Semalam saya dan isteri berpeluang menonton filem ini di Leisure Mall,Johor Bahru.
Memang seperti yang dijangka penonton berpusu-pusu membeli tiket filem ini..(nasib baik adinda saya sudah belikan)
Jalan cerita sama seperti Ip Man 1 cuma ia lebih menarik kerana banyak koreograf-
koreograf tempur berbanding sebelumnya.Yang paling menarik ketika dia dicabar untuk mendapat pengiktirafan mengajar Ving Chun di Hong Kong.Pertarungan antara sifu ini lebih kurang sama budayanya seperti di tanahair kita dulu-dulu dimana guru-guru silat turut dicabar sebelum membuka gelanggang.
Perasaan kebangsaan,semangat menegakkan keadilan dan anti pembuli turut dipertontonkan dalam filem aksi ini.Tontonlah anda pasti tidak ralat dan menyesal.
No comments:
Post a Comment