SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Tuesday, August 31, 2010

Majlis Berbuka Puasa Anjuran Pengerusi LP Lembah Kelang


(Gambar ihsan Liannewskool.blogspot.com)

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t majlis yang berlangsung di Surau Al-Akidah,Kelana Jaya berjalan dengan lancar dan meriah.Majlis turut dihadiri oleh ADUN Seri Setia,YB Encik Nik Nazmi Nik Ahmad bersama rombongan rantingnya.Tahun ini majlis turut meraikan Anak-anak Yatim serta Perkumpulan Ibu-Ibu Tunggal Kg Dato Harun.

Setengah jam sebelum berbuka puasa majlis diserikan dengan persembahan nasyid dari kumpulan yang diraikan..sayu dan hiba tatkala mendengar rintihan dan luahan hati serta persaan mereka melalui bait-bait nasyid yang didendangkan..Syukur Alhamdulillah sekali lagi kerana Cikgu Misai mejemput saya sekeluarga untuk hadir bersama program ini..walaupun saya sangat aktif dalam pertubuhan kebajikan dan khidmat sosial masyarakat yang dimiliki keluarga namun ini tidak bermakna saya lali dari perasaan sedih apabila mengenangkan nasib mereka yang kurang bernasib baik dan berkemampuan..hampir menitis air matabila mendengar persembahan mereka..

Majlis kali ini juga meriah dengan kehadiran adik beradik Lian Padukan yang sering berlengan dan berkaki disitu.Antara yang hadir ialah senior-senior saya iaitu Cikgu Faizal,Cikgu Nasrul dan Cikgu Sir Tokpin.Disamping itu saudara seangkatan iaitu Khairul 'Catering' dan beberapa sahabat yang lain.Yang paling ringan tulang sahabat junior saya..iaitu Saudara Aznan USJ.Terharu dengan keikhlasan dan keakraban persahabatan yang terpancar dari setiap yang disebut apabila bersua..ada sahaja perkembangan,gelak tawa dan cerita yang dikongsikan seperti lama tak jumpa..begitulah kami.Semoga ikatan ini ibarat air yang dicincang takkan putus..

Banyak gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung diambil oleh saya dan Cikgu Nasrul..cuma belum sempat nak update di blog ini..Insyallah akan muncul sedikit masa lagi..Majlis seumpana ini harus diteruskan dari semasa ke semasa.Terima kasih Abang Din kerana memberi peluang kepada kami pendedahan tanggungjawab sosial kepada masyarakat turut perlu diutamakan tidak hanya tertutup minda dengan hanya berbuah pukul semata-mata.

2 comments:

none said...

golac

none said...

wah.. pujian semesta alam!

tapi.. ada jugak kutukan. Al Furqan tu keluar sebab excited sangat la gamaknya.

Anyway, thank u guys for all the teachings n coaching. Senior yg tak kedekut ilmu!! Dah bosan nak pulak nak raya.. takde training..mengadap bayang bayang jer la sampai lagi 2 minggu