Ingatkan peristiwa salah faham antara arwah atok dengan paklong dijadikan tauladan..tetapi nampaknya masih tetap berlaku.Tapi kali ayahku menjadi mangsa keadaan..Pelik suatu ketika bagai isi dan kuku.Begitulah gambaran hubungan akrab arwah atok dan ayahku..tapi akibat si durjana bertopengkan manusia hingga keakhir hayat arwah atok tidak menzahirkan hubungan mereka berdua semula (walhal ketika sakit pening arwah atok dihospital ayah tetap menjenguk atok walaupun tidak dihebahkan)Atok tidak menghalau malah tetap mesra menerima kunjungan ayahku..
Hanya kerana arwah atok berasa ayah cuba mengetepikannya tatkala ayah merapatkan ukhwah dengan adik-beradik atok yang lain.Emosinya tersalah tafsir..Ditambah dicurah minyak kedalam sekam sanubari arwah atok oleh mereka yang hasad..maka sehingga keakhir hayatnya hubungannya dan ayahku sama seperti arwah atok dan arwah paklong.
Aku berasa amat dukacita..ada manusia yang berhati busuk demi mencapai matlamat menghalalkan segala tindakannya memastikan hubungan akrab arwah atok dan ayah putus..Subhanallah..Astgfirullah..zalimnya dia.
No comments:
Post a Comment