SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Wednesday, June 29, 2011

PENDAPAT PERIBADI (1): PERHIMPUNAN BERSIH

Bismillahirahmanirahim,

Saya berasa terpanggil memberi komen mengenai rancangan beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang ingin menganjurkan perhimpunan mega pada awal Julai 2011 bagi menuntut keadilan dan kesaksamaan didalam proses pilihanraya.Jelas ia adalah bermotif politik kerana pertama ia membabitkan pilihanraya.Sinonim & relevan antara keduanya.Tanpa parti politik susah nak bentuk kerajaan.Mustahil dalam senario real politik Malaysia kini Kerajaan Persekutuan boleh dibentuk oleh mereka yang bertanding atas Tiket BEBAS.Makanya ia masih bersifat politik walaupun dinafikan oleh penganjur. Tak mengapa penganjur juga adalah warganegara yang mempunyai hak bersuara & memilih kerajaan.Tetapi dalam timbal balik secara waras & matang pastinya banyak mudaratnya dari faedah.

Aspek Keselamatan Negara

Sudah tentu ia merupakan perhimpunan haram kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mengeluarkan sebarang permit perhimpunan setakat ini bagi tujuan perhimpunan.Perhimpunan yang mengumpulkan ramai orang ini pasti sukar di kawal kerana secara hakikatnya setiap manusia mempunyai tahap emosi & fikiran yang berbeza-beza maka ia subjektif untuk mengawal mereka apabila dalam perhimpunan besar ditempat awam.Sekiranya ia tidak terkawal makanya terjadilah rusuhan/pergaduhan besar yang pastinya membawa petaka yang dahsyat sekiranya ia berlaku.Kita pastinya tidak mahu peristiwa2 berdarah seperti tragedi 13 Mei 69 atau demonstrasi jalanan lain yang pernah diadakan berakhir dengan huru-hara serta tragedi berdarah.Ramai akan menjadi korban tidak kira didalam kumpulan penyokong gagasan dan juga pembankang gagasan.Negara juga melalui kerajaan Pemerintah pasti terpaksa mengeluarkan belanja yang besar bagi menampung operasi keselamatan dalam negeri ini.

1 comment:

Jiazah said...

Rajin2 membaca soal2 politik negara.. tdk kira dari mana sudut.. dari kedua2 pihak.. ambil fakta dn bfikir.. baru buat kesimpulan dan ulasan peribadi.. samada terbuka atau tertutup. Dlam Al quran ada mngatakn skiranya kamu bantah membantah dn bsilisihan faham kmbalilah kpd Al-Quran dn sunnah.. ini mksudnya kmblilah kpd punca.. kupas dn kupas.. mngapa tjadi.. tk kiralah dari soal masaalah apa pun. utk mngupas perlu trima hakikat dn bfikiran tbuka.. sifat ego dn bkempentingan diri kena buang. Wassalam