SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Saturday, November 24, 2018

LATIHAN 22/11/2018 & 23/11/2018 : LIAN PADUKAN GELANGGANG LAKSAMANA

Assalamualaikum w.b.t ,

Pada Khamis (22/11) latihan gelanggang diadakan dengan kehadiran Cikgu Salleh Tiger.Beliau sudi berkongsi teknik dan silibus serta buah-buah peribadi amalan beliau kpd anak-anak gelanggang.Semua berkisar buah buah aplikasi Jurus Senjata 8 di jalanan.

Terima kasih Cikgu Salleh Tiger.


Pada latihan Jumaat (23/11), menumpukan kpd 3 kumpulan yg berbeza tahap.Tahap Asas & Pengenalan Senjata 8 kpd murid murid baru yg dibawa oleh Long Asma'ei.Mereka yg dlm lingkungan usia 17 tahun dibantu ajar oleh Achik Pojie (Iskandar Shah) & Long Asma'ei sendiri.

Kumpulan kedua ialah Long Asma'ei sendiri yg diberi penerangan dan kenaikkan Lian Tiga ( Singkap Lutut Siku) dan Lian Empat ( Selak Pendek Polek Tendang). Syabas Long..usaha maju jaya.

Tahap Ketiga ialah pengkhususan latihan kepada Afiq Tiger dan Fazren dalam Lian Sembilan (Lian Menumbuk Mengambil Kopak) serta aplikasi buah pukul.Selamat maju jaya.Teruskan latihan.



No comments: