SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Thursday, May 24, 2012

Sejarah Penghasilan Beliung Adat Lian Padukan : Usaha Pertama -Mencari Tukang Besi & Mengumpul bahan

Bismillahirahmanirahim, Setelah mendapat mandat & doa dari Guru Dr. Shahrudin saya mengorak langkah membincangkan hal ini dengan beberapa guru & sahabat meminta buah fikiran.Tanpa membuang banyak masa saya 'memburu' Pandai Besi.Dugaan pertama mula dirasai..setelah mencari & bersetuju hanya calon yang kelima benar-benar bersedia membuatnya.Terima kasih kepada Encik Ridzuan dari Rubinga yang memperkenalkan saya dengan Regu Abang Zainol & Abang Ali di Klang Gate.Mereka inilah yang bersedia mengambil alih tugas yang ditinggalkan oleh keempat-empat calon.Seterusnya saya mengumpulkan bahan-bahan yang diperlukan seperti yang diberitahu oleh Ayahanda Dr. Hj Hasyim yang mahukan ia dibuat menggunakan 9 Pha besi iaitu 1) Pisau 2) Pedang 3)Pelita 4) Pagar 5) Paku 6) Peluru dan lain-lain (rahsia).. Saya bersama 2 orang lagi saudara,Ahmad Johannes & Mior Mohd Faizal telah bersama-sama mencari kepala peluru dilapang sasar Sg. Buloh.Puas terbit didalam hati kami bertiga apabila apa yang dicari dan dihajati diperolehi.Saya telah menghantar biji-biji peluru yang dikutip ke bengkel Abang Zainol minggu berikutnya.(Sambungan dilain masa)

No comments: