SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Friday, July 4, 2014

SALAM RAMADHAN

Bismillahirahmanirahim...

Salam Ramadhan semua pelatih-pelatih Lian Padukan Malaysia..Dalam kita mendidik diri berlapar dan dahaga kita jangan lupa tanggunjawab kita kepada insan yang kurang berkemampuan yakni fakir miskin...
Jika kita lebih kurang 11-12 jam berpuasa bayangkan mereka yang kurang mampu terpaksa mengikat perut lebih dari itu..

Janganlah kita berlebih-lebihan dan membazir dalam perbelanjaan dibulan ini...selain memperbanyakkan amalan diri..perbanyakkan lah amalan bersedekah samada dalam bentuk wang ringgit mahupun dalam bentuk barang-barang makanan berupa beras,gula,minyak,milo dan lain-lain agar dengan bantuan kita tadi dapat kita meringankan beban golongan kurang mampu ini.Lian Padukan Malaysia Insha Allah seperti tahun-tahun sebelumnya Insha Allah akan menganjurkan beberapa program kemasyarakatan dalam bulan yang penuh berkah ini seperti Majlis Iftar bersama anak-anak yatim,penyerahan sumbangan kepada fakir dan lain-lain.

Selain itu kita harus sentiasa muhasabah dengan perjalanan hidup kita seharian.Jangan kita terjerumus dalam kancah maksiat,kesesatan,murtad,gejala-gejala sosial yang kini membimbangkan..isu terkini ialah militan saya menyeru rakan-rakan jauhilah dari gerakan-gerakan ekstremisme yang bertopengkan perjuangan Fisabilillah.Dalam konteks negara kita masih boleh berjihad kerana Bangsa dan Agama masih memerlukan tenaga dan buah fikiran kita dalam memajukan ummah yang seterusnya menaikkan taraf serta kedudukan kita sebagai umat Islam dimata dunia.Kaji semula corak jihad yang dilaung-laungkan kumpulan d Timur Tengah.Adakah mereka benar-benar dipihak yang Haq? Adakah peperangan cara mereka cara benar seperti yang dididik dan dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW? Kenapa dizaman Nabi Muhammad SAW dahulu umat Islam yang bersama tentera fisabilillah ditakuti dan dihormati? malah ramai antara tawanan perang lebih suka untuk tidak kembali ke pihak musuh kerana layanan baik yang diberikan oleh Tentera Fisabilillah Rasulullah SAW...Tiada istilah tawanan perang dipancung atau disembelih sesuka hati.Malah ketika itu Nabi Muhammad SAW selaku Ketua Panglima Perang mengarahkan tentera-tenteranya tidak mengapa-apakan kanak-kanak,wanita,orang-orang tua,tanaman malah rumah-rumah ibadat.Malah direkodkan tawanan-tawanan perang inilah yang akhirnya memeluk Islam dan bertambah umat dari semasa ke semasa.Terdapat juga didalam rekod sejarah beberapa panglima-panglima musuh yang sebelum ini memeraangi Islam turut menguatkankan bala tentera fisabilillah setelah mengucapkan kalimah syahadah "La illahailallah"

Saya seru demi bulan ramadhan ini..kita sama-sama mengambil iktibar apa yang berlaku diluar negara agar terus memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT diatas limpah kurniaNya kita masih dapat menikmati juadah berbuka puasa , bersahur malah bersolat terawikh tanpa kawalan tentera,polis bersenjata demi memastikan jemaah aman..Syukur Allah Malaysia Aman...Syukur Allah Malaysia Aman...Syukur Allah Malaysia Aman...

No comments: