SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-118 TAHUN


(5hb Januari 1897-5hb Januari 2015)

Thursday, May 13, 2010

Ucapan Selamat Hari Guru 2010

Bismillahirahmanirahim...

Salam kepada semua guru.Tidak kira apa yang diajar baik dalam senibeladiri,sekolah/
tuisyen,perniagaan hatta dalam pendidikan agama dan moral mereka layak dihormati dan diberi penghargaan sewajarnya.

Dari seorang manusia yang berprofesion sebagai guru inilah kita mula mengenal abjad..
mula mengenal huruf..kemudian ayat..tatabahasa..cerpen..artikel dan sebagainya.Dalam diri mereka telah tersurat mereka ditakdir Yang Maha Esa untuk ditugaskan melahirkan manusia berguna.Secara hakikat apa yang mereka pikul amat mulia.Pernahkah kita terfikir? Adakah kita boleh mencapai apa yang kita kecapi dulu,sekarang dan akan datang tanpa insan yang bergelar guru?? Fikir2kanlah jawapannya...anda akan tahu jawapannya.

Saya ingin mengambil kesempatan ini menzahirkan ucapan terima kasih kepada kedua ibubapa saya yang merupakan guru pertama saya,guru-guru di sekolah tadika,sekolah kebangsaan dan Menengah serta di kolej.Tidak dilupakan guru-guru agama dan silat saya yang telah bersusah payah mendidik dan mengasuh saya hingga saya menjadi apa yang saya kecapi kini.Syukur Alhamdulillah berkat didikan,asuhan dan dorongan mereka.Buat guru-guru Buah Pukul yang pernah dan masih mendidik saya terima kasih tidak terhingga saya ucapkan.

SELAMAT HARI GURU 2010.

No comments: