SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Thursday, May 17, 2012

Sejarah Penghasilan Beliung Adat Lian Padukan : Ilham Pertama - Jeneral Guan Yu Menghalang Adik Beradik 5 Harimau Liu Bei Bertempur



Bismilillahirahmanirahim...

Selepas Majlis Gradding Peringkat Kebangsaan 2011,penulis mencari idea untuk persiapan senjata Fisabilillah untuk Majlis Khatam 2012.Bermain-main diminda samada mempersembahkan senjata yang telah sedia ada dipasaran atau menempah senjata baru.Sehingga penulis didatangi beberapa mimpi selepas solat istikharah yang dilakukan.Penulis masih samar-samar..lalu melayari internet bagi mendapat gambaran yang jelas.Benarlah kata-kata Man Jadda Wa Jadda.Setelah dua minggu mencari idea isteri penulis menghadiahkan sebuah filem dvd bertajuk "3 Kingdom The Resurrection".Apabila menonton dan menyaksikan babak diatas serta skill tempur yang dipamerkan disamping penonjolan daya kepimpinanan ketenteraan yang tinggi,penulis menanamkan hasrat untuk membuat senjata seperti yang terkandung didalam klip video ini.Yang mana satu pilihan penulis?? masih menjadi tanda tanya kerana didalam filem ini ia menonjolkan Panglima Muda Maharaja Liu Bei iaitu Jeneral Ziilong yang mengetuai 100 ribu angkatan bersenjata bersama-sama saudara-saudara tuanya Jeneral Guan Yu & Jeneral Zhang Fei.

Apapun sebelum membuat keputusan yang mana satu pilihan bentuk senjata,penulis mengambil kesempatan berbincang dengan Guru Gelanggang Kapar,Cikgu Nur Azhar bersama saudara-saudara segelanggang iaitu saudara Mior Mohd Faizal,Ahmad Johannes,Amir Khalid,Fendi & Nazri mengenainya.Nampaknya mereka sebulat suara menyokong idea penulis..Alhamdulillah.Cikgu Azhar memberi pendapat bahawa biarlah senjata fisabilillah yang bakal dibuat menunjukkan kesepaduan,kesepakatan,kesatuan dan terbaik serta pasti boleh digunakan semasa medan tempur.Beliau meminta saya ke Johor Bahru mempersembahkan perkhabaran ini untuk mendapat pendapat Ayahanda Mahaguru.Apabila mendapat persetujuan Ayahanda Mahaguru,beliau dengan berbesar hati melerai-leraikan Pedang Adat Lian Padukan yang dihadiahkan oleh 5 Guru Bersaudara (Cikgu Sham,Cikgu Azhar,Cikgu Raziman,Cikgu Aimi & Cikgu Srikandi NurSyazwana) bagi memberi idea penghasilan senjata khatam.Terima kasih Ayahanda Mahaguru.

Pulang ke Selangor/Kuala Lumpur,penulis diminta Cikgu Azhar mempersembahkan hajat ini didalam mesyuarat pertama persediaan khatam.Kami yang pada mulanya bimbang bahawa idea ini bakal ditentang nampaknya diberi jalan yang dipermudahkanNya apabila Dr.Din Misai selaku Pengerusi Lian Padukan Selangor/Kuala Lumpur mengizinkan & memperkenankan bahawa senjata khatam pada tahun ini akan dikongsi.Dr.Din memberi mandat kepada saya dan Cikgu Azhar untuk mencari tukang besi.Maka bermulalah episod penghasilan...

1 comment:

Ahmad Al Padukani said...

pelbagai rintangan serta dugaan yang dihadapi & akhirnya syukur alhamdulillah selesai juga penghasilan Beliung Adat Lian Padukan