SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Saturday, June 26, 2010

Port Baru Pelatih Gelanggang Surau Al-Akidah

Bismillahirahmanirahim..

Malam semalam merupakan jadual latihan saya di Surau Al-Akidah,Kelana Jaya.Disinilah mereka yang dari gelanggang asal menghalus permainan masing-masing dibawah asuhan Cikgu Din Misai dibantu oleh beberapa cikgu khatam antaranya Cikgu Faizal & Cikgu Nasrul.Semalam gelanggang masih tidak aktif seperti biasa masing-masing melepaskan rindu berborak2 dengan Cikgu Din Misai & Imran Hakim yang baru pulang dari menunaikan umrah..nak terpecah perut gelak2 dan hilai tawa apabila Cikgu Misai dengan telatahnya menceritakan pengalamannya sekeluarga di Tanah Suci.

Start latihan dah agak lewat jam 10.30 mlm berakhir 12.30 mlm.Selepas Cikgu Din lihat semua macam kurang mood latihan beliau ajak kami tutup gelanggang awal then saya ajak mereka pekena roti canai namun dibantah kerana Cikgu Din nak ajak kami pekena Kuetiaw Goreng(The best in town..) di restoran ala' restoran Singgah Selalu JB.ramai-ramai tumpang Cikgu Faizal dan Saudara Nazri(adik ipar Cikgu Kamal Pahang).Best dengan suasana begini kerana akrabnya persaudaraan.Restoran ini terletak di tapak lama restoran Syed kelana Jaya(sebelah kedai perabot besar).Disini 1 warung yang memang expert Kuetiaw Goreng.Gerai Lau Wan.Mengikut Cikgu Din tokey dia ni memang otai kat KJ.dah lama famili dia berniaga kuetiaw goreng.Macam biasa Imran Hakim menjadi tumpuan kami kerana budak ni walaupun badan kecik selera makannya semangat..hehehehe..terhibur kami dibuatnya.Mana taknye...order sampai 2 pinggan kuetiaw goreng hanya untuk dirinya.Imran..Imran..bak kata ayahnya(Cikgu Misai) secara seloroh..payah nak bawak majlis.Apa pun selain kuetiaw kami makan tahu & sotong bakar.

Diluar gelanggang Cikgu Misai main peranan sebagai bapak,abang dan sahabat..beliau mengambil berat dengan perkembangan murid-muridnya.Lepak punya lepak tak sedar dah hampir jam 3.40pagi..Cikgu Misai kata next week & seterusnya selepas latihan disurau akan lepak minum2 di port yang baru tidak lagi di restoran Syed seperti sebelum ni.Bagi pelawat2 dari gelanggang luar KL/Selangor jika ada kesempatan singgah ke KJ kami akan pelawa anda ke port baru kami..pasti happening.Cikgu Boy nescafe kat sini best + view yang indah ditonton sambil menghirup nescafe.hehehe..datanglah bila ada masa lapang.

3 comments:

New Skool said...

'aku nak jual basikal aku, kalau jadi beli, aku bagi imran free, ambil lah'

huhuhu...

Juhann Laksamana said...

xnak...maintenance tinggi.huhuhu

MOHD FAIZAL said...

itu adalah ayat paling best malam tuh... :D sian imran.. kena lawak dek bapaknya..