SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Wednesday, May 19, 2010

Akibat Tidak Muhasabah Diri Yang Semakin Parah

Manusia selalu lupa muhasabah(audit)diri apabila terlampau mengejar duniawi.Apa yang dikejar?? Kekuasaan,pangkat,kekayaan,nama dll..Ada yang sanggup menggadaikan maruah demi kejayaan..ada yang sanggup membunuh demi kemenangan..ada yang sanggup menabur fitnah demi melihat orang lain derita..Mereka fikir apabila mereka mengecapi apa yang diperoleh dari jalan yang batil mereka akan gembira namun mereka lupa akan Kuasa Yang Maha Esa.

Mereka lupa KuasaNya adalah segala-gala.Mereka sering kali ingat bahawa mereka hebat namun sebenarnya mereka umpama tikus yang mengaku kucing.Sanggup memfitnah dan mengadu domba orang lain untuk demi kejayaan sementara.Mengapa mereka begitu?? Kerana hati mereka sudah tebal dengan noda-noda hitam yang sukar dibersihkan.Noda-noda yang terpalit hasil maksiat,hasil sumber makanan yang haram dan pelbagai faktor puncanya..
Orang-orang sebegini apabila datang peringatan dariNya untuk bertaubat mereka inilah yang berpaling tetapi apabila Mailakatul Maut datang menjemput mereka inilah juga yang ingin meminta tempoh penundaan agar dapat bertaubat..

Telah datang pelbagai peringatan kepadanya..kehidupan yang porak peranda,perniagaan atau apa jua yang diusahakan tidak berhasil..persaudaraan yang diceraikan..siapa yang patut dipersalahkan dalam hal ini?? Ibubapa @ diri sendiri? Mungkin juga hasil didikan ibubapanya yang kurang pengetahuan pendidikan keibubapaan (mungkin ibubapanya juga dulu sama sepertinya..) diri sendiri sebenarnya yang berhak dipersalahkan kerana jika masih berusia 11 tahun tidaklah dipersalahkan..dah mengaku cikgu masih bersikap seperti pelajar..diri sudah mengaku dewasa..makanya setiap tindakan baik atau buruk adalah didalam tanggungjawab dirinya sendiri(jangan menyorok dibelakang bini atau lari ikut bini ke seberang laut.

No comments: