SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Thursday, August 5, 2010

Seni Silat Warisan Negeri Johor

Bismillahirahmanirahim..

Jika tidak silap pada tahun 2009 Seni Silat Sendeng Malaysia diiktiraf sebagai warisan Negeri Johor dimana pengiktirafan itu disempurnakan oleh YAB Dato' Menteri Besar.
Tahniah kepada perguruan tersebut namun suka juga saya cadangkan kepada pembaca blog ini yang dari kalangan pembesar/pemimpin,pegawai kerajaan Negeri Johor mahupun dari Kementerian Kebudayaan bahawa Seni Silat seperti Sunting dan Lian Buah Pukul harus juga diberi pengiktirafan yang sama kerana keduanya yang tersebut berakar umbi bermula dari negeri Johor sebelum ia berkembang biak ke negeri lain.

Ia harus mencontohi negeri Perak yang menaungi perguruan Lintau dan Silat Seni Gayong ( Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman)dan Selangor umumnya menaungi Seni Silat Lincah ( Dato' Omar Din Mauju).Khususnya Baginda Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar harus diangkat menjadi penaung aliran Lian Buah Pukul yang pernah dipelajari oleh nenda baginda yang juga penaung Lian Paduka iaitu Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.

6 comments:

New Skool said...

betul tu tuan...

Arif Safwan said...

saranan yang baik. tak lama lagi cikgu2 johor ke istana la ye? haha.

first time saya dengar almarhum sultan ibrahim ibn sultan abu bakar dulu penaung buah pukul. maktab sultan abu bakar(english college) jb takde pun buah pukul.

haha. ada port boleh selit ni. @_@

Anonymous said...

sek. E.C tu utk budak pandai2...diorang tak pakai buah pukul,tapi pakai pistol je arif...
yang tu kena panggil juhan ajarkan hahaha!

Juhann Laksamana said...

To Arif : Insyallah jika ada pembaca yang maybe kalangan DYM Diraja atau Pembesar negeri terbuka hati..who knows..E.C mungkin tidak sebab skema tapi jika skolah macam D'Jaafar,
Majidee maybe.

To Cikgu Boy : betul seperti yang dikata E.C xperlu BPukul tapi xjuga pistol sebab dorg lebih suka fight d Court(Sbb ramai jd lawyer..hehehe) bila nak naik KL??

lianpadukanjohor said...

Salam Smua...
Sampai hati korang bual-bual pasal sekolah aku eaa....

Nanti ko, aku ngadu kat sultan Johor yang baru ni... pun ex collegian...

Juhann Laksamana said...

Salam LPJohor..xberniat nak mengata tapi kenangan2 dizaman dolu2..hehehe