SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Tuesday, September 28, 2010

LATIHAN : GELANGGANG SHAH ALAM

Bismillahirahmanirahim..

Dengan izin & restu Guru Utama Lian Padukan Malaysia,Ayahanda Haji Hasyim.Dengan doa, restu dan kepercayaan kedua-dua guru Lian Padukan saya iaitu Cikgu Azhar (Gelanggang Kapar) & Cikgu Din Misai ( Pengerusi Lian Padukan KL/Selangor) serta sokongan & restu Setiausaha LP Malaysia Cikgu Sham disamping sahabat-sahabat senior yang lain yang juga Cikgu-cikgu Khatam latihan di Shah Alam akan bermula hari Rabu ini (29/9/2010).Latihan akan diadakan bermula jam 9 malam - 11.30 malam.

Diharap pelatih-pelatih dapat menyediakan pakaian silat berwarna hitam.serta membawa salinan K/P @ passport serta gambar bagi urusan pendaftaran keahlian dan bayaran RM 70.Bagi pelatih yang tidak mempunyai pakaian silat anda boleh membuat tempahan dengan bayaran sebanyak RM 75 sepasang.

Marilah kita sama-sama berdoa agar Lian Padukan bertambah maju jaya.

"PADA ALLAH DISERAHKAN UNTUK KESELAMATAN ANDA"

LIPUTAN OKTOBER MAJALAH SB : SRIKANDI LIAN PADUKAN







Bismillahirahmanirahim.

Salam Tahniah kepad Cikgu Ayeen diatas penerbitan artikel mengenai pembabitannya didalam Lian Padukan didalam majalah Senibeladiri edisi Oktober 2010.1 lagi manuskrip sejarah tercatat.Dokumen yang penting patut dipelihara agar dapat dijadikan rujukan generasi akan datang.Tahniah juga kepada Cikgu Nasrul a.k.a Cikgu Ha Lurus diatas penerbitan artikel Cikgu Ayeen didalam blognya..

Nantikanlah pula artikel tentang Cikgu Syazwana Din Misai yang juga Srikandi Lian Padukan.Semoga kita dapat terus mempromosikan serta terus merekrut lebih ramai golongan wanita untuk mempelajari Lian Padukan.

Saturday, September 25, 2010

PANTUN YDP AYAHANDA HAJ HASYIM

Bismillahirahmanirahim...

Pantun :

1. TEKPI BUKAN SEBARANG TEKPI
TEKPI LP TEMBAGA KEBANYAKANNYA
BERANI BUKAN SEBARANG BERANI
KECUALI KENA DENGAN CARANYA

2. LEBAH BUKAN SEBARANG LEBAH
LEBAH SABAH BANYAK KHASIATNYA
SEMBAH BUKAN SEBARANG SEMBAH
SEMBAH BAIAH DENGAN TAATNYA

3. DURIAN BUKAN SEBARANG DURIAN
DURIAN SELATAN ENAK RASANYA
LIAN BUKAN SEBARANG LIAN
LIAN PADUKAN BANYAK RAHSIANYA

4. LEPAT DIALAS SI DAUN PALAS
BUAT JAMUAN DIPAGI RAYA
APA YANG DIBUAT MESTILAH IKHLAS
BARULAH HARI MENJADI CERIA.

Wednesday, September 22, 2010

PENGUMUMAN : Pembukaan Gelanggang Lian Padukan di Shah Alam

Bismillahirahmanirahim..

Dengan izin YDP Lian Padukan Malaysia,Ayahanda Haji Hasyim..dengan restu dan doa Pengerusi Lian Padukan Kuala Lumpur & Selangor,Cikgu Shahruddin a.k.a Cikgu Din Misai,dengan sokongan & restu Setiausaha Lian Padukan Malaysia,Cikgu Sham Giant serta Guru Gelanggang saya di Kapar,Cikgu Nur Azhar Hj. Nawawi satu lagi gelanggang latihan akan dibuka di rumah saya di Seksyen 12 Shah Alam.

Asalnya ia hanya tertutup kepada kalangan adinda dan para pekerja(merupakan krew keselamatan) yang meminati seni Buah Pukul tapi kini keahliannya ada dari kalangan rakan-rakan pekerja saya.Dengan pembukaan secara sah ini mereka semua akan didaftarkan secara sah dibawah nama Lian Padukan Malaysia.

Gelanggang ini dibawah seliaan saya yang merupakan cabang tanggungjawab Gelanggang Kapar (Cikgu Azhar) serta diawasi & dipantau oleh Pengerusi Lian Padukan Kuala Lumpur & Selangor (Cikgu Din Misai). Hari serta masa latihan yang dicadangkan ialah setiap Rabu bermula jam 9 malam - 11.30 malam.

Alamat : No 5, Jalan Panglima 12/2
Off Jalan Laksamana,
Seksyen 12,
40000 Shah Alam,
Selangor


Dengan kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih diatas kepercayaan pucuk pimpinan Lian Padukan Malaysia kepada saya dengan keizinan dan restu membuka cawangan baru gelanggang latihan Lian Padukan.

" PADA ALLAH DISERAHKAN UNTUK KESELAMATAN ANDA"

Tuesday, September 14, 2010

Penggunaan Bahasa Dalam Buah Pukul

Bismillahirahmanirahim..

Salam Aidilfitri kepada semua bloggers dan pembaca..semalam salah seorang dari guru peribadi saya semasa remaja datang bertandang berhari raya..suasana hiba dan meriah sekali kerana sudah hampir 8 tahun tidak bertemu...banyak cerita yang dikongsikan..sedih gembira..suka duka,bercampur baur..begitulah asam garam kehidupan.

Tatkala melihat album2 Lian Padukan koleksi peribadi beliau memberi restu.."tuntutlah apa yang baik untuk pakaian dirimu,nak! "begitulah katanya.Ingatkan dapatlah buah tangan untuk diguna tapi ditinggalkan beberapa pesanan yang saya kira amat berguna dalam melayari kehidupan..antara perkataan penggunaan bahasa yang sering digunakan oleh otai-otai buah pukul :-

1. Anda Gopoh/Gelojoh Anda Roboh..
2. Kuat simpulan kerana ikatan, kuat pendekar kerana kepintarannya
3. Jangan berumah di tepi pantai jika takut dilambung ombak
4. Biar pahit di dalam gelanggang tetapi manis di luar gelanggang

Lihatlah bukan setakat pandai akal dalam buah pukul malah bijak meluah kata-kata sesuai perbuatan.Begitu tinggi nilai bahasa Melayu..

Tuesday, September 7, 2010

BUAH DURIAN BUAH TIMUN IBARAT ISI DENGAN KUKU

Bismillahirahmanirahim...

Ini adalah artikel akhir sebelum kita semua berehat sempena menyambut Aildilfitri yang bakal tiba 2 3 hari lagi.Katanya artikel tempohari telah membuat ramai umpama makan cili teras pedasnya..seperti yang saya katakan dalam artikel tersebut saya ikhlas memberi teguran agar hubungan akrab rakyat dan amirul mukminin kembali bertaut..Alhamdulillah respon yang diterima positif walau responder marah..

Yang baca tajuk kali ini pasti tahu dari mana saya dapat pepatah ini..walau jauh beribu batu namun hubungan anak dan ayah tidak pernah luput.Umpama ikatan saudara sedarah sedaging sentiasa bertanya khabar..walaupun diri tahu masih belum layak bicara senada kekanda yang lain namun dihati ikhlas ingin melihat ayahanda tidak bermuram durja..sedih dan pilu tatkala seorang ayah mengadu nasib umpama dirinya sudah tidak diperlukan kehadiran..dia masih seorang manusia.Walau permainannya ganas dan sasa namun faktanya beliau seorang manusia.Manusia yang mempunyai peribadi luhur hanya dihadapan musuh beliau mengganas inikan pula dihadapan ahli keluarga dan anak-anak yang dikasihi dan disayangi.Umpama kami di Lembah Kelang sentiasa dahagakan kasih sayangnya namun kekanda sulung kami tetap setia memberi kasih dan ilmu..maka terubat seketika rindu bermanja dengan si ayah..Kecewanya bukan kepalang yang jauh menyambutnya yang dekat tidak diturutkan.Mungkin salah faham agaknya sehingga beliau terasa..terasa kata-katanya dipersoal..terasa kata-katanya dipermainkan..kehadirannya tidak disambut dengan kasih mesra..begitulah ayah walau terluka menjentik jauh sekali hanya minta anakanda dirantauan mendengar keluh kesahnya..Semua anak-anaknya pun tahu dia umpama durian yang sedap isinya apabila kena gaya & cara menikmatinya..kalau marah pun bicaranya luhur tanpa tempik dan nista...tanpa berlengan kerana sedar "digelek luka..menggelek pun luka" makanya diminta anakandanya diperantauanlah bicara secara maya agar mereka yang terasa sedar dari alpa...

Berkali-kali dinyatakan sementara hayat dikandung badan..ambillah,rapatlah..berkasih mesralah anak-anak dengannya..usah disekat apa yang selayaknya ingin dibuat..diturunkan..dikatakan..walau berulang-ulang perbuatannya..walau berulang-ulang katanya ambillah ia seikhlasnya..turutilah dia sewajarnya..hormatilah dia sewajibnya..dia arif yang mana baik yang mana buruk...dia arif yang mana layak yang mana tidak...dia ikhlas...sama seperti Almarhum guru-gurnya...Ikhlas baru puas...begitulah dirinya...marilah kita kekanda adinda berbai'ah semula cukup dihati kita bersama-sama menggembirakan dirinya..selayaknya hubungan bapa dan anak...hubungan erat selayaknya seorang anak lakukan..bermesra...bermanja (bukan ngada-ngada)..Keikhlasan dan kasih sayang umpama isi dan kuku..tanpa iri hati ada anak yang diberi lebih..ada anak diberi kasih..ada anak dihantar ke asrama..ada anak dijaga dirumah...semuanya disayangi tanpa ada yang terkecuali cuma setiap orang berbeda punca rezeki...Yang lebih bantulah yang kurang agar harapan ayah sama-sama menikmati bukan seorang anaknya ditinggalkan...

Mohon diri sebelum terlanjur lebih banyak bicara...sempena Aidilfitri yang mulia.Saya ingin memohon maaf zahir dan batin kepada semua rakan-rakan bloggers dan pembaca jika terdapat bahasa yang buat diri terasa..Sesungguhnya umpama ayah yang ikhlas saya juga begitu..bukan pangkat dan jawatan yang saya kejarkan hanya hubungan ukhwah ingin dieratkan..Sekiranya ada yang mampir ke Shah Alam jangan segan-segan singgahlah kerumah dihari raya ini.Kepada mereka yang memandu pulang kekampung halaman Ingatlah mereka yang tersayang..Usah kerana emosi kita melukakan hati yang lain..Salam Takzim kepada ayahanda Haji Hasyim dan seluruh keluarga Lian Padukan Johor dan dimana sahaja.Maaf Zahir dan Batin

Thursday, September 2, 2010

Pepatah Guru

Bismillahirahmanirahim..

Molek Lian pada Buatan
Molek Belebat pada Buangan
Molek Cekak pada Pukulan
Molek Sendeng pada Larian
Molek Yunan pada Surupan

Jika ada yang faham akan maksud pepatah ini sila email kepada saya di : juhann.ceo@gmail.com

Tinggi nilai bahasa melayu..

DariNya Kita Datang KepadaNya Kita Kembali



Bismillahirahmanirahim..

Salam Takziah kepada keluarga saudara Aidil (bekas pelajar Johor Jaya 2) juga pernah dikenali sebagai Sang Beruang dalam Kumpulan Harimau Kumbang diatas kepulangannya ke Rahmatullah akibat sakit jantung.Beliau merupakan saudara junior saya yang seangkatan Cikgu Ah To semasa zaman persekolahan.Semoga Allah menempat Allahyarham ditempat orang-orang yang beriman dan beramal soleh..Al-Fatihah.