Bismillahirahmanirahim,
Syukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana isteri bakal melahirkan puteri ketiga tidak berapa lama lagi. Saya berdoa kepadaNya semoga diberi kemudahan kepada isteri tersayang dalam proses melahirkan zuriat kami..Bersyukur juga kepadaNya kerana menyelesaikan masalah2 yang dipikul bersama samada dalam keluarga, perniagaan mahupun khidmat komuniti didalam BELAMISKIN,jemaah pimpinan saya dan Lian Padukan Malaysia.
Hari ini saya ingin menyentuh kepada asas permainan Lian Padukan.Dimasa saya masih pengamal Buah Pukul Mersing dizaman remaja,guru-guru saya sering mengingatkan tak perlu banyak buah kalau satu pun tak boleh digunakan.Biar satu dua buah yang dipelajari,dilatih-tubi dan diamal ianya pasti berkat.Lagilah bonus kalau semua buah setiap peringkat di latih tubi, difahami dan diamalkan.Dulu-dulu guru lama saya kata kalau seseorang pelatih ni dah sampai Lian 1 atau Lian 2 dah boleh pukul dan mempertahankan diri serta dah boleh berkhidmat sebagai 'Abang Kawasan' kerana untuk memasuki peringkat Lian bukanlah satu perkara yang mudah kerana banyak kriteria yang perlu dilepasi oleh seseorang pelatih untuk menepati standard guru.
Didalam konteks Lian Padukan, setiap pelatih yang baru malah ditekankan kepada pelatih-pelatih yang lama agar tidak membuang mana-mana sukatan lama ditambah baik tidak menjadi masalah malah digalakkan agar sentiasa relevan mingikut zaman.Aspek yang paling dan harus diambil perhatian oleh setiap pelatih ialah latihan-latihan pelampas ( latihan pemanas badan / pra jurus ) serta latihan-latihan jurus serta aplikasinya.Dengan melakukan perbuatan-perbuatan ini dengan bersungguh-sungguh akan melahirkan kualiti pendekar Lian Padukan yang sejati malah jurulatih yang berkebolehan serta berketrampilan dan mampu memimpin persatuan / perguruan kearah kejayaan.
Untuk melakukan Jurus-Jurus Senjata Lapan dengan baik dan kemas harus mempergiatkan latihan pelampas yang tidak kunjung jemu dan tidak kenal erti penat. Dengan ini otot-otot dan senjata lapan yang dilatih sudah biasa serta mempertajamkan teknik-teknik yang diperkenalkan..