SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Friday, May 14, 2010

Benarkah Geran Tanah dicuri dari Arwah Atok??

Agak kasar tajuk kali ini..maaf jika ada yang terasa atau tersinggung hati tapi biarlah mereka nak terasa sebab menyinggung keluargaku..

Benarkah apa yang diperkatakan oleh saudara sepupu sepapatku? Benarkah Geran Tanah dicuri dari arwah atok?? soalan ini menghantui keluargaku sejak sekian lama.Namun semasa hayat Atok tiada pula dituntut olehnya sendiri atau disuruh orang untuk mengambil geran tanah yang dikatakan dicuri...mengapa terjadi begitu??? Mengapa bila atok sudah tiada baru buat-buat rasa bertanggungjawab atas kehilangan...pastinya terdapat agenda tersembunyi oleh keluarga pakcik-pakcikku.Tapi persolannya mampukah mereka mengerjakannya?..mengusahakannya?..memastikan ia membuahkan hasil? Kenapa apabila terzahir tanah yang sebenarnya diserahkan kepada yang berkemampuan benar-benar subur ,menjadi tanamannya dan hasilnya yang lumayan (syukur Alhamdulilah) kini sibuk direbutkan oleh pakcik-pakcikku yang tamak haloba? Tidakkah mereka muhasabah diri mereka sendiri layakkah mereka memiliki tanah ini? Adakah mereka mempunyai kaliber atau kemampuan mengusahakan tanah ini? Aku sebagai anak yang juga ahli keluarga sejujurnya mengatakan mereka tidak layak menuntutnya kerana tanah ini tidak lagi dimiliki arwah atok.Pasti mereka terlupa..Atok di akhir-akhir hayatnya telah mengaku dan bersumpah secara penanya bahawa tidak mahu lagi dikaitkan dengan tanah ini.Tapi mengapa pakcik-pakcikku yang dungu lagi haloba masih tetap memarakkan sekam dihati arwah atokku?? Apa salah keluargaku??

Tidak ada cara lainkah untuk menyelesaikan secara berakal selain terus membenih buah-buah fitnah?? Tidakkah mereka lupa akan firman Allah s.w.t bahawa DIA menganugerahkan kerajaan kepada yang haq dan menariknya daripada mereka yang ingkar?
Aku amat berharap pakcik-pakcikku yang pernah menjadi saksi disuatu ketika Arwah Atok menyerahkan geran tanah ini kepada ayahku agar membantuku meleraikan kekusutan ini agar terjawab keputusan yang haq dan menidakkan yang batil agar damai ikatan kekeluarga.Jika pakcik-pakcikku mempunyai kaliber /kemampuan seperti yang dikecohkan kenapa mesti sembunyi disebalik anak? Jemput datanglah rumah kami berhadapan demi menegakkan keadilan.Namun jika tidak harap nasihati sepupu & saudaraku agar henti tomahan yang tidak berasas terhadap keluargaku.

4 comments:

New Skool said...

tuan, dulu - dulu kalau tanah 300 hektar pun orang buat tanam lalang je... bila dah diserahkan kepada orang lain dan diusahakan dan menampakkan hasil maka ramailah yang mengaku mampu mengusahakannya, walaupun sebelum ini pernah disuruh melakukannya tetapi gagal... mungkin ada orang ketiga yang nakkan tanah tu dengan harga yang tinggi...

siapa tahu, hanya mereka dan keluarga mereka sahaja...

Juhann Laksamana said...

Benarlah kata pujangga melayu lama :

"Ukur baju pada badan sendiri".

Jika rasa diri benar2 mampu dan kaliber datang berhadapan secara gentleman.Sia2 sahaja atok tinggalkan legasi jika yang sendiri tak dijaga yang hak orang lain dimahukan(bukan orang lain pun saudara sendiri)

LIAN PADUKAN KAPAR said...

Tuan,Dusta apa yang dikatakan mereka kerana lama sebelum Arwah Atok sakit dan tua..Arwah atok sendiri bersumpah dihadapan Pesuruhjaya Sumpah dengan bersaksikan VIP bahawa geran tanah itu telah bertukar milik dengan akal yang sihat,lagi waras dan tidak dipengaruhi.

Anonymous said...

sebenarnya masa arwah atok serahkan geran ni diorang ni pun belum lahir lagi...kalau takut nak jumpa orang yang memegang geran tu...kenapa tak tanya kat yang masih ada masa geran tu diserahkan.kan abang2 yang tua2 ni masih hidup,takyahlah nak cakap itu ini...budak2 baru cerai susu memang macam tu.