Satu persoalan yang sukar mendapat jawapan..suatu masa dulu arwah atok berselisih faham dengan paklong hingga akhir hayat paklong tak berbaik mereka berdua..kenapalah arwah atok cepat salah faham?..
Kini perihal ayahku..pasal geran tanah pulak..Dulu ayahku langsung tidak terlibat dalam mengusahakan tanah.Pada ayah dia sudah ada usahanya sendiri yang boleh dibanggakan ...tidak terfikir dia mahu mengusahakan tanah.kehadirannya hanya ingin mempelajari ilmu dan pengalaman membajak serta mengusahakan tanah.
Lama setelah ayahku mahir dan dewasa dia memutuskan untuk menumpukan perhatiannya didalam perusahaannya yang utama..kerana disitulah punca pendapatan dan kemahiran ayah dari muda.Namun suatu hari dimasa lalu..atok meminta pakngah(entahlah..aku sendiri tak ingat pangkat dalam keluarga untuk dia)mencari ayahku..Ayah yang sekian lama menyepi berasa rindu apabila disampaikan berita itu.Bersualah kedua anak beranak dalam suasana harmonis dan kekeluargaan.Dalam pertemuan itu atok menzahirkan bahawa dia sudah tidak larat mengusahakan tanah lalu ingin menyerahkan kepada ayah..
terkesima tawaran atok ayah minta tempoh agar dia dapat memikirkannya (bukan senang nak buat keputusan besar dalam hidup) .Setelah dirujuk kepada pakcik-pakcik dan adik beradik yang lain akhirnya ayahku terima tangungjawab yang diserahkan.(Persoalan..kenapa masa ni tiada yang membantah sekeras-kerasnya??..jawapannya penakut)
Dalam menerima tanggungjawab ini ayahku berusaha bersungguh-sungguh dengan menggunakan kemahiran dan pengetahuannya sebelum ini (dalam perusahaannya dulu)menstruktur semula perjalanan operasi dan mengatur semula strategi untuk memajukan tanah yang diberikan..Pada saat dilihat kesungguhan ayahku membuka cawangan pertamanya(sejak mengambil alih) arwah atokku menyerahkan geran tanahnya kepada ayah dengan akal fikiran yang waras dan tidak diminta oleh ayah.(jadi mana timbulnya isu yang dibangkitkan pakcik dan sepupuku??..nampak sangat mereka haloba)
Berusahalah ayah sehingga mencapai tahap yang diharapkan..kini setelah ayah ingin berehat dalam urusan perusahaan tanah masih terdengar dari mereka yang haloba tentang perkara yang mereka sendiri tidak pasti.
Tidak dinafikan arwah atok seorang peneroka yang hebat..banyak tanah dibuka dari tangannya..malah secara hakikat setiap yang difikirkan layak olehnya telah ditinggalkan tanah untuk mereka usahakan.Sudah tentulah yang terbaik diberikan tanah yang subur agar kelak ia turut menumpang berkat.Namun setiap peninggalannya ada kelebihan masing-masing makanya tidak perlulah sepupu sepapat hatta pakcik-pakcik ku yang lain cemburu diatas kejayaan ayah dan diatas pemberian atok..muhasabahlah paman dan saudaraku.
No comments:
Post a Comment