guru lama saya. malah guru - guru lama saya dengan penuh keikhlasan memuji - muji pakmat kedidi kerana mereka awal - awal lagi dah mengetahui siapa sebenarnya pakmat kedidi, kerana mereka juga pernah seguru buah pukul mersing dengan pakmat kedidi dan di masa itulah mereka diberitahu oleh guru – guru terdahulu seperti chu aman, sani abu samah, awang langgar, awang tarip, mandor hamzah, ali pokching dan ramai lagi. semua mereka - mereka ini pernah menjadi guru kepada pakmat kedidi dan mereka - mereka ini lah yang membuat pengakuan bahawasanya pakmat kedidi adalah pilihan illahi.

malah nama gelaran kedidi itu pun diberi sendiri oleh pakcik sani bin abu samah kepada pakmat kedidi kerana kepantasannya ibarat burung kedidi mematuk padi. sebenarnya di antara rakan - rakan seperguruan pakmat kedidi dulu - dulu pun memang tak dinafikan ada yang‘jealous’ dengan pakmat kedidi. maka apabila ada peluang untuk nak mengutuk, mereka - mereka ni tak nak lepas peluanglah nak mengutuk dan cuba untuk menjatuhkan nama pakmat kedidi kerana mereka sedar yang pengaruh pakmat kedidi semakin merebak. tapi tak semua yang membenci pakmat kedidi malah ramai lagi guru - guru buah pukul mersing masih tabik lagi pada pakmat kedidi.

macam ni lah, kita yang muda - muda ni kita ambil jalan penyelesaian. begini, cuba kita renung - renungkan kenapa Allah gerakkan pakmat kedidi buat ni semua? mesti ada sebabnya, tapi janganlah pula awak tuduh dia nak cipta nama lah, nak glamour lah dan macam - macam lagi awak nak tuduh dia, tidak kah awak terfikir suatu ketika dahulu orang melayu tak pakai baju, tak tahu baca buku, berak tepi sungai tak ada tandas yang sempurna dan macam - macam lagi kekurangan, sedar tak itu semua? tapi semakin hari kita semakin bertambah maju.

baiklah saya nak awak semua kenang dan ambil iktibar dari apa yang dah dilakukan oleh pakmat kedidi, itu sebenarnya adalah satu pertambahan dan mungkin beberapa perubahan akan tetapi syukur alhamdulillah pakmat kedidi tak lari dari realiti malah tetap dengan identiti buah pukul iaitu "hendak mengena taknak kena" tetap dengan penumbuk dan perisai sebagai lambang buah dan pukul, kelebihan yang ditambah oleh pakmat kedidi ialah kalau masa saya belajar buah mersing dulu, bila kita tumbuk orang tepis kita lapis, tapi konsep lian padukan pula lain, caranya iaitu orang tak tepis pun kita tetap lapis punya, sebab bila kita titik perisai dah sampai dan lagi dalam soal gelek lian, ada tak awak perasan cara buah pukul dulu menggelek masuk, dengan cara lian padukan menggelek masuk. agak - agak siapa punya cara lebih efektif?

kalau awak semua paham apa yang dimaksudkan dengan "dua gerak tiga ruat" awak perhatikan betul - betul bukan saya nak menyalahkan buah pukul mersing, tapi kalau betul kenapa tak buat? kenapa tak ada? kenapa tak ajar? maknanya dalam hal ini siapa yang menipu? kalau lah awak orang semua kata dalam buah pukul mersing dah ada semua ni ya! ya! ya! tapi kenapa saya tak diajar masa saya khatam buah pukul mersing dulu?

tak payah lah nak membebel. main tekpi pun banyak yang tak reti, tapi gantung tekpi banyak pulak kat dinding. kalau pun yang dah pandai mengajar pusing - pusing tekpi tu pun, tanyalah, dia belajar dengan siapa? pakmat samurai sendiri pun belajar dengan pakmat kedidi tau tak?

dulu - dulu kala memang di johor buah pukul mersing adalah yang terbaik kerana turut dipelajari oleh ke bawah duli yang dipertua seri maharaja temengong sultan ibrahim, tapi sedar dan tahu tak awak semua asal usul buah pukul mersing?


buah mersing adalah berasal dari buah sunting dan buah sendeng yang mana sunting adalah dibawa oleh awang daik dari riau dan sendeng pula dibawa oleh pak long muhamad yasin yunus dari muar, kedua - dua ilmu pendekar - pendekar ini telah digabungkan oleh seorang wali Allah iaitu syed abdul rahman bin syed abdullah al yunani di bumi mersing maka jadilah namanya buah pukul mersing, sebenarnya sendeng dan sunting asal - asalnya adalah adik beradik tetapi oleh kerana tok bertuah kemenyan mempunyai salahsilah sampai riau maka cara permainan nya dah nampak ada perubahan, maka orang riau yang mana salah seorang dari keturunannya iaitu daeng raja haji bin raja tahlil panggil sunting dan di sebelah muar dan melaka pula iaitu salah seorang dari keturunannya iaitu dato beremban keturunan dato panglima untut pula panggil sendeng.

tapi walau sehebat mana sekalipun ilmu sendeng dan sunting kenapa boleh tersungkur dengan seorang yang sangat tua macam syed abdul rahman tu? maka di sini awak semua kena sedar cukup - cukup dan buat kajian sedalam - dalam serta bermuhasabahlah dalam keadaan bertafakur, insyaAllah awak semua akan mendapat jawapannya!

jadi mulai hari ini saya menyeru awak semua pencinta buah pukul mersing janganlah kita saling caci mencaci sepatutnya kita semakin bertambah erat sesama kumpulan buah pukul, saya bagi contoh pada awak semua. ya, awak tahu tak haji hasyim tu walau pun dah bertaraf guru utama malah orang kanan pakmat kedidi dan lagi sebagai pewaris lian padukan pulak tu, tapi awak semua tahu tak dia tetap menghormati semua guru - guru buah pukul mersing. malah dia sangat rapat dengan pak raja G5, ayahanda atan majid buah pukul mersing dan pakmat samurai senjata 8, saya rasa ini satu contoh yang sangat baik yang telah ditunjukkan oleh haji hasyim jadi apa salahnya kalau kita semua berbaik baik? dan yang paling baik lagi jangan lah kita sentiasa sombong dan angkuh dengan kita punya buah pukul tu tak kan kemana - mana pun.

jadi jangan lepaskan peluang belajarlah, tambahlah apa saja yang mendatangkan menafaat, ikut contoh pakmat kedidi pula iaitu satu padukan apa yang kita dah pelajari takpe asalkan identiti tak lari dah lah, so camna? jom lah datanglah 'joint' pulak lian padukan dan rasakan kelainan daripada keaslian, insyaAllah akan ada keberkatan, saya teringat sabda nabi besar junjungan kita dalam salah satu hadisnya berbunyi "tolabul ilmi minal mahadi ilal lahadi" so kalau ada lah guru - guru yang melarang anak buahnya pergi berguru dengan guru lain atau tak izinkan muridnya belajar dengan orang lain. itu bermakna'there must be something wrong', kemungkinan gurunya angkuh atau malu dengan kekurangannya. wallahualam bis sawaf.

baik lah hari pun dah jauh malam saya rasa saya nak mengundur diri dulu tapi sebelum tu saya nak bocorkan sedikit rahsia, kerana saya pun umur dah lebih 45 tahun maka saya rasa tak elok lokek - lokek.

jadi di sini saya nak bagi tahu lah pada semua yang mana saya dah jumpa apa yang saya cari selama ini, iaitu saya bersyukur kehadhrat ilahi dengan berkat berguru dengan haji hasyim selama ini, syukur alhamdulillah beliau telah pun menurunkan kepada saya lian tapak 100 asmaul husna, pukulan 7 hari, makam 7, lapis buah seminggu, bunuh singkir, lapis buah 21, buah syuhud dan syuhadah berserta dzikir bismillahiwassifah, jadi kepada mereka - mereka yang belum ada pelajaran - pelajaran seperti ini atau tak dapat daripada guru - guru mereka, maka saya dah pun bocorkan rahsia ini.

aduh! memang lepas ni saya memang teruk kena marah dengan haji hasyim kerana saya dah janji tak nak heboh - heboh, tapi saya rasa dah sampai masanya saya dedahkan siapa dan apa sebenarnya "LIAN PADUKAN" baiklah kalau ada diantara awak semua ada yang rasa tak sedap hati atau tak puas hati dengan saya insyaAllah, datanglah silalah berjumpa dengan saya, jemputlah ke rumah saya di alamat no. jalan jebat 19, taman ungku tun aminah, johor bahru. tapi kalau nak datang call dulu supaya saya tak kemana - mana ini nombornya 013 - 7366833 insyaAllah anda akan dilayan dengan sempurna dan selesanya.

wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum

No comments: