Pada Allah Diserahkan Untuk Keselamatan Anda [ PADUKAN MELAYU MUSLIM ]
SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN
( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )
Thursday, May 27, 2010
Guru Abdul Razak a.k.a Abang Yak
Pada cuti Hari Buruh yang lalu (1 Mei 2010) saya berkesempatan turun ke Johor Bahru bersama-sama ahli keluarga.Tujuan utama saya adalah untuk menemuramah Guru Utama Lian Padukan Malaysia iaitu Ayahanda Haji Hasyim Haji Salleh.Misi saya adalah membongkar rahsia dan peranan seorang lagi tokoh Buah Pukul yang dilupakan didalam Lian Padukan.Umum mengetahui bahawa Pak Mat Kedidi merupakan orang yang bertangungjawab mengasaskan Lian Padukan namun ramai yang mungkin tidak tahu atau lupa bahawa orang yang bertanggungjawab menyusun dan mensistematikkan permainan ini adalah menantu beliau iaitu Abdul Razak Bin Shariff atau lebih dikenali sebagai Abang Yak.
Guru Abdul Razak Shariff dilahirkan pada 1954.Ketika beliau diperkenalkan kepada Haji Hasyim (20 tahun) sekitar 1982 beliau berusia 28 tahun!! Dikatakan ketika itu tiada seorang pun yang mampu 'berdiri' dengannya..Dilatihnya seorang pelapis yang corak permaianannya hampir sama dengannya.Ganasnya..Keras..Pantasnya..Ikhlasnya..Bak kata orang-orang lama kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.Mungkin telah di takdirkan bahawa anak muridnya yang satu ini memang sehati sejiwa dengannya kerana masing-masing pernah menjadi guru senibeladiri Korea sebelum Lian Padukan.
Abang Yak seorang peminat setia Bruce Lee dan jaguh Tinju Dunia iaitu Mohamad Ali. Tidak hairanlah banyak adaptasi dan penyesuaian yang dibuat bagi mem'Padukan' permaianan buah pukul ini hasil dari meminati 2 tokoh senibeladiri yang disebutkan.Seperti diartikel sebelumnya ada tercatat bahawa rutin latihan yang rejimental melahirkan murid yang kental..tahan lasak ..'dewasa' sehingga setanding dengan dirinya.Keikhlasan beliau dalam menjadi guru terzahir dengan akrab dan murni sehinggakan diceritakan bahawa sehari muridnya tidak datang lathan diturutnya ke rumah bertanya khabar berita..Sesekali ada juga anak-anak murid lamanya dari seni pertarungan Korea datang bertandang memperkemaskan langkah,teknik dan taktik.Abang Yak tidak sekali pun menghampakan mereka walaupun telah mengajar Lian Padukan.Begitulah sifat dan sikap seorang guru yang berkualiti.Walaupun sibuk menguruskan perniagaannya beliau masih mampu membahagikan masanya demi melihat anak muridnya berjaya.
Seorang pendita pernah berkata : "Jika kita melihat hebatnya seseorang begitu jugalah Gurunya..kerana Anak Muridnya adalah cermin kejayaan Guru".Turut diceritakan bahawa pengaruh yang dimainkan oleh Abang Yak cukup besar dalam mendewasakan Ayahanda sehinggakan design gelanggang dirumah Adat Lian Padukan (Ros Merah Empat/3) diadaptasi dari design gelanggang Jalan Serampang(tempat latihan Ayahanda).
Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan menemui Pencipta.Abang Yak telah kembali kerahmatullah ketika beliau berusia 52 tahun (Hari Raya Cina tahun 2006).Kehilangan sebuah permata yang tidak ternilai amat dirasai terutama bagi Ayahanda sebagai orang yang pernah menjadi anak murid dan adik kepada beliau.Walaupun beliau sudah tiada namun legasi corak permaianannya terus mekar diterapkan oleh Ayahanda Haji Hasyim kepada pelatih dan Gurulatih Lian Padukan.Sama-samalah kita menyedekahkan Al-Fatihah kepadanya.Semoga dia ditempatkan didalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal saleh dan turut mendapat tempat selayaknya didalam lipatan kenangan dan sejarah Lian Padukan..Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
salaam sdr juhann. sungguh menarik cerita ni. ameen kepada doa untuk arwah razak.
pernah jugak ayahanda cerita tentang persamaan design gelanggang johor jaya dgn tempat latihan waktu ayahanda masih belajar dengan seseorang ni. tapi tak brape kenal siapa yg diceritakan. baru clear sket skarang. heh
lagi satu, ayahanda ada sebut yang dia ada berikan gambar arwah razak kepada sdr juhann? adakah mungkin kita semua dapat melihatnya?
:)
sekian
Tujuan artikel diterbitkan untuk kita sebagai generasi baru mengenali sejarah perguruan kita dan menghargai mereka yang pernah berjasa.Gambar Arwah Yak akan diterbitkan sedikit hari lagi..
yep. betul tu. sebelum saya mula mempelajari LP, dalam minda saya, LP hanya sinonim dengan PMK. rupa2nya ada tokoh lain yang tidak diceritakan kisahnya.
terima kasih sdr juhann ;)
salam,saya salah seorg ank kpd arwah.thanks for the post.but,ada sedikit pembetulan berkenaan tarikh kematian arwah.Arwah meninggal dunia pada 19Febuari2007,bukan 2006.
Miss u my beloved Uncle Yak.In sha Allah,syurga firdausi tempat mu Uncle.will always remember all ur adviced.one n only...Al Fatihah🤲
Post a Comment