Nantikanlah Artikel tentang srikandi dalam sejarah Buah Pukul.Umum mengetahui bahawa dalam aliran Buah Pukul majoriti pengamalnya adalah kaum Adam..Siapakah Srikandi yang saya maksudkan yang mencorak sejarah Buah Pukul dan kelahirannya dizaman moden..
Nanti kemunculannya...
Pada Allah Diserahkan Untuk Keselamatan Anda [ PADUKAN MELAYU MUSLIM ]
SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN
( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )
Monday, May 31, 2010
Thursday, May 27, 2010
Guru Abdul Razak a.k.a Abang Yak
Pada cuti Hari Buruh yang lalu (1 Mei 2010) saya berkesempatan turun ke Johor Bahru bersama-sama ahli keluarga.Tujuan utama saya adalah untuk menemuramah Guru Utama Lian Padukan Malaysia iaitu Ayahanda Haji Hasyim Haji Salleh.Misi saya adalah membongkar rahsia dan peranan seorang lagi tokoh Buah Pukul yang dilupakan didalam Lian Padukan.Umum mengetahui bahawa Pak Mat Kedidi merupakan orang yang bertangungjawab mengasaskan Lian Padukan namun ramai yang mungkin tidak tahu atau lupa bahawa orang yang bertanggungjawab menyusun dan mensistematikkan permainan ini adalah menantu beliau iaitu Abdul Razak Bin Shariff atau lebih dikenali sebagai Abang Yak.
Guru Abdul Razak Shariff dilahirkan pada 1954.Ketika beliau diperkenalkan kepada Haji Hasyim (20 tahun) sekitar 1982 beliau berusia 28 tahun!! Dikatakan ketika itu tiada seorang pun yang mampu 'berdiri' dengannya..Dilatihnya seorang pelapis yang corak permaianannya hampir sama dengannya.Ganasnya..Keras..Pantasnya..Ikhlasnya..Bak kata orang-orang lama kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.Mungkin telah di takdirkan bahawa anak muridnya yang satu ini memang sehati sejiwa dengannya kerana masing-masing pernah menjadi guru senibeladiri Korea sebelum Lian Padukan.
Abang Yak seorang peminat setia Bruce Lee dan jaguh Tinju Dunia iaitu Mohamad Ali. Tidak hairanlah banyak adaptasi dan penyesuaian yang dibuat bagi mem'Padukan' permaianan buah pukul ini hasil dari meminati 2 tokoh senibeladiri yang disebutkan.Seperti diartikel sebelumnya ada tercatat bahawa rutin latihan yang rejimental melahirkan murid yang kental..tahan lasak ..'dewasa' sehingga setanding dengan dirinya.Keikhlasan beliau dalam menjadi guru terzahir dengan akrab dan murni sehinggakan diceritakan bahawa sehari muridnya tidak datang lathan diturutnya ke rumah bertanya khabar berita..Sesekali ada juga anak-anak murid lamanya dari seni pertarungan Korea datang bertandang memperkemaskan langkah,teknik dan taktik.Abang Yak tidak sekali pun menghampakan mereka walaupun telah mengajar Lian Padukan.Begitulah sifat dan sikap seorang guru yang berkualiti.Walaupun sibuk menguruskan perniagaannya beliau masih mampu membahagikan masanya demi melihat anak muridnya berjaya.
Seorang pendita pernah berkata : "Jika kita melihat hebatnya seseorang begitu jugalah Gurunya..kerana Anak Muridnya adalah cermin kejayaan Guru".Turut diceritakan bahawa pengaruh yang dimainkan oleh Abang Yak cukup besar dalam mendewasakan Ayahanda sehinggakan design gelanggang dirumah Adat Lian Padukan (Ros Merah Empat/3) diadaptasi dari design gelanggang Jalan Serampang(tempat latihan Ayahanda).
Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan menemui Pencipta.Abang Yak telah kembali kerahmatullah ketika beliau berusia 52 tahun (Hari Raya Cina tahun 2006).Kehilangan sebuah permata yang tidak ternilai amat dirasai terutama bagi Ayahanda sebagai orang yang pernah menjadi anak murid dan adik kepada beliau.Walaupun beliau sudah tiada namun legasi corak permaianannya terus mekar diterapkan oleh Ayahanda Haji Hasyim kepada pelatih dan Gurulatih Lian Padukan.Sama-samalah kita menyedekahkan Al-Fatihah kepadanya.Semoga dia ditempatkan didalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal saleh dan turut mendapat tempat selayaknya didalam lipatan kenangan dan sejarah Lian Padukan..Amin.
Thursday, May 20, 2010
TERIMA KASIH
Saya mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Hisham Giant.Saya menyokong tindakan cikgu.
Nota : Saya hanya ahli yang ingin melihat persatuan maju jaya.

Wednesday, May 19, 2010
Seruan Untuk Diambil Tindakan Mahkamah
Saya menyeru agar kepimpinan Tertinggi agar mengambil tindakan mahkamah keatas blogger atau pihak samada persatuan atau individu yang memfitnah Ayahanda Guru Utama,Ahli keluarganya serta persatuan kita.Tindakan ini merupakan jalan terakhir untuk menafikan segala fitnah yang dibuat keatas Ayahanda,ahli keluarga dan persatuan.
Saya juga menyeru kepada semua ahli Persatuan Seni Silat Lian Padukan agar berdiri teguh di belakang kepimpinan Ayahanda Guru Utama.
Saranan ini merupakan saranan individu yang mahukan mereka yang bertanggungjawab diatas penyebaran fitnah dimana-mana medium dihadapkan ke muka pengadilan agar pengajaran yang setimpal dapat diberikan kepada sesiapa sahaja yang cuba menghuru harakan keadaan aman dan harmonis diantara keluarga perguruan.
Nota : Kepada blogger,persatuan atau individu terbabit anda mempunyai tempoh 24 jam untuk memohon maaf secara terbuka di mana-mana medium media sebelum laporan Polis dan Tindakan Mahkamah difailkan.

Akibat Tidak Muhasabah Diri Yang Semakin Parah
Manusia selalu lupa muhasabah(audit)diri apabila terlampau mengejar duniawi.Apa yang dikejar?? Kekuasaan,pangkat,kekayaan,nama dll..Ada yang sanggup menggadaikan maruah demi kejayaan..ada yang sanggup membunuh demi kemenangan..ada yang sanggup menabur fitnah demi melihat orang lain derita..Mereka fikir apabila mereka mengecapi apa yang diperoleh dari jalan yang batil mereka akan gembira namun mereka lupa akan Kuasa Yang Maha Esa.
Mereka lupa KuasaNya adalah segala-gala.Mereka sering kali ingat bahawa mereka hebat namun sebenarnya mereka umpama tikus yang mengaku kucing.Sanggup memfitnah dan mengadu domba orang lain untuk demi kejayaan sementara.Mengapa mereka begitu?? Kerana hati mereka sudah tebal dengan noda-noda hitam yang sukar dibersihkan.Noda-noda yang terpalit hasil maksiat,hasil sumber makanan yang haram dan pelbagai faktor puncanya..
Orang-orang sebegini apabila datang peringatan dariNya untuk bertaubat mereka inilah yang berpaling tetapi apabila Mailakatul Maut datang menjemput mereka inilah juga yang ingin meminta tempoh penundaan agar dapat bertaubat..
Telah datang pelbagai peringatan kepadanya..kehidupan yang porak peranda,perniagaan atau apa jua yang diusahakan tidak berhasil..persaudaraan yang diceraikan..siapa yang patut dipersalahkan dalam hal ini?? Ibubapa @ diri sendiri? Mungkin juga hasil didikan ibubapanya yang kurang pengetahuan pendidikan keibubapaan (mungkin ibubapanya juga dulu sama sepertinya..) diri sendiri sebenarnya yang berhak dipersalahkan kerana jika masih berusia 11 tahun tidaklah dipersalahkan..dah mengaku cikgu masih bersikap seperti pelajar..diri sudah mengaku dewasa..makanya setiap tindakan baik atau buruk adalah didalam tanggungjawab dirinya sendiri(jangan menyorok dibelakang bini atau lari ikut bini ke seberang laut.

Tuesday, May 18, 2010
Corak Latihan Abdul Razak Sharif a.k.a Abang Yak
Pasti anda pembaca kenal akan nama ini...tidak keterlaluan dia boleh diklasifikasikan sebagai salah seorang lagenda didalam Lian Padukan.Penerbitan artikel ini bukanlah bertujuan untuk mengagungkan tokoh ini tetapi agar apa yang dipaparkan menjadi kayu pengukur kepada latihan yang kita jalankan.Beliau dikatakan tokoh yang bertanggungjawab menyusun secara sistematik permainan Lian Padukan bersama seorang lagi tokoh yang tidak asing iaitu Guru Utama Ayahanda Haji Hasyim yang merupakan anak murid didikannya.Apa pun marilah kita sama-sama menyedekahkan surah Al-Fatihah kepada Arwah Abang Yak.Semoga beliau ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..Amin.
Abang Yak atau nama sebenarnya Abdul Razak Bin Shariff semasa hayatnya merupakan ahli perniagaan yang berjaya.Permainan Lian Padukan diperkenalkan kepada Ayahanda oleh Syed Ahmad Syed Idrus (Pak Mat Singa).Oleh kerana Pak Mat Singa ketika itu masih menuntut maka Ayahanda dibawa bertemu dengan Arwah Pak Mat Kedidi.Oleh kerana ketika itu ayahanda masih baru maka beliau disuruh oleh Arwah Pak Mat Kedidi untuk menuntut dengan menantunya yang tinggal di No.47 ,Jalan Serampang,Taman Seri Tebrau, Johor Bahru.Menantu Pak Mat Kedidi yang dimaksudkan ialah Abang Yak.Maka disitulah bermula hubungan murni mereka berdua.
Mengikut Ayahanda,Abang Yak amat mementingkan ketahanan dan kekuatan fizikal (Physical fitness).Setiap petang Abang Yak dan Ayahanda akan berjogging untuk memantapkan stamina.Setelah itu dilanjutkan latihan dirumah beliau.Ayahanda akan diberi minum susu.Latihan Angkat Berat turut ditekankan agar berfizikal mantap dan sasa.
Latihan diteruskan dengan diajar jurus wajib sehingga mantap perbuatan dan kefahaman.Mengikut Ayahanda lagi,semasa sesi latihan buah pukul Abang Yak tidak memberi sebarang ruang untuk dirinya di'sentuh' oleh muridnya.Latihan yang ganas dan zalim diterapkan agar anak muridnya terbiasa dengan suasana pergaduhan diluar.Dengan corak latihan ini beliau berharap agar anak muridnya tidak takut dan berani "BERDIRI"
Prinsip latihannya GANAS,KERAS DAN PANTAS.Cogankatanya BERDIRI MUSUH MASUK UKUR TUMBUK.Mengikut Abang Yak lagi penerapan corak latihan seperti ini wajib untuk pelatih Lian Padukan agar SASA & BISA serta BISA & SASA.Mengikut Ayahanda, Abang Yak sebagai seorang guru buah pukul mesti Ganas dihadapan anak muridnya barulah segala ilmu yang diberikan ikhlas.Hasil latihan bersama Abang Yak inilah yang mempengaruhi Ayahanda didalam perjuangannya bersama Lian Padukan.
Dalam pada itu mengikut Ayahanda pelajaran yang pertama diajar oleh Abang Yak ialah merafak sembah..dalam pelajaran ini ayahanda diajar cara sebenar dalam menghormati seorang guru.
Semoga apa yang dipaparkan mendapat manfaat untuk kita semua dalam memajukan diri didalam permainan Lian Padukan. GANAS..KERAS..PANTAS!!

Sunday, May 16, 2010
Dokumen Bertulis Pemutusan Silaturahim
(Salinan Surat Ihsan dari blog LianPadukan Srikandi & Lian Padukan Malaysia)
Pesanan untuk golongan-golongan yang mempunyai perasaan hasad dengki(PHD) sila kembali ke pangkal jalan.Hentikanlah fitnah yang umpama meludah dilangit akhirnya terkena diri sendiri..Lebih baik jaga urusan masing-masing.MYOB!
Saturday, May 15, 2010
Alahai..Kenapalah Arwah Atok Cepat Melatah?? Siri Akhir
Ingatkan peristiwa salah faham antara arwah atok dengan paklong dijadikan tauladan..tetapi nampaknya masih tetap berlaku.Tapi kali ayahku menjadi mangsa keadaan..Pelik suatu ketika bagai isi dan kuku.Begitulah gambaran hubungan akrab arwah atok dan ayahku..tapi akibat si durjana bertopengkan manusia hingga keakhir hayat arwah atok tidak menzahirkan hubungan mereka berdua semula (walhal ketika sakit pening arwah atok dihospital ayah tetap menjenguk atok walaupun tidak dihebahkan)Atok tidak menghalau malah tetap mesra menerima kunjungan ayahku..
Hanya kerana arwah atok berasa ayah cuba mengetepikannya tatkala ayah merapatkan ukhwah dengan adik-beradik atok yang lain.Emosinya tersalah tafsir..Ditambah dicurah minyak kedalam sekam sanubari arwah atok oleh mereka yang hasad..maka sehingga keakhir hayatnya hubungannya dan ayahku sama seperti arwah atok dan arwah paklong.
Aku berasa amat dukacita..ada manusia yang berhati busuk demi mencapai matlamat menghalalkan segala tindakannya memastikan hubungan akrab arwah atok dan ayah putus..Subhanallah..Astgfirullah..zalimnya dia.

Alahai..Kenapalah Arwah Atok Cepat Melatah?? -1
Satu persoalan yang sukar mendapat jawapan..suatu masa dulu arwah atok berselisih faham dengan paklong hingga akhir hayat paklong tak berbaik mereka berdua..kenapalah arwah atok cepat salah faham?..
Kini perihal ayahku..pasal geran tanah pulak..Dulu ayahku langsung tidak terlibat dalam mengusahakan tanah.Pada ayah dia sudah ada usahanya sendiri yang boleh dibanggakan ...tidak terfikir dia mahu mengusahakan tanah.kehadirannya hanya ingin mempelajari ilmu dan pengalaman membajak serta mengusahakan tanah.
Lama setelah ayahku mahir dan dewasa dia memutuskan untuk menumpukan perhatiannya didalam perusahaannya yang utama..kerana disitulah punca pendapatan dan kemahiran ayah dari muda.Namun suatu hari dimasa lalu..atok meminta pakngah(entahlah..aku sendiri tak ingat pangkat dalam keluarga untuk dia)mencari ayahku..Ayah yang sekian lama menyepi berasa rindu apabila disampaikan berita itu.Bersualah kedua anak beranak dalam suasana harmonis dan kekeluargaan.Dalam pertemuan itu atok menzahirkan bahawa dia sudah tidak larat mengusahakan tanah lalu ingin menyerahkan kepada ayah..
terkesima tawaran atok ayah minta tempoh agar dia dapat memikirkannya (bukan senang nak buat keputusan besar dalam hidup) .Setelah dirujuk kepada pakcik-pakcik dan adik beradik yang lain akhirnya ayahku terima tangungjawab yang diserahkan.(Persoalan..kenapa masa ni tiada yang membantah sekeras-kerasnya??..jawapannya penakut)
Dalam menerima tanggungjawab ini ayahku berusaha bersungguh-sungguh dengan menggunakan kemahiran dan pengetahuannya sebelum ini (dalam perusahaannya dulu)menstruktur semula perjalanan operasi dan mengatur semula strategi untuk memajukan tanah yang diberikan..Pada saat dilihat kesungguhan ayahku membuka cawangan pertamanya(sejak mengambil alih) arwah atokku menyerahkan geran tanahnya kepada ayah dengan akal fikiran yang waras dan tidak diminta oleh ayah.(jadi mana timbulnya isu yang dibangkitkan pakcik dan sepupuku??..nampak sangat mereka haloba)
Berusahalah ayah sehingga mencapai tahap yang diharapkan..kini setelah ayah ingin berehat dalam urusan perusahaan tanah masih terdengar dari mereka yang haloba tentang perkara yang mereka sendiri tidak pasti.
Tidak dinafikan arwah atok seorang peneroka yang hebat..banyak tanah dibuka dari tangannya..malah secara hakikat setiap yang difikirkan layak olehnya telah ditinggalkan tanah untuk mereka usahakan.Sudah tentulah yang terbaik diberikan tanah yang subur agar kelak ia turut menumpang berkat.Namun setiap peninggalannya ada kelebihan masing-masing makanya tidak perlulah sepupu sepapat hatta pakcik-pakcik ku yang lain cemburu diatas kejayaan ayah dan diatas pemberian atok..muhasabahlah paman dan saudaraku.

Friday, May 14, 2010
NAGA TIDUR USAH DIKEJUT,SPONGEMOK !!
Pelik Bin Ajaib..manusia kerana tamak sanggup mengadu dombakan orang lain kerana dia sebenarnya sedar bahawa dia tidak mampu BERDIRI dihadapan orang yang difitnah maka diajaknya orang-orang dungu bersama-sama dia.Kenapa mesti dia lakukan?? hanya diri sahaja yang tahu.. (mungkin cemburu..mungkin dengki..tamak..tak sedar diri..)Namun pesanan ikhlas saya kepada dia..Usahlah dikejutkan Naga yang sedang tidur! Kalau kail panjang sejengkal usahlah diduga lautan dalam ( pergi je pancing kat kolam..sebab di tepi laut pun tak layak)
Tidakkah dia sendiri sedar apa yang berlaku pada dirinya sendiri? Muhasabahlah diri anda..Tengok kembali apa yang pernah berlaku.Orang lain berniaga dia nak berniaga..
tapi tipu duit orang sana sini..dah la pula tak menjadi pula apa jua yang diusahakan..Ada rakan kongsi yang setia ditikamnya dari belakang..dihumbannya kawan didalam tirai besi.Diporak perandakan masjid kawan tu (dahsyat sungguh akhlak dia ni.Secara kasarnya inikah didikan dan asuhan yang yang dia terima sejak masih kecil hingga berfizikal besar)..dari mana hasil pendapatan diri sebagai ketua keluarga?? Takkan mengharap belas ihsan isteri kot....(tak gentleman langsung..)
Terbaru pula nak start perniagaan lagi berhampiran tempat yang diludah..kenapa dengan tempat sekarang?? Takut Ah Long ke? Lari dari hutang ke?? Takut dicari orang yang ditipu?? Tempat sedia ada pun tak menjadi nak start tempat baru(apa punya strategi perniagaan yang dipakai pun tak tau lah...)Mana nak menjadi perniagaan jika sendiri tidak menguruskan perniagaan secara day to day( Orang jadi MD dia pun nak juga)Asyik 'seberang air' memanjang(Huh..mungkin inilah model Mat Jenin alaf baru)
Dia ni agaknya berangan nak jadi superman(semua nak jadi..)dengarnya di perantauan dikhabarkan kepada semua orang dialah Ultraman dapat pukul raksasa putih(betul ke cerita tu?? kat sini menikus bagai nak rak..)Setiap cerita yang dikhabarkan semuanya dialah PM..dialah Superman..dialah Ultraman (baik jadi spongebob jelah tak kacau orang malah disayangi kanak-kanak)
Hentikanlah kerja yang sia-sia tu 'spongemok'.Tak payahlah berlagak Kucing kalau diri tu tikus..Tak payahlah junjung Firman Allah s.w.t minta belas konon dikhianati..
Baik junjung FirmanNya memohon maaf kepada rakan taulan samada yang masih bersama atau yang pernah dikhianati..kerana esok lusa entah-entah dengan diri tergadai maruah akibat perbuatan tangan sendiri.Usahlah cemburu kejayaan orang lain malah ambillah contoh untuk berjaya.Sentiasa audit diri(tau tak maksud audit,spongemok?? kalu tak tahu tak payah susah jadi businessman).

Benarkah Geran Tanah dicuri dari Arwah Atok??
Agak kasar tajuk kali ini..maaf jika ada yang terasa atau tersinggung hati tapi biarlah mereka nak terasa sebab menyinggung keluargaku..
Benarkah apa yang diperkatakan oleh saudara sepupu sepapatku? Benarkah Geran Tanah dicuri dari arwah atok?? soalan ini menghantui keluargaku sejak sekian lama.Namun semasa hayat Atok tiada pula dituntut olehnya sendiri atau disuruh orang untuk mengambil geran tanah yang dikatakan dicuri...mengapa terjadi begitu??? Mengapa bila atok sudah tiada baru buat-buat rasa bertanggungjawab atas kehilangan...pastinya terdapat agenda tersembunyi oleh keluarga pakcik-pakcikku.Tapi persolannya mampukah mereka mengerjakannya?..mengusahakannya?..memastikan ia membuahkan hasil? Kenapa apabila terzahir tanah yang sebenarnya diserahkan kepada yang berkemampuan benar-benar subur ,menjadi tanamannya dan hasilnya yang lumayan (syukur Alhamdulilah) kini sibuk direbutkan oleh pakcik-pakcikku yang tamak haloba? Tidakkah mereka muhasabah diri mereka sendiri layakkah mereka memiliki tanah ini? Adakah mereka mempunyai kaliber atau kemampuan mengusahakan tanah ini? Aku sebagai anak yang juga ahli keluarga sejujurnya mengatakan mereka tidak layak menuntutnya kerana tanah ini tidak lagi dimiliki arwah atok.Pasti mereka terlupa..Atok di akhir-akhir hayatnya telah mengaku dan bersumpah secara penanya bahawa tidak mahu lagi dikaitkan dengan tanah ini.Tapi mengapa pakcik-pakcikku yang dungu lagi haloba masih tetap memarakkan sekam dihati arwah atokku?? Apa salah keluargaku??
Tidak ada cara lainkah untuk menyelesaikan secara berakal selain terus membenih buah-buah fitnah?? Tidakkah mereka lupa akan firman Allah s.w.t bahawa DIA menganugerahkan kerajaan kepada yang haq dan menariknya daripada mereka yang ingkar?
Aku amat berharap pakcik-pakcikku yang pernah menjadi saksi disuatu ketika Arwah Atok menyerahkan geran tanah ini kepada ayahku agar membantuku meleraikan kekusutan ini agar terjawab keputusan yang haq dan menidakkan yang batil agar damai ikatan kekeluarga.Jika pakcik-pakcikku mempunyai kaliber /kemampuan seperti yang dikecohkan kenapa mesti sembunyi disebalik anak? Jemput datanglah rumah kami berhadapan demi menegakkan keadilan.Namun jika tidak harap nasihati sepupu & saudaraku agar henti tomahan yang tidak berasas terhadap keluargaku.

Thursday, May 13, 2010
Ucapan Selamat Hari Guru 2010
Bismillahirahmanirahim...
Salam kepada semua guru.Tidak kira apa yang diajar baik dalam senibeladiri,sekolah/
tuisyen,perniagaan hatta dalam pendidikan agama dan moral mereka layak dihormati dan diberi penghargaan sewajarnya.
Dari seorang manusia yang berprofesion sebagai guru inilah kita mula mengenal abjad..
mula mengenal huruf..kemudian ayat..tatabahasa..cerpen..artikel dan sebagainya.Dalam diri mereka telah tersurat mereka ditakdir Yang Maha Esa untuk ditugaskan melahirkan manusia berguna.Secara hakikat apa yang mereka pikul amat mulia.Pernahkah kita terfikir? Adakah kita boleh mencapai apa yang kita kecapi dulu,sekarang dan akan datang tanpa insan yang bergelar guru?? Fikir2kanlah jawapannya...anda akan tahu jawapannya.
Saya ingin mengambil kesempatan ini menzahirkan ucapan terima kasih kepada kedua ibubapa saya yang merupakan guru pertama saya,guru-guru di sekolah tadika,sekolah kebangsaan dan Menengah serta di kolej.Tidak dilupakan guru-guru agama dan silat saya yang telah bersusah payah mendidik dan mengasuh saya hingga saya menjadi apa yang saya kecapi kini.Syukur Alhamdulillah berkat didikan,asuhan dan dorongan mereka.Buat guru-guru Buah Pukul yang pernah dan masih mendidik saya terima kasih tidak terhingga saya ucapkan.
SELAMAT HARI GURU 2010.

Wednesday, May 12, 2010
Pesanan Guru Utama Ayahanda Haji Hasyim
Salam kepada semua Guru-Guru Khatam dan Pengamal Lian Padukan di semua gelanggang tidak kira dimana pun anda berada.Saya diamanahkan oleh Ayahanda Tuan Haji Hasyim untuk menyampaikan pesanannya yang saya terima dari sistem pesanan ringkas (sms) malam tadi.
Ayahanda menyeru kepada semua sebelum memulakan latihan disetiap gelanggang dibacakan Al-Fatihah dan disedekahkan kepada Allahyarham Mohamad Bin Chik a.k.a Pak Mat Kedidi.
Sekian.Terima Kasih
Ikhlas dari saya,
Juhann Laksamana
P/S : Jika ada sebarang keraguan terhadap kesahihan pesanan ini boleh rujuk kepada Ayahanda sendiri.Wasallam.

Tuesday, May 11, 2010
Sambutan Hari Lian Buah Pukul SeMalaysia.
Saya ingin mencadangkan bahawa agar diadakan satu hari khas menyambut hari ulang tahun Permainan Lian Buah Pukul yang diperkenalkan di Tanah Melayu.Tarikh yang tepat bila kedatangan Syeikh Abdul Rahman ke sini sukar ditetapkan kerana terdapat banyak versi dari pelbagai sekolah(aliran) buah pukul.
Maka bertitik tolak dengan itu saya ingin mencadangkan Sambutan Hari Lian Buah Pukul diadakan pada setiap 5hb Januari setiap tahun.Tarikh ini diambil atau dicadangkan kerana pada tarikh inilah Nukil Buah Pukul diserahkan kepada Dato' Awang Ali a.k.a Awang Daik Al-Hakim iaitu pada 5hb Januari 1897.Jika ingin membuat sambutan secara tahun...ini bermakna untuk 5hb Januari 2011 merupakan "Sambutan Jubli Emas Ke-114 Tahun" permainan Buah Pukul wujud di Tanah Melayu.Sambutan ini saya kira penting disamping mengenang jasa guru-guru buah pukul yang telah meninggal dunia atau yang masih hidup,kita dapat mengeratkan silaturahim & ukhwah sesama pengamal Buah Pukul tanpa mengira aliran mana. Tidak kira anda dari perguruan Lian Padukan,Gayang Lima,Gerak Lian,Lian Yunan hatta Buah Pukul Mersing dan lain-lain aliran buah pukul yang tak dapat saya sebutkan sekalipun yang berkongsi moyang pengasas dan pengembang akan duduk semeja beramah mesra,bertukar-tukar pendapat,idea dan interaksi akrab akan terjalin sesama ahli dan pengamal.
Diharap cadangan ini mendapat sokongan para pembaca yang juga pengamal Permainan Aliran Buah Pukul.Komen dan maklumbalas membina daripada saudara-saudari amat dialu-alukan.Sukacita dimaklumkan sekiranya mendapat Green Light saudara-saudari serta restu Ayahanda Guru Utama Tuan Haji Hasyim.Satu pertemuan pertama akan diadakan bagi membentuk Jawatankuasa Penaja bagi menguruskan sambutan ini.Diharap cadangan ini dilihat dari perspektif positif dan ikhlas agar tidak timbul sebarang fitnah dikemudian hari.

Saturday, May 8, 2010
BELASUNGKAWA PAK MAT KEDIDI
Al Fatihah kepada keluarga Guru Tua Mohamad Bin Chik a.k.a Pak Mat Kedidi yang telah selamat kembali ke Rahmatullah pada 1.05a.m (8 Mei 2010 bersamaan 23 Jamadilawal 1431 )Saya menyeru kepada semua anak-anak murid Buah Pukul aliran beliau semoga sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada beliau diatas jasa yang pernah beliau beri.Semoga roh Allahyarham ditempatkan didalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.Insyallah..AL FATIHAH
Sunday, May 2, 2010
Pembukaan Tayangan Filem Ip Man 2
Semalam saya dan isteri berpeluang menonton filem ini di Leisure Mall,Johor Bahru.
Memang seperti yang dijangka penonton berpusu-pusu membeli tiket filem ini..(nasib baik adinda saya sudah belikan)
Jalan cerita sama seperti Ip Man 1 cuma ia lebih menarik kerana banyak koreograf-
koreograf tempur berbanding sebelumnya.Yang paling menarik ketika dia dicabar untuk mendapat pengiktirafan mengajar Ving Chun di Hong Kong.Pertarungan antara sifu ini lebih kurang sama budayanya seperti di tanahair kita dulu-dulu dimana guru-guru silat turut dicabar sebelum membuka gelanggang.
Perasaan kebangsaan,semangat menegakkan keadilan dan anti pembuli turut dipertontonkan dalam filem aksi ini.Tontonlah anda pasti tidak ralat dan menyesal.

Subscribe to:
Posts (Atom)