SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Monday, December 31, 2018

PERUTUSAN GELANGGANG LAKSAMANA TAHUN 2019 MASEHI

Assalamualaikum w.b.t,

Selamat Tahun Baru Masehi 2019 kepada semua pembaca blog ini khususnya kpd peminat serta anak anak Lian Padukan serta Buah Pukul.

Tahun 2019 menanti 1001 dugaan, cabaran, kegagalan serta kejayaan dihadapan.

Mari kita sahut 2019 dengan penuh keberanian,kegigihan,positif walau apa pun yg datang.Kurangkan konflik lebihkan produktiviti.Sentiasa dahulukan urusan Allah , kedua ibubapa & keluarga Insha Allah jalan keberkatan menanti kita.

Saya sebagai salah seorg anak & aktivis Lian Padukan dari Gelanggang Laksamana berdoa semoga Lian Padukan Malaysia terus melangkah maju tidak hanya dipersada tanahair malah antarabangsa.Pelbagai aktiviti dari Ujian Kenaikan Tahap,Kursus Intensif,hari keluarga dan lain2 aktiviti manfaat kpd setiap anak Lian Padukan.

Semoga 2019 membawa sinar keteguhan persaudaraan Lian Padukan khususnya dan Orang Melayu amnya.Menuntut Ilmu dan mengamalkan kearah kebaikkan dan manfaat sejagat.Saya ingin merakam jutaan terima kasih kepada isteri yg memahami minat dan amanah.Terima kasih juga kpd kedua ibubapa dan mentua juga guru guru Lian Padukan yg telah dan masih giat mendidik serta melatih saya .Terima kasih Yg Berbahagia Cikgu Hj Nur Azhar ,Cikgu Dr Din Misai dan Yg Dihormati  Ayahanda Paktuan Dr Hj Muhammad Hasyim (YDP /Mahaguru Lian Padukan Malaysia) .Terima kasih juga kpd Mahaguru Ayahanda Hj Abd Rahim Yatmon @ Wak Yiem ( Mahaguru Pati Serendeng).

Wednesday, December 26, 2018

KELAS TAMBAHAN APLIKASI SEMPENA CUTI HARI NATAL 2018

Assalamualaikum w.b.t, 

Hari ni diadakan kelas tambahan buah - buah aplikasi.Kelas latihan dipimpin oleh Cikgu Saleh.





Sunday, December 23, 2018

KELAS TAMBAHAN : LATIHAN INTENSIF

Assalamualaikum W.B.T,

Sesuai dgn prinsip Man Jadda Wa Jadda, saya menerima kunjungan ziarah dan permintaan kelas tambahan secara santai untuk aplikasi pergaduhan jalanan (streetfight).

Maaf zahirnya mungkin pakaian mereka tidak sesuai dlm persilatan melayu namun bagi memberi suasana yg realistik maka saya benarkan mereka menukar pakaian latihan seperti paparan di video.Ia merupakan dril dril yg dokumenkan samada di warisi dari guru guru saya terdahulu mahupun gubahan sendiri melalui pengalaman streetfight saya.














Sunday, December 16, 2018

MANFAAT SENAM REGANGAN DLM LATIHAN SUKAN & KEHIDUPAN

Assalamualaikum w.b.t

Dalam kehidupan zaman yg penuh pancaroba & tekanan kerja,kita memerlukan methode utk melepaskan tekanan terutama dlm aktiviti sukan.

Dalam menjalani aktiviti riadah atau bersukan kita harus melakukan latihan regangan agar otot2 dan anggota tubuh yg digunakan tidak mengalami kecederaan & tahan lasak.Berikut adalah gambar2 beserta manfaat senam regangan.









Sunday, December 9, 2018

KITA UMPAMA KUCING MINTA MAKAN APABILA MOHON MURAH REZEKI KEPADA ALLAH SWT


Kadangkala kita lupa akan nikmatNya...apabila diturun ujian kewangan atau harta benda kita mula merintih kepada Allah SWT umpama kucing minta makan dikedai.Minta terus minta sehingga diberi secebis makanan...Sentiasalah Istiqomah dlm perjuangan kehidupan.

Saturday, December 8, 2018

HIMPUNAN PENDEKAR BANTAH ICERD DAN IKRAR TAAT SETIA & PERTAHAN DYMM RAJA RAJA MELAYU , AGAMA ,BANGSA & TANAHAIR

Assalamualaikum W.B.T,

Alhamdulillah Pendekar2 dari 313 Pertubuhan Persilatan telah mengangkat IKRAR TAAT SETIA DAN PERTAHANKAN Islam , Bangsa Melayu & Tanahair Malaysia dihadapan wakil Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong & Raja Raja Melayu  di hadapan Istana Negara pagi tadi.

Biarlah apa jua tajuk dan isi akhbar media cetak mahupun media atas talian kami telah jelas menyampaikan mesej yg sangat jelas kpd pelampau-pelampau yg meminta yg bukan2.

Saya tidak rasis terhadap kaum lain.Saya ada adik2 angkat,anak2 angkat,murid2,sahabat2 dr Cina ,India dll etnik mereka faham apa yg saya suarakan ,perjuangan dan pertahankan.Kami saling mengasihi sesama insan.Bukan usik keperluan mereka hanya mempertahankan hak2  Melayu Islam yg pimpinan politik pelampau mereka cuba usik.

Tahniah kpd penganjur yg berjaya menghimpunkan pendekar2 , sgalanya berjalan dengan disiplin , tertib ,bersemangat juang yg tinggi dan bersih tanpa sampah yg ditinggalkan.Terima kasih juga kpd petugas2 kawalan keselamatan ,kawalan trafik dan juga medik yg memantau scara rapat dan berhemah.Respek pegawai2 polis membantu mberi bekalan air minum mineral kpd peserta himpunan yg senior.Terbaik #PDRM #APM

Allahuakbar !!! Allahuakbar !!! Allahuakbar !!!

Hari ini 81218 ku tercatat dalam sebuah sejarah perjuangan anak watan agar demi kelangsungan anak cucu keturunanku di Tanah air Malaysia
bumi bertuah.








Wednesday, December 5, 2018

LATIHAN SENAM BINA OTOT PERSPEKTIF LIAN PADUKAN

Assalamualaikum w.b.t

Seperti isu dlm penulisan yg lepas,dr remaja saya dididik dan dilatih melalui gelanggang yg seiring dgn latihan senaman pembinaan otot terutama pada bahagian senjata lapan. Hari ni sy ingin membawa ia dari perspektif Lian Padukan Laksamana.

Melalui latihan2 digelanggang Lian Padukan sblm ini guru guru saya amat menitikberatkan aspek ini malah Mahaguru Utama iaitu Ayahanda Paktuan Dr.Hj Muhammad Hasyim sering berpesan kepada saya agar Pelampas dan latihan senam bina otot dperturunkan kpd anak anak Lian Padukan seiring dengan silibus yg sedia ada.Dengan ini setiap pendekar Lian Padukan akan menguasai Rahsia Elemen Susun 11(Insha Allah akan dceritakan dkupas ditulisan akan datang)

Berikut beberapa senam latihan yg terdapat dalam Pelampas dan beberapa cadangan latihan senam yg diajar dan dititikberatkan kpd anak anak Lian Padukan :-
1. LARIAN SETEMPAT

2. KEPALA
a. Leher Pandang Kanan
b. Leher Pandang Kiri
c. Leher Atas/Bawah

3. BAHU
a. Regangan Trisep
b. Regangan Bahu
c. Regangan Dada
d. Titik Perisai Tumbuk Sampai
e. Titik Perisai Tumbuk Sisip Siku
f. Siku 2 belah
g. Tumbuk Sisi Kanan Kiri
h. Tekan Tubi
i. Timbang Tangan

4. PINGGANG / PINGGUL
a. Pusing Arah/Lawan Jam
b. Regangan Sisi Kanan/Kiri
c. Regangan Depan/Belakang

5. ABDOMEN
a. Bangkit Tubi
b. Kayuhan Basikal ( tegak/kanan & kiri)

6. KAKI
a. Pusing Lutut Arah/Lawan Jam
b. Regangan Peha Arah Belakang
c. Regangan Arah Depan
d. Regang Sisi Kanan/Kiri
e. Sepak Yem
f. Tendang Perisai
g. Badik
i. Simbur

Selain senarai Pelampas diatas ,latihan senam bina otot turut mengikut rutin latihan bina otot yg standard seperti yg tertera digambar2 dibawah(gambar ehsan google)





Diharap dengan panduan disini dapat dpraktik secara amali dan menjadi amalan darah daging anak anak Lian Padukan semasa bergelanggang.Insha Allah di tulisan akan dtg sy membawa topik rahsia Elemen Susun 11 yg dijadikan tangkal buat pendekar  pendekar Lian Padukan.

SELAMAT MEMBACA


Wednesday, November 28, 2018

KEPENTINGAN PENDEKAR MEMILIKI TUBUH SASA

Assalamualaikum W.B.T,

Sejak remaja saya didedahkan dan diberitahu samada ketika didalam gelanggang silat mahupun secara santai oleh guru guru saya bahawa kepentingan menjalani latihan yg lasak membina otot tubuh badan terutama anggota senjata 8. Banyak sebab pembinaan otot amat dititikberatkan antaranya dapat menjadi faktor psikologi gerun saiz tubuh dan otot kpd lawan serta menghasilkan serangan dan beladiri yang padu dan kuat.

Di tanahair mahupun luar negara ramai pendekar dan atlit beladiri yang boleh dijadikan contoh seperti Allahyarham Dato Meor Abd Rahman (Pengasas/Mahaguru Seni Gayong & Pusaka Gayong) , Mike Tyson (Jaguh Tinju Dunia kelas Heavyweight) & Micheal J. White (Pelakon / Artis Beladiri) .Lihat sahaja tubuh badan mereka yang sasa atau terma kini Sado pasti menggentar bakal lawan atau musuh yg ingin bertarung dengan mereka.

Untuk mendapat tubuh yg sasa haruslah dan dinasihatkan biarlah secara natural tanpa ubat ubat terlarang seperti steriod dan sebagainya.Atlit atau pendekar harus meletakkan komitmen dalam latihan pembinaan otot dengan konsisten dan disiplin.Disamping itu harus diselarikan dengan diet permakanan dan dril atau latihan tubi seni tempur barulah bakal menghasilkan tubuh yang diidamkan. Ditulisan akan datang insha allah saya akan bawakan beberapa latihan cadangan yang boleh menuju menghasilkan Pendekar Tubuh Sasa atau Pendekar Sado.




Tuesday, November 27, 2018

KENANGAN DI MAJLIS RESEPSI SEPUPU ISTERI DI KANGKAR PULAI JB

Assalamualaikum w.b.t,

Berikut adalah gambar saya sekeluarga menghadiri Majlis Resepsi adik sepupu isteri yang dilangsungkan d Kangkar Pulai ,Johor Bahru pada awal September 2018 yg lepas.





KENANGAN MENGHADIRI MAJLIS RESEPSI PUTERI SULONG AYAHANDA PAKTUAN







Assalamualaikum w.b.t,

Gambar2 diatas adalah ketika menghadiri Majlis Resepsi Puteri Sulong Ayahanda Paktuan d Johor Bahru pada September 2018 yg lepas.
Selamat menonton video ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki.




Saturday, November 24, 2018

KENANGAN BERSAMA GURU GURU UTAMA BUAH PUKUL

Assalamualaikum w.b.t,

Gambar gambar ni diambil ketika diamanahkan oleh penganjur utk menguruskan serta menyelia pasukan Lian Padukan selaku Tim Keselamatan Majlis Konvokesyen Open Universiti khusus utk Guru Guru Senibeladiri Malaysia.Ia diadakan di Wisma Puteri Islam ,Cheras pada 29hb Mei 2011.


LATIHAN 22/11/2018 & 23/11/2018 : LIAN PADUKAN GELANGGANG LAKSAMANA

Assalamualaikum w.b.t ,

Pada Khamis (22/11) latihan gelanggang diadakan dengan kehadiran Cikgu Salleh Tiger.Beliau sudi berkongsi teknik dan silibus serta buah-buah peribadi amalan beliau kpd anak-anak gelanggang.Semua berkisar buah buah aplikasi Jurus Senjata 8 di jalanan.

Terima kasih Cikgu Salleh Tiger.


Pada latihan Jumaat (23/11), menumpukan kpd 3 kumpulan yg berbeza tahap.Tahap Asas & Pengenalan Senjata 8 kpd murid murid baru yg dibawa oleh Long Asma'ei.Mereka yg dlm lingkungan usia 17 tahun dibantu ajar oleh Achik Pojie (Iskandar Shah) & Long Asma'ei sendiri.

Kumpulan kedua ialah Long Asma'ei sendiri yg diberi penerangan dan kenaikkan Lian Tiga ( Singkap Lutut Siku) dan Lian Empat ( Selak Pendek Polek Tendang). Syabas Long..usaha maju jaya.

Tahap Ketiga ialah pengkhususan latihan kepada Afiq Tiger dan Fazren dalam Lian Sembilan (Lian Menumbuk Mengambil Kopak) serta aplikasi buah pukul.Selamat maju jaya.Teruskan latihan.



APLIKASI JURUS OLEH GRANDMASTER AYAHANDA PAKTUAN

Assalamualaikum w.b.t

Rakaman Aplikasi Jurus Jurus Lian Padukan Peringkat Pengenalan Senjata 8 yg dibuat bersama Peguam Radzi suatu ketika dalam usaha Grandmaster Ayahanda Paktuan membawa dan memperkenalkan Seni Silat Lian Padukan utk warga Lembah Klang.

Selamat Menonton



Thursday, November 22, 2018

LIAN REBUT DAN REJU OLEH GRANDMASTER AYAHANDA PAKTUAN

Assalamualaikum w.b.t,

Ayahanda Paktuan melakukan Lian Rebut dan Reju yg dirakam ketika dirumah Peguam Radzi di Petaling Jaya sekitar pertengahan 1990an.

Selamat Menonton

LIAN 1 OLEH GRANDMASTER AYAHANDA PAKTUAN

Assalamualaikum w.b.t

Rakaman Lian Satu Senjata8 Lian Padukan (Lian Selak Panjang) yg dibuat dirumah Peguam Radzi suatu ketika dalam usaha Grandmaster Ayahanda Paktuan membawa dan memperkenalkan Seni Silat Lian Padukan utk warga Lembah Klang.

Selamat Menonton


LIAN PADUKAN DI SHAH ALAM

Assalamualaikum w.b.t,

Kepada yg berminat untuk mempelajari Lian Padukan terutama di Shah Alam boleh rujuk lampiran yg disediakan.Terbuka kpd semua latarbelakang kaum(etnik) & gender. Di Shah Alam kami memiliki 2 fasiliti latihan iaitu drumah saya di seksyen U11 dan fasiliti outdoor Lian Padukan Laksamana di Seksyen 6.

Lian Padukan kini berada di hampir semua bandar utama Malaysia.
1. Johor Jaya, Johor Bahru (HQ)  2. Shah Alam 3. Kapar ,Kelang  4. Telok Pulai,Kelang  5. Port Kelang,Kelang  6. Kelana Jaya  7. Kajang   8. Bdr Puteri Rawang  9. Bdr Baru Uda,JB  10. Bdr Muadzam,Pahang  11. Kuala Terengganu  12.Sepang  13.Setia Alam Studio,JB  14. Skudai,JB  15. Dan beberapa lokasi yang akan dikemas kini

#Senjata8Gayang5   #PadaAllahDiserahkanKeselamatanAnda  #CloseHand2HandFightingArts  #SimpleAndComprehensiveFightingArts


Wednesday, November 21, 2018

LATIHAN LIAN PADUKAN MINGGUAN 16/11/2018 : GELANGGANG LAKSAMANA

Assalamualaikum w.b.t

Pada Jumaat (16/11/2018) yg lepas latihan gelanggang memberi penekanan kpd bentuk(gaya) Lian 5 hingga Lian 8 , aplikasi-aplikasi serta latih tubi bagi lian-lian berkenaan.Tahniah Fazren dan Din Impiana.
#Senjata8Gayang5 #LianRebutDanReju
#CloseHand2HandFightingArts

KUNJUNGAN HORMAT & PENGANUGERAHAN SEBILAH PEDANG OLEH Y.M AYAHANDA GURU SIKU 12

Assalamualaikum w.b.t ,

Pada 12 Ogos 2018 saya menerima kunjungan hormat dari Ayahanda Guru Hj Sheikh Anuar (Guru Tua Silat Siku 12) .Pada malam berkenaan juga bersaksikan anak-anak gelanggang Laksamana,saya telah dianugerahkan amanah sebilah pedang Fisabilillah senjata yang pernah dgunakan ketika Perang Sg.Manik & Peristiwa 13 Mei 1969.
Anugerah dan amanah ini diberi diatas peranan saya dlm dunia persilatan khususnya dan perjuangan membela serta memelihara Agama,Bangsa dan Tanahair.

Terima kasih Y.M Ayahanda Guru Hj.Sheikh Anuar.

VIDEO AYAHANDA PAKTUAN DR HJ HASYIM VOL.1

Assalamualikum w.b.t,

Video ini adalah sebahagian drpd arkib video awal ketika Lian Padukan dibawa ke Kuala Lumpur sekitar pertengahan tahun 90an.Lokasi rakaman adalah di rumah Peguam Radzi yg berguru secara terus dengan Ayahanda Paktuan. Video ini mengenai Jurus Senjata8 Lian Padukan.

Selamat Menonton


Saturday, November 10, 2018

CIKGU SALLEH TIGER GURU PANEL GELANGGANG LAKSAMANA


Cikgu Salleh Tiger salah seorang sparring partner sejak lebih 10 tahun yg lalu..Beliau merupakan salah seorang panel pengajar kpd Gelanggang Laksamana Shah Alam. 

GAMBAR GAMBAR KENANGAN SEPANJANG MAJLIS RESEPSI GIGIRL


#LIANPADUKANMALAYSIA #SENJATA8GAYANG5  #MAJLISRESEPSIGIGIRL
#1SEPT2018 #JOHORBAHRU
#LIAN★PADUKAN★BROTHERHOOD



HENZI ANDALAS SEDANG MENDALAMI LIAN PADUKAN





Henzi Andalas merupakan salah seorg artis yg mempunyai 1001 potensi dan kemahiran baik sebagai pelakon,penulis skrip,emcee,penyanyi Rap malah seorang yg mempunyai kemahiran tinggi dalam seni mempertahankan diri dan mempunyai ramai guru dari pelbagai aliran senibeladiri tempatan dan luar negara.

Mempunyai semangat dan sgt komited dgn latihan gelanggang diluar sebarang sesi pergambaran.

#HenziAndalasNusantara
#Senjata8Gayang5
#LianPadukanMalaysia
#GelanggangLaksamana
#CloseHand2HandFightingArts
#LegasiAyahandaPaktuanDrHjHasyim


GALERI GELANGGANG LIAN PADUKAN LAKSAMANA 2018





LATIHAN MINGGUAN : GELANGGANG LAKSAMANA


#Senjata8Gayang5 #CloseHand2HandFightingArts  #Lian7&Aplikasi  #Lian8&Aplikasi