SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Wednesday, July 23, 2014

Jawapan Fb

Bismillahirahmanirahim...

Berikut adalah petikan posting jawapan saya di laman Persatuan buah Pukul (Fb) :-

Assalamualaikum wbt,
Terima kasih kepada saudara Kanda Gajah De Lagend yang berniat positif dalam posting beliau di Perguruan Buah Pukul .Walau ada komen2 negatif .Tahniah juga kepada beliau yang tempohari berjaya mengkoordinasi serta menganjurkan perhimpunan sejarah.ada jaga komen2 positif.Mohon maaf terpaksa membawa ke laman ini untuk menjawab.
Kepada pihak yang masih tak berpuas hati saya selaku S/Usaha Agong LP Malaysia mempelawa saudara-saudara yang kononnya arif dan kenal Tn Hj Hasyim secara rapat malah mengambil peranan aktif dalam memburukkan beliau samada didalam alam maya atau nyata selesaikan secara berhadapan.Seruan ini telah beberapa kali disuarakan namun mungkin jodoh pertemuan belum diizinkan atau segaja didoakan agar tak bertemu agar kebatilan berpanjangan.Sempena Aidilfitri yang bakal menjelang marilah ke rumah induk kami di Johor Jaya ..bulan baik untuk menyatakan kebenaran terutama kepada bekas anak murid yang menjuarai membusuk2kan gurunya.Disana senang terdapat pelbagai bukti dokumen yang sukar didakwa-dakwi mengenai sejarah permulaan,pendaftaran,perpecahan,malah data-data murid yang khatam Lian Padukan juga ada disana,malah bukti fitnah yang pernah jadi isteri juga boleh didapati disana...Kita lihat secara depan-depan.Masing2 telah dikurniakan Allah SWT jalannya iaitu memimpin perguruan buah pukul sendiri jadi tidak perlulah timbul pelbagai alasan untuk bersua dan bermuzakarah. Marilah kita buka hati dan buka minda..Buang yang keruh ambil yang jernih..(U/P : Sdra Raja Ayub Raja Yaacob ) sila hubungi saya melalui Fb atau talian telefon saya 013-322 7081 bagi penetapan tarikh pertemuan agar tetamu dapat diraikan dan dilayan baik-baik.
Kepada anak-anak Lian Padukan Malaysia dibulan baik ini pertingkatkan amalan diri kepadaNya serta diselarikan dengan latihan gelanggang.Kita diasuh untuk memajukan diri dan persatuan demi Agama,Bangsa dan Tanahair.Kita bawa dimensi baru arah dunia Buah Pukul ini kearah lebih bermanfaat iaitu kearah perpaduan,menyatupadukan dan kejayaan dipersada persilatan nasional dan antarabangsa...1 kerugian bagi kita kerana asyik membahas dan menjawab perkara yang sama sejak dahulu lagi.. Kita anak-anak LP Malaysia fokus terhadap pelan-pelan pembangunan yang telah disediakan pimpinan.Sekiranya ada peluang dan diizinkanNya Insha Allah kami berbesar hati membuka cawangan gelanggang di Mersing..usul tersebut Insha Allah akan dipertimbangkan sebaik-baiknya.
Akhir kata saya ingin sekali lagi menjemput saudara-saudara dibulan akhir Ramadhan ini kita perbaiki amalan diri dan di pertemuan Aidilfitri kelak ambillah peluang merapatkan ukhwah dan menghapuskan dendam atau curiga dengan hadir ke rumah adat kami di Johor Jaya.Selamat Hari Raya Aidilfitri..Mohon Maaf Zahir dan Batin

Saturday, July 19, 2014

HENTIKAN POLEMIK YANG TIADA KESUDAHAN..AYUH MENUJU KEJAYAAN DAN PERPADUAN

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum w.b.t,

Dewasa ini banyak pihak yang ingin mencari publisiti murahan namun biarlah ianya lebih cara kemelayuan yang penuh sopan santun serta beradap.Terima kasih juga bagi yang secara nyata dan tersembunyi menyokong perjuangan dan perjalanan Lian Padukan Malaysia.Sesungguhnya perjuangan kami adalah untuk memartabatkan Seni Tempur Lian Padukan agar diketahui luas keefisyennya dalam dunia seni beladiri tidak hanya di bumi Malaysia malah seantero dunia.Dari bumi Mersing ianya mula dikembangkan setakat ini Lian Padukan bersyukur kehadrat Allah SWT mempunyai banyak cawangan gelanggang latihan terutama di bumi Lembah Kelang (KL/Selangor).Dibawah kepimpinan Mahaguru Utama,Ayahanda Dr. Haji Muhamad Hasyim Haji Salleh dibantu tenaga-tenaga pengajar yang berketrampilan dan berkelayakan gelanggang Lian Padukan boleh dikatakan mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) gelanggang disetiap negeri ( Johor - Johor Bahru/Skudai , Melaka,Negeri Sembilan - Nilai, Selangor/KL - Kapar/Port Kelang/Shah Alam/ Kelana Jaya / Kajang /Wangsa Maju / Rawang / Selayang dan Bukit Jalil,Perak - Sri Manjung , Terengganu - Kuala Terengganu  dan Pahang - Bandar Muadzam ). Insha Allah menjelang 2015 gelanggang-gelanggang baru sudah dikenal pasti akan dibuka..kita sama-sama doakan kejayaan dan perpaduan.

Masih ada lagi kedengaran pertikai sana sini berkenaan pemilikan Lian Padukan..Umum mengetahui bahawa Allahyarham Pak Mat Kedidi mengasaskan senitempur ini namun telah ditakdirkan Allah SWT beliau keluar dari perguruan/persatuan(terdapat bukti dokumen sahih mengenainya)..saya rasa isu ni balik-balik sama dimainkan sesetengah pihak.Kenapa kita masih bertikai2? Kenapa kita tak perkemaskan permainan dan persatuan yang kita ada untuk maju kehadapan? Dalam laungan azan sering 'menjerit' kearah perpaduan dan kemajuan/kejayaan kenapa kita tidak sahut panggilan ini dengan positif?? Lian Padukan Johor dan seterusnya Lian Padukan Malaysia telah diserahkan,diusahakan,diperkemaskan serta diperkembangkan oleh pimpinan Ayahanda Dr Haji Muhamad Hasyim maka hentikanlah segala polemik yang murah demi populariti peribadi.Kenapa tidak tuan-tuan yang mempunyai perasaan pertikaian berhubung dan bertemu mata ke mata demi mencari kebenaran yang HAQ usahlah terus menerus hidup dalam kegelapan..

Akhir kata marilah kita bersama-sama meningkatkan amalan sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini dari sibuk menimbulkan fitnah atau mengada-adakan cerita yang tidak benar..Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri...Mohon Maaf Zahir dan Batin.


Friday, July 4, 2014

SALAM RAMADHAN

Bismillahirahmanirahim...

Salam Ramadhan semua pelatih-pelatih Lian Padukan Malaysia..Dalam kita mendidik diri berlapar dan dahaga kita jangan lupa tanggunjawab kita kepada insan yang kurang berkemampuan yakni fakir miskin...
Jika kita lebih kurang 11-12 jam berpuasa bayangkan mereka yang kurang mampu terpaksa mengikat perut lebih dari itu..

Janganlah kita berlebih-lebihan dan membazir dalam perbelanjaan dibulan ini...selain memperbanyakkan amalan diri..perbanyakkan lah amalan bersedekah samada dalam bentuk wang ringgit mahupun dalam bentuk barang-barang makanan berupa beras,gula,minyak,milo dan lain-lain agar dengan bantuan kita tadi dapat kita meringankan beban golongan kurang mampu ini.Lian Padukan Malaysia Insha Allah seperti tahun-tahun sebelumnya Insha Allah akan menganjurkan beberapa program kemasyarakatan dalam bulan yang penuh berkah ini seperti Majlis Iftar bersama anak-anak yatim,penyerahan sumbangan kepada fakir dan lain-lain.

Selain itu kita harus sentiasa muhasabah dengan perjalanan hidup kita seharian.Jangan kita terjerumus dalam kancah maksiat,kesesatan,murtad,gejala-gejala sosial yang kini membimbangkan..isu terkini ialah militan saya menyeru rakan-rakan jauhilah dari gerakan-gerakan ekstremisme yang bertopengkan perjuangan Fisabilillah.Dalam konteks negara kita masih boleh berjihad kerana Bangsa dan Agama masih memerlukan tenaga dan buah fikiran kita dalam memajukan ummah yang seterusnya menaikkan taraf serta kedudukan kita sebagai umat Islam dimata dunia.Kaji semula corak jihad yang dilaung-laungkan kumpulan d Timur Tengah.Adakah mereka benar-benar dipihak yang Haq? Adakah peperangan cara mereka cara benar seperti yang dididik dan dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW? Kenapa dizaman Nabi Muhammad SAW dahulu umat Islam yang bersama tentera fisabilillah ditakuti dan dihormati? malah ramai antara tawanan perang lebih suka untuk tidak kembali ke pihak musuh kerana layanan baik yang diberikan oleh Tentera Fisabilillah Rasulullah SAW...Tiada istilah tawanan perang dipancung atau disembelih sesuka hati.Malah ketika itu Nabi Muhammad SAW selaku Ketua Panglima Perang mengarahkan tentera-tenteranya tidak mengapa-apakan kanak-kanak,wanita,orang-orang tua,tanaman malah rumah-rumah ibadat.Malah direkodkan tawanan-tawanan perang inilah yang akhirnya memeluk Islam dan bertambah umat dari semasa ke semasa.Terdapat juga didalam rekod sejarah beberapa panglima-panglima musuh yang sebelum ini memeraangi Islam turut menguatkankan bala tentera fisabilillah setelah mengucapkan kalimah syahadah "La illahailallah"

Saya seru demi bulan ramadhan ini..kita sama-sama mengambil iktibar apa yang berlaku diluar negara agar terus memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT diatas limpah kurniaNya kita masih dapat menikmati juadah berbuka puasa , bersahur malah bersolat terawikh tanpa kawalan tentera,polis bersenjata demi memastikan jemaah aman..Syukur Allah Malaysia Aman...Syukur Allah Malaysia Aman...Syukur Allah Malaysia Aman...