Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum w.b.t,
Dewasa ini banyak pihak yang ingin mencari publisiti murahan namun biarlah ianya lebih cara kemelayuan yang penuh sopan santun serta beradap.Terima kasih juga bagi yang secara nyata dan tersembunyi menyokong perjuangan dan perjalanan Lian Padukan Malaysia.Sesungguhnya perjuangan kami adalah untuk memartabatkan Seni Tempur Lian Padukan agar diketahui luas keefisyennya dalam dunia seni beladiri tidak hanya di bumi Malaysia malah seantero dunia.Dari bumi Mersing ianya mula dikembangkan setakat ini Lian Padukan bersyukur kehadrat Allah SWT mempunyai banyak cawangan gelanggang latihan terutama di bumi Lembah Kelang (KL/Selangor).Dibawah kepimpinan Mahaguru Utama,Ayahanda Dr. Haji Muhamad Hasyim Haji Salleh dibantu tenaga-tenaga pengajar yang berketrampilan dan berkelayakan gelanggang Lian Padukan boleh dikatakan mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) gelanggang disetiap negeri ( Johor - Johor Bahru/Skudai , Melaka,Negeri Sembilan - Nilai, Selangor/KL - Kapar/Port Kelang/Shah Alam/ Kelana Jaya / Kajang /Wangsa Maju / Rawang / Selayang dan Bukit Jalil,Perak - Sri Manjung , Terengganu - Kuala Terengganu dan Pahang - Bandar Muadzam ). Insha Allah menjelang 2015 gelanggang-gelanggang baru sudah dikenal pasti akan dibuka..kita sama-sama doakan kejayaan dan perpaduan.
Masih ada lagi kedengaran pertikai sana sini berkenaan pemilikan Lian Padukan..Umum mengetahui bahawa Allahyarham Pak Mat Kedidi mengasaskan senitempur ini namun telah ditakdirkan Allah SWT beliau keluar dari perguruan/persatuan(terdapat bukti dokumen sahih mengenainya)..saya rasa isu ni balik-balik sama dimainkan sesetengah pihak.Kenapa kita masih bertikai2? Kenapa kita tak perkemaskan permainan dan persatuan yang kita ada untuk maju kehadapan? Dalam laungan azan sering 'menjerit' kearah perpaduan dan kemajuan/kejayaan kenapa kita tidak sahut panggilan ini dengan positif?? Lian Padukan Johor dan seterusnya Lian Padukan Malaysia telah diserahkan,diusahakan,diperkemaskan serta diperkembangkan oleh pimpinan Ayahanda Dr Haji Muhamad Hasyim maka hentikanlah segala polemik yang murah demi populariti peribadi.Kenapa tidak tuan-tuan yang mempunyai perasaan pertikaian berhubung dan bertemu mata ke mata demi mencari kebenaran yang HAQ usahlah terus menerus hidup dalam kegelapan..
Akhir kata marilah kita bersama-sama meningkatkan amalan sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini dari sibuk menimbulkan fitnah atau mengada-adakan cerita yang tidak benar..Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri...Mohon Maaf Zahir dan Batin.
No comments:
Post a Comment