Assalamualaikum w.b.t
Seperti isu dlm penulisan yg lepas,dr remaja saya dididik dan dilatih melalui gelanggang yg seiring dgn latihan senaman pembinaan otot terutama pada bahagian senjata lapan. Hari ni sy ingin membawa ia dari perspektif Lian Padukan Laksamana.
Melalui latihan2 digelanggang Lian Padukan sblm ini guru guru saya amat menitikberatkan aspek ini malah Mahaguru Utama iaitu Ayahanda Paktuan Dr.Hj Muhammad Hasyim sering berpesan kepada saya agar Pelampas dan latihan senam bina otot dperturunkan kpd anak anak Lian Padukan seiring dengan silibus yg sedia ada.Dengan ini setiap pendekar Lian Padukan akan menguasai Rahsia Elemen Susun 11(Insha Allah akan dceritakan dkupas ditulisan akan datang)
Berikut beberapa senam latihan yg terdapat dalam Pelampas dan beberapa cadangan latihan senam yg diajar dan dititikberatkan kpd anak anak Lian Padukan :-
1. LARIAN SETEMPAT
2. KEPALA
a. Leher Pandang Kanan
b. Leher Pandang Kiri
c. Leher Atas/Bawah
3. BAHU
a. Regangan Trisep
b. Regangan Bahu
c. Regangan Dada
d. Titik Perisai Tumbuk Sampai
e. Titik Perisai Tumbuk Sisip Siku
f. Siku 2 belah
g. Tumbuk Sisi Kanan Kiri
h. Tekan Tubi
i. Timbang Tangan
4. PINGGANG / PINGGUL
a. Pusing Arah/Lawan Jam
b. Regangan Sisi Kanan/Kiri
c. Regangan Depan/Belakang
5. ABDOMEN
a. Bangkit Tubi
b. Kayuhan Basikal ( tegak/kanan & kiri)
6. KAKI
a. Pusing Lutut Arah/Lawan Jam
b. Regangan Peha Arah Belakang
c. Regangan Arah Depan
d. Regang Sisi Kanan/Kiri
e. Sepak Yem
f. Tendang Perisai
g. Badik
i. Simbur
Selain senarai Pelampas diatas ,latihan senam bina otot turut mengikut rutin latihan bina otot yg standard seperti yg tertera digambar2 dibawah(gambar ehsan google)
Diharap dengan panduan disini dapat dpraktik secara amali dan menjadi amalan darah daging anak anak Lian Padukan semasa bergelanggang.Insha Allah di tulisan akan dtg sy membawa topik rahsia Elemen Susun 11 yg dijadikan tangkal buat pendekar pendekar Lian Padukan.
SELAMAT MEMBACA
No comments:
Post a Comment