SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Wednesday, July 23, 2014

Jawapan Fb

Bismillahirahmanirahim...

Berikut adalah petikan posting jawapan saya di laman Persatuan buah Pukul (Fb) :-

Assalamualaikum wbt,
Terima kasih kepada saudara Kanda Gajah De Lagend yang berniat positif dalam posting beliau di Perguruan Buah Pukul .Walau ada komen2 negatif .Tahniah juga kepada beliau yang tempohari berjaya mengkoordinasi serta menganjurkan perhimpunan sejarah.ada jaga komen2 positif.Mohon maaf terpaksa membawa ke laman ini untuk menjawab.
Kepada pihak yang masih tak berpuas hati saya selaku S/Usaha Agong LP Malaysia mempelawa saudara-saudara yang kononnya arif dan kenal Tn Hj Hasyim secara rapat malah mengambil peranan aktif dalam memburukkan beliau samada didalam alam maya atau nyata selesaikan secara berhadapan.Seruan ini telah beberapa kali disuarakan namun mungkin jodoh pertemuan belum diizinkan atau segaja didoakan agar tak bertemu agar kebatilan berpanjangan.Sempena Aidilfitri yang bakal menjelang marilah ke rumah induk kami di Johor Jaya ..bulan baik untuk menyatakan kebenaran terutama kepada bekas anak murid yang menjuarai membusuk2kan gurunya.Disana senang terdapat pelbagai bukti dokumen yang sukar didakwa-dakwi mengenai sejarah permulaan,pendaftaran,perpecahan,malah data-data murid yang khatam Lian Padukan juga ada disana,malah bukti fitnah yang pernah jadi isteri juga boleh didapati disana...Kita lihat secara depan-depan.Masing2 telah dikurniakan Allah SWT jalannya iaitu memimpin perguruan buah pukul sendiri jadi tidak perlulah timbul pelbagai alasan untuk bersua dan bermuzakarah. Marilah kita buka hati dan buka minda..Buang yang keruh ambil yang jernih..(U/P : Sdra Raja Ayub Raja Yaacob ) sila hubungi saya melalui Fb atau talian telefon saya 013-322 7081 bagi penetapan tarikh pertemuan agar tetamu dapat diraikan dan dilayan baik-baik.
Kepada anak-anak Lian Padukan Malaysia dibulan baik ini pertingkatkan amalan diri kepadaNya serta diselarikan dengan latihan gelanggang.Kita diasuh untuk memajukan diri dan persatuan demi Agama,Bangsa dan Tanahair.Kita bawa dimensi baru arah dunia Buah Pukul ini kearah lebih bermanfaat iaitu kearah perpaduan,menyatupadukan dan kejayaan dipersada persilatan nasional dan antarabangsa...1 kerugian bagi kita kerana asyik membahas dan menjawab perkara yang sama sejak dahulu lagi.. Kita anak-anak LP Malaysia fokus terhadap pelan-pelan pembangunan yang telah disediakan pimpinan.Sekiranya ada peluang dan diizinkanNya Insha Allah kami berbesar hati membuka cawangan gelanggang di Mersing..usul tersebut Insha Allah akan dipertimbangkan sebaik-baiknya.
Akhir kata saya ingin sekali lagi menjemput saudara-saudara dibulan akhir Ramadhan ini kita perbaiki amalan diri dan di pertemuan Aidilfitri kelak ambillah peluang merapatkan ukhwah dan menghapuskan dendam atau curiga dengan hadir ke rumah adat kami di Johor Jaya.Selamat Hari Raya Aidilfitri..Mohon Maaf Zahir dan Batin

No comments: