SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Wednesday, May 4, 2011

Tokoh Penting Dalam Seni Tempur Buah Pukul


Allahyarham Guru Mohamad Yassin Yunos a.k.a Long Mamat a.k.a Pak Long Mat Yassin



Allahyarham Dato' Awang Bin Ali S.M.J a.k.a Awang Daik Al-Hakim

Bismillahirahmanirahim,

Gambar diatas adalah 2 orang tokoh yang pernah suatu ketika dizaman pemerintahan Sultan Ibrahim Abu Bakar Al-Mahsyur (Sultan Johor Moden ke-2)menjawat jawatan penting didalam istana Sultan Johor.

Gambar diatas sekali merupakan Allahyarham Mohamad Yassin Bin Yunos atau dikenali sebagai Long Mamat oleh perguruan Sendeng Muar/Malaysia dan Pak Long Mat Yassin oleh semua pengamal Buah Pukul Mersing.Beliau dikatakan berketurunan Bugis dimana nasab keturunannya masih terdapat di Pontian Johor.Banyak versi tentang dirinya semasa hayat.Dikatakan beliau seorang pendekar terulung permainan Sendeng.Dipercayai menuntut ilmu kependekaran dari ramai guru-guru terkenal dengan ilmu kuntau dan sendeng.Turut diceritakan beliau masih menuntut ilmu bagi memperhalusi/menajamkan kemahirannya walaupun telah berguru dengan 39 orang guru sebelumnya.Beliau juga semasa hayatnya merupakan seorang ahli perdagangan yang terkenal di seantero kepulauan Melayu.Walau pun begitu kerja Raja tetap dikelek.Beliau mendapat mandat untuk menjaga keamanan Muar selepas dilantik Tuanku Sultan Ibrahim menjadi Pesuruhjaya Polis ( Johor Police Force a.k.a JPF) .Beliaulah yang bersama-sama Dato Awang Daik Al-Hakim diutus oleh baginda Tuanku untuk mencuba & menyudi kehebatan permainan Syed Abdul Rahman Yunan.


Manakala gambar dibawahnya ialah Allahyarham Dato Awang Bin Ali a.k.a Awang Daik dilahirkan sekitar tahun 1839 di Riau Lingga.Ayah beliau merupakan Cina Muslim yang telah bermastautin di Daik sejak 1800.Diwaktu kecil beliau menjadi anak angkat kepada Tok Penghulu Daik dan kemudian diperkenalkan oleh Sultan Mahmud Syah iaitu paman Sultan Ibrahim untuk dijadikan anak angkat tuanku.Sehinggalah beliau dikahwinkan dengan anak angkat baginda Daeng Aminah Daeng Dolok.Sejak kecil diasuh dan dilatih untuk mahir dalam permainan Sunting sehingga digelar pendekar.Oleh kerana beliau tidak suka dengan pemerintahan Belanda,beliau berhijrah ke Kampung Gelam,Singapura dan akhirnya diambil bekerja sebagai kerani didalam Pentadbiran Istana Johor.Pada 1888 beliau dihantar ke Muar untuk menjadi Inspektor didalam Perkhidmatan Polis Johor.dan kemudian menjadi Pesuruhjaya Endau (1906) dan Hakim di Mersing pada 1915 sehingga 1920an.Mempunyai hubungan yang sangat rapat & akrab dengan baginda Tuanku.Turut dipercayai pernah menjadi bapa mertua kepada baginda Tuanku.Beliaulah bertanggungjawab mengenalkan serta menjadi guru peribadi kepada Tuanku ilmu Buah Pukul yang dipelajari & diwarisi dari Syed Abdul Rahman Yunan.Setelah Tuanku mendengar perkhabaran tentang kehebatan seorang pedagang Cina Muslim yang bernama Syed Abdul Rahman,baginda mengutuskan beliau untuk mencuba & menyudi kehebatannya namun atas firasat beliau telah memohon untuk memabawa bersama sahabat baik beliau iaitu Long Mamat.Beliau juga merupakan pewaris Nukil Buah Pukul yang pertama yang ditulis tangan oleh Syed Abdul Rahman Yunan.Selepas beliau meninggal dunia pada tahun 1933 peranan beliau sebagai Guru Utama Lian Paduka diganti oleh Mohamad Yassin Bin Kubong a.k.a Pak Teh Mohamad Yassin Kubong.

3 comments:

KeLaNa said...

Salam.Nak tanya,pasal Long Mamat tu memang confirm ke beliau adalah Pak Long Mat Yasin?Sudah dirujuk kepada cucu beliau Penghulu Zakaria yang masih ada di Larkin ke belum?

aams said...

Long Mamat

Nama sebenar beliau ialah Mohamad bin Lena. Keluarga beliau berasal dari kawasan Parit Bunga, Muar.

Memperkenalkan ilmu pukulan sendeng yang beliau warisi dari bapa saudaranya di Muar pada penghujung kurun ke 19 (sekitar tahun 1885-1910).

Selain mengajar pukulan sendeng, beliau juga adalah guru al quran.

Mohamad bin Lena, pengasas ilmu pukulan sendeng ini, yang mashor dengan gelaran Long Mamat, tiada kaitan dengan Mohd Yassin bin Yunos dari aliran buah pukul.

Kepada pencinta-pencinta seni bela diri, disarankan untuk menziarahi pusara Mohamad Bin Lena di Pontian dan pusara Mohd Yassin Bin Yunos di Endau.

ikhsan said...

Long Mamat (Mohamad Bin Lena) dan Pak Long Mat Yaasin (Mohd Yaasin Bin Yunos) adalah orang yg berbeza... Pak Long Mat Yaasin adalah Guru Buah Pukul Mersing Lian Padukan. Manakala Long Mamat adalah Guru Sendeng 7 Hari. Dan dri Long Mamat bermulanya susur Galur Sendeng Muar.