Pasti anda pembaca kenal akan nama ini...tidak keterlaluan dia boleh diklasifikasikan sebagai salah seorang lagenda didalam Lian Padukan.Penerbitan artikel ini bukanlah bertujuan untuk mengagungkan tokoh ini tetapi agar apa yang dipaparkan menjadi kayu pengukur kepada latihan yang kita jalankan.Beliau dikatakan tokoh yang bertanggungjawab menyusun secara sistematik permainan Lian Padukan bersama seorang lagi tokoh yang tidak asing iaitu Guru Utama Ayahanda Haji Hasyim yang merupakan anak murid didikannya.Apa pun marilah kita sama-sama menyedekahkan surah Al-Fatihah kepada Arwah Abang Yak.Semoga beliau ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..Amin.
Abang Yak atau nama sebenarnya Abdul Razak Bin Shariff semasa hayatnya merupakan ahli perniagaan yang berjaya.Permainan Lian Padukan diperkenalkan kepada Ayahanda oleh Syed Ahmad Syed Idrus (Pak Mat Singa).Oleh kerana Pak Mat Singa ketika itu masih menuntut maka Ayahanda dibawa bertemu dengan Arwah Pak Mat Kedidi.Oleh kerana ketika itu ayahanda masih baru maka beliau disuruh oleh Arwah Pak Mat Kedidi untuk menuntut dengan menantunya yang tinggal di No.47 ,Jalan Serampang,Taman Seri Tebrau, Johor Bahru.Menantu Pak Mat Kedidi yang dimaksudkan ialah Abang Yak.Maka disitulah bermula hubungan murni mereka berdua.
Mengikut Ayahanda,Abang Yak amat mementingkan ketahanan dan kekuatan fizikal (Physical fitness).Setiap petang Abang Yak dan Ayahanda akan berjogging untuk memantapkan stamina.Setelah itu dilanjutkan latihan dirumah beliau.Ayahanda akan diberi minum susu.Latihan Angkat Berat turut ditekankan agar berfizikal mantap dan sasa.
Latihan diteruskan dengan diajar jurus wajib sehingga mantap perbuatan dan kefahaman.Mengikut Ayahanda lagi,semasa sesi latihan buah pukul Abang Yak tidak memberi sebarang ruang untuk dirinya di'sentuh' oleh muridnya.Latihan yang ganas dan zalim diterapkan agar anak muridnya terbiasa dengan suasana pergaduhan diluar.Dengan corak latihan ini beliau berharap agar anak muridnya tidak takut dan berani "BERDIRI"
Prinsip latihannya GANAS,KERAS DAN PANTAS.Cogankatanya BERDIRI MUSUH MASUK UKUR TUMBUK.Mengikut Abang Yak lagi penerapan corak latihan seperti ini wajib untuk pelatih Lian Padukan agar SASA & BISA serta BISA & SASA.Mengikut Ayahanda, Abang Yak sebagai seorang guru buah pukul mesti Ganas dihadapan anak muridnya barulah segala ilmu yang diberikan ikhlas.Hasil latihan bersama Abang Yak inilah yang mempengaruhi Ayahanda didalam perjuangannya bersama Lian Padukan.
Dalam pada itu mengikut Ayahanda pelajaran yang pertama diajar oleh Abang Yak ialah merafak sembah..dalam pelajaran ini ayahanda diajar cara sebenar dalam menghormati seorang guru.
Semoga apa yang dipaparkan mendapat manfaat untuk kita semua dalam memajukan diri didalam permainan Lian Padukan. GANAS..KERAS..PANTAS!!
No comments:
Post a Comment