SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Monday, December 31, 2018

PERUTUSAN GELANGGANG LAKSAMANA TAHUN 2019 MASEHI

Assalamualaikum w.b.t,

Selamat Tahun Baru Masehi 2019 kepada semua pembaca blog ini khususnya kpd peminat serta anak anak Lian Padukan serta Buah Pukul.

Tahun 2019 menanti 1001 dugaan, cabaran, kegagalan serta kejayaan dihadapan.

Mari kita sahut 2019 dengan penuh keberanian,kegigihan,positif walau apa pun yg datang.Kurangkan konflik lebihkan produktiviti.Sentiasa dahulukan urusan Allah , kedua ibubapa & keluarga Insha Allah jalan keberkatan menanti kita.

Saya sebagai salah seorg anak & aktivis Lian Padukan dari Gelanggang Laksamana berdoa semoga Lian Padukan Malaysia terus melangkah maju tidak hanya dipersada tanahair malah antarabangsa.Pelbagai aktiviti dari Ujian Kenaikan Tahap,Kursus Intensif,hari keluarga dan lain2 aktiviti manfaat kpd setiap anak Lian Padukan.

Semoga 2019 membawa sinar keteguhan persaudaraan Lian Padukan khususnya dan Orang Melayu amnya.Menuntut Ilmu dan mengamalkan kearah kebaikkan dan manfaat sejagat.Saya ingin merakam jutaan terima kasih kepada isteri yg memahami minat dan amanah.Terima kasih juga kpd kedua ibubapa dan mentua juga guru guru Lian Padukan yg telah dan masih giat mendidik serta melatih saya .Terima kasih Yg Berbahagia Cikgu Hj Nur Azhar ,Cikgu Dr Din Misai dan Yg Dihormati  Ayahanda Paktuan Dr Hj Muhammad Hasyim (YDP /Mahaguru Lian Padukan Malaysia) .Terima kasih juga kpd Mahaguru Ayahanda Hj Abd Rahim Yatmon @ Wak Yiem ( Mahaguru Pati Serendeng).

Wednesday, December 26, 2018

KELAS TAMBAHAN APLIKASI SEMPENA CUTI HARI NATAL 2018

Assalamualaikum w.b.t, 

Hari ni diadakan kelas tambahan buah - buah aplikasi.Kelas latihan dipimpin oleh Cikgu Saleh.





Sunday, December 23, 2018

KELAS TAMBAHAN : LATIHAN INTENSIF

Assalamualaikum W.B.T,

Sesuai dgn prinsip Man Jadda Wa Jadda, saya menerima kunjungan ziarah dan permintaan kelas tambahan secara santai untuk aplikasi pergaduhan jalanan (streetfight).

Maaf zahirnya mungkin pakaian mereka tidak sesuai dlm persilatan melayu namun bagi memberi suasana yg realistik maka saya benarkan mereka menukar pakaian latihan seperti paparan di video.Ia merupakan dril dril yg dokumenkan samada di warisi dari guru guru saya terdahulu mahupun gubahan sendiri melalui pengalaman streetfight saya.














Sunday, December 16, 2018

MANFAAT SENAM REGANGAN DLM LATIHAN SUKAN & KEHIDUPAN

Assalamualaikum w.b.t

Dalam kehidupan zaman yg penuh pancaroba & tekanan kerja,kita memerlukan methode utk melepaskan tekanan terutama dlm aktiviti sukan.

Dalam menjalani aktiviti riadah atau bersukan kita harus melakukan latihan regangan agar otot2 dan anggota tubuh yg digunakan tidak mengalami kecederaan & tahan lasak.Berikut adalah gambar2 beserta manfaat senam regangan.









Sunday, December 9, 2018

KITA UMPAMA KUCING MINTA MAKAN APABILA MOHON MURAH REZEKI KEPADA ALLAH SWT


Kadangkala kita lupa akan nikmatNya...apabila diturun ujian kewangan atau harta benda kita mula merintih kepada Allah SWT umpama kucing minta makan dikedai.Minta terus minta sehingga diberi secebis makanan...Sentiasalah Istiqomah dlm perjuangan kehidupan.

Saturday, December 8, 2018

HIMPUNAN PENDEKAR BANTAH ICERD DAN IKRAR TAAT SETIA & PERTAHAN DYMM RAJA RAJA MELAYU , AGAMA ,BANGSA & TANAHAIR

Assalamualaikum W.B.T,

Alhamdulillah Pendekar2 dari 313 Pertubuhan Persilatan telah mengangkat IKRAR TAAT SETIA DAN PERTAHANKAN Islam , Bangsa Melayu & Tanahair Malaysia dihadapan wakil Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong & Raja Raja Melayu  di hadapan Istana Negara pagi tadi.

Biarlah apa jua tajuk dan isi akhbar media cetak mahupun media atas talian kami telah jelas menyampaikan mesej yg sangat jelas kpd pelampau-pelampau yg meminta yg bukan2.

Saya tidak rasis terhadap kaum lain.Saya ada adik2 angkat,anak2 angkat,murid2,sahabat2 dr Cina ,India dll etnik mereka faham apa yg saya suarakan ,perjuangan dan pertahankan.Kami saling mengasihi sesama insan.Bukan usik keperluan mereka hanya mempertahankan hak2  Melayu Islam yg pimpinan politik pelampau mereka cuba usik.

Tahniah kpd penganjur yg berjaya menghimpunkan pendekar2 , sgalanya berjalan dengan disiplin , tertib ,bersemangat juang yg tinggi dan bersih tanpa sampah yg ditinggalkan.Terima kasih juga kpd petugas2 kawalan keselamatan ,kawalan trafik dan juga medik yg memantau scara rapat dan berhemah.Respek pegawai2 polis membantu mberi bekalan air minum mineral kpd peserta himpunan yg senior.Terbaik #PDRM #APM

Allahuakbar !!! Allahuakbar !!! Allahuakbar !!!

Hari ini 81218 ku tercatat dalam sebuah sejarah perjuangan anak watan agar demi kelangsungan anak cucu keturunanku di Tanah air Malaysia
bumi bertuah.








Wednesday, December 5, 2018

LATIHAN SENAM BINA OTOT PERSPEKTIF LIAN PADUKAN

Assalamualaikum w.b.t

Seperti isu dlm penulisan yg lepas,dr remaja saya dididik dan dilatih melalui gelanggang yg seiring dgn latihan senaman pembinaan otot terutama pada bahagian senjata lapan. Hari ni sy ingin membawa ia dari perspektif Lian Padukan Laksamana.

Melalui latihan2 digelanggang Lian Padukan sblm ini guru guru saya amat menitikberatkan aspek ini malah Mahaguru Utama iaitu Ayahanda Paktuan Dr.Hj Muhammad Hasyim sering berpesan kepada saya agar Pelampas dan latihan senam bina otot dperturunkan kpd anak anak Lian Padukan seiring dengan silibus yg sedia ada.Dengan ini setiap pendekar Lian Padukan akan menguasai Rahsia Elemen Susun 11(Insha Allah akan dceritakan dkupas ditulisan akan datang)

Berikut beberapa senam latihan yg terdapat dalam Pelampas dan beberapa cadangan latihan senam yg diajar dan dititikberatkan kpd anak anak Lian Padukan :-
1. LARIAN SETEMPAT

2. KEPALA
a. Leher Pandang Kanan
b. Leher Pandang Kiri
c. Leher Atas/Bawah

3. BAHU
a. Regangan Trisep
b. Regangan Bahu
c. Regangan Dada
d. Titik Perisai Tumbuk Sampai
e. Titik Perisai Tumbuk Sisip Siku
f. Siku 2 belah
g. Tumbuk Sisi Kanan Kiri
h. Tekan Tubi
i. Timbang Tangan

4. PINGGANG / PINGGUL
a. Pusing Arah/Lawan Jam
b. Regangan Sisi Kanan/Kiri
c. Regangan Depan/Belakang

5. ABDOMEN
a. Bangkit Tubi
b. Kayuhan Basikal ( tegak/kanan & kiri)

6. KAKI
a. Pusing Lutut Arah/Lawan Jam
b. Regangan Peha Arah Belakang
c. Regangan Arah Depan
d. Regang Sisi Kanan/Kiri
e. Sepak Yem
f. Tendang Perisai
g. Badik
i. Simbur

Selain senarai Pelampas diatas ,latihan senam bina otot turut mengikut rutin latihan bina otot yg standard seperti yg tertera digambar2 dibawah(gambar ehsan google)





Diharap dengan panduan disini dapat dpraktik secara amali dan menjadi amalan darah daging anak anak Lian Padukan semasa bergelanggang.Insha Allah di tulisan akan dtg sy membawa topik rahsia Elemen Susun 11 yg dijadikan tangkal buat pendekar  pendekar Lian Padukan.

SELAMAT MEMBACA