SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Wednesday, November 28, 2018

KEPENTINGAN PENDEKAR MEMILIKI TUBUH SASA

Assalamualaikum W.B.T,

Sejak remaja saya didedahkan dan diberitahu samada ketika didalam gelanggang silat mahupun secara santai oleh guru guru saya bahawa kepentingan menjalani latihan yg lasak membina otot tubuh badan terutama anggota senjata 8. Banyak sebab pembinaan otot amat dititikberatkan antaranya dapat menjadi faktor psikologi gerun saiz tubuh dan otot kpd lawan serta menghasilkan serangan dan beladiri yang padu dan kuat.

Di tanahair mahupun luar negara ramai pendekar dan atlit beladiri yang boleh dijadikan contoh seperti Allahyarham Dato Meor Abd Rahman (Pengasas/Mahaguru Seni Gayong & Pusaka Gayong) , Mike Tyson (Jaguh Tinju Dunia kelas Heavyweight) & Micheal J. White (Pelakon / Artis Beladiri) .Lihat sahaja tubuh badan mereka yang sasa atau terma kini Sado pasti menggentar bakal lawan atau musuh yg ingin bertarung dengan mereka.

Untuk mendapat tubuh yg sasa haruslah dan dinasihatkan biarlah secara natural tanpa ubat ubat terlarang seperti steriod dan sebagainya.Atlit atau pendekar harus meletakkan komitmen dalam latihan pembinaan otot dengan konsisten dan disiplin.Disamping itu harus diselarikan dengan diet permakanan dan dril atau latihan tubi seni tempur barulah bakal menghasilkan tubuh yang diidamkan. Ditulisan akan datang insha allah saya akan bawakan beberapa latihan cadangan yang boleh menuju menghasilkan Pendekar Tubuh Sasa atau Pendekar Sado.




No comments: