Pada Allah Diserahkan Untuk Keselamatan Anda [ PADUKAN MELAYU MUSLIM ]
SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN
( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )
Tuesday, December 4, 2012
SEDUTAN VIDEO-VIDEO LIAN PADUKAN (A)
Video A : Lian Padukan Raja Buah Pukul Selatan
Video B : Lian Padukan Sesi Rancangan Human Weapon
Wednesday, November 14, 2012
Aktivit Lian Padukan (Shah Alam) : Berkelah di Jeram Toi,Negeri Sembilan
Bismillahirahmanirahim...
Pada cuti Deepavali semalam saya membawa anak-anak pelatih Lian Padukan ke Jeram Toi (Jelebu/Seremban) Negeri 9 untuk acara berkelah.
Jeram Toi lokasi perkelahan yang saya fikir alternatif sesuai bagi yang gemarkan Air Terjun yang sejuk dan segar.Ia merupakan lokasi tetap bagi gelanggang Shah Alam yang datang berlatih di Gelanggang Lenggeng.
Latihan di Gelanggang Lenggeng diadakan setiap 2 minggu sekali (Hari Sabtu malam Ahad jam 9 malam).
Saya menjemput saudara-saudara ke pekan Lenggeng berpeluh berlatih Lian Padukan sambil berehat dan bermandi manda di Jeram Lenggeng dan Jeram Toi.
Saturday, November 10, 2012
Sejarah , cerita dan nasihat daripada Cikgu Din Gondrong (anak murid YDP Ayahanda Hj. Hasyim yang pertama Khatam Istiadat)
(Bahan ini di ambil daripada blog brade Ha, lianpadukan:Newskool)
kisah ini bermula begini...
kisah ini bermula begini...
assalaamualaikum w.b.t. terlebih dahulu ingin saya memperkenalkan diri, nama saya yang sebenar ialah zaharruddin bin alias tapi panggil saja saya (abang) din gondrong kerana nama itu diberi sendiri oleh pakmat kedidi masa tu pada tahun 1985. ketika tu saya mula mengikuti kelas lian padukan yang dipimpin oleh arwah razak bin syarif (menantu arwah pakmat) di gelanggang dewanraya kampong melayu majidi. oleh kerana pada masa tu trend menyimpan rambut panjang, maka dengan itulah saya digelar din gondrong oleh pakmat kedidi.
beberapa hari yang lepas saya telah dihubungi oleh taiko - taiko lian padukan kuala lumpur, mereka menyuruh saya buat kenyataan dalam website ni (cvt harmoniser). pada mulanya saya tak ingin kerana kita kan dah ada website sendiri kenapa nak menyibuk masuk web orang lain? tapi pasal yang suruh ni pun orang alim, maka saya sanggup buat apa saja untuk maruah pakmat kedidi dan lian padukan insyaAllah.
di sini saya mengambil kesempatan untuk menjawab semua kemusykilan pasal lian padukan. cuma saya harap jangan pula ada yang berkecil hati atau tersinggung dengan kata - kata saya nanti.
kenapa ada di antara kamu yang mengatakan lian padukan johor bahru dah tutup? salah tu, saya masih aktif, malah kelas saya semakin bertambah dan keahlian di taman tun aminah skudai, dan kelas di rumah haji hasyim di johor jaya memang tak pernah tutup. tiap - tiap hari rabu masih ‘on’ malah sudah bersilih ganti murid – muridnya. kerana haji hasyim ajar cepat dan dia cuma ajar intipati lianpadukan sahaja sebab itu orang suka pergi belajar dengan dia.
cuma masalahnya almaklum maklum aje lah tuan haji kita tu jarang - jarang ada rumah. sibuk memanjang. orang ada lebih orang rumah lah katakan, saya pun geram jugak dengan dia tu. kalau nak jumpa kena buat appointment betul - betul kalau tak, jenuhlah kita duduk menunggu di rumah dia. nasib baiklah saya rapat dengan anak - anak dan isteri - isteri beliau, kalau tak bosan jugak kerana kadang - kadang dia tak balik - balik langsung, kalau hari sabtu ahad jangan harap dia ada di rumah lebih - lebih lagi sejak dia sudah jadi ahli kelab motor kembara tengku mahkota johor, sikit - sikit pergi istana lah, tuanku titah lah.
jadi oleh kerana dia selalu tak ada di rumah, orang - orang ingat dia dah tutup kelas buah pukul nya, oh tidak! lian padukan itu adalah seperti nyawa dia sendiri. saya tahu lah kerana saya dah berpuluh tahun berkawan karib dengan dia, bukan tutup cuma dia dah tak berapa aktif berpersatuan lagi sejak persatuan lian padukan johor dipecah belahkan oleh pengkhianat - pengkhianat dan lakhanat - lakhanat yang tak tahu mengenang budi dan tak sedar diri.
ok kita bukak cerita pasal ada pula orang pandai – pandai nak menuduh pakmat kedidi tu penipu. tahu tak awak semua bahawasanya pakmat kedidi tu sebenarnya genius buah pukul? fikiran beliau yang canggih, kreativitinya belum ada lagi guru - guru buah pukul yang ada pada hari ini dan yang hidup sezamannya, masyaAllah, belum ada lagi yang boleh menandinginya lagi dari segi ketangkasan, kepandaian, kecantikan lian dan kepaduan. pendek kata segala apa yang dilakukan, adalah semakin memperbaiki dan semakin menaikkan lagi taraf darjat buah pukul. saya bukan nak mengampu atau membodek pakmat kedidi tetapi apa yang saya katakan ini adalah ikhlas kerana Allah, sebelum saya menyertai lian padukan, saya dah berguru dengan ramai guru - guru buah pukul. maklumlah johor dulu - dulu kan sarang buah pukul, salah seorang guru saya ialah mat belantek, budin pawang buaya dan hasan husin pandan.
alhamdulillah saya belajar dengan mereka semua sampai habis ke semua lian fesyen lama yang awak semua kata original. ok saya tak nafikan memang buah pukul mersing pesen lama memang ‘very best of the best’, akan tetapi apabila saya telah memiliki lian padukan subhanallah, rupa - rupanya ilmu yang Allah kurniakan pada pakmat kedidi jauh lebih ‘advance’ dari bekas - bekas guru lama saya.
walau macamanapun sebelum saya berguru dengan pakmat kedidi saya telah mendapat kebenaran terlebih dahulu dari bekas - bekas guru lama saya. malah guru - guru lama saya dengan penuh keikhlasan memuji - muji pakmat kedidi kerana mereka awal - awal lagi dah mengetahui siapa sebenarnya pakmat kedidi, kerana mereka juga pernah seguru buah pukul mersing dengan pakmat kedidi dan di masa itulah mereka diberitahu oleh guru – guru terdahulu seperti chu aman, sani abu samah, awang langgar, awang tarip, mandor hamzah, ali pokching dan ramai lagi. semua mereka - mereka ini pernah menjadi guru kepada pakmat kedidi dan mereka - mereka ini lah yang membuat pengakuan bahawasanya pakmat kedidi adalah pilihan illahi.
malah nama gelaran kedidi itu pun diberi sendiri oleh pakcik sani bin abu samah kepada pakmat kedidi kerana kepantasannya ibarat burung kedidi mematuk padi. sebenarnya di antara rakan - rakan seperguruan pakmat kedidi dulu - dulu pun memang tak dinafikan ada yang‘jealous’ dengan pakmat kedidi. maka apabila ada peluang untuk nak mengutuk, mereka - mereka ni tak nak lepas peluanglah nak mengutuk dan cuba untuk menjatuhkan nama pakmat kedidi kerana mereka sedar yang pengaruh pakmat kedidi semakin merebak. tapi tak semua yang membenci pakmat kedidi malah ramai lagi guru - guru buah pukul mersing masih tabik lagi pada pakmat kedidi.
macam ni lah, kita yang muda - muda ni kita ambil jalan penyelesaian. begini, cuba kita renung - renungkan kenapa Allah gerakkan pakmat kedidi buat ni semua? mesti ada sebabnya, tapi janganlah pula awak tuduh dia nak cipta nama lah, nak glamour lah dan macam - macam lagi awak nak tuduh dia, tidak kah awak terfikir suatu ketika dahulu orang melayu tak pakai baju, tak tahu baca buku, berak tepi sungai tak ada tandas yang sempurna dan macam - macam lagi kekurangan, sedar tak itu semua? tapi semakin hari kita semakin bertambah maju.
baiklah saya nak awak semua kenang dan ambil iktibar dari apa yang dah dilakukan oleh pakmat kedidi, itu sebenarnya adalah satu pertambahan dan mungkin beberapa perubahan akan tetapi syukur alhamdulillah pakmat kedidi tak lari dari realiti malah tetap dengan identiti buah pukul iaitu "hendak mengena taknak kena" tetap dengan penumbuk dan perisai sebagai lambang buah dan pukul, kelebihan yang ditambah oleh pakmat kedidi ialah kalau masa saya belajar buah mersing dulu, bila kita tumbuk orang tepis kita lapis, tapi konsep lian padukan pula lain, caranya iaitu orang tak tepis pun kita tetap lapis punya, sebab bila kita titik perisai dah sampai dan lagi dalam soal gelek lian, ada tak awak perasan cara buah pukul dulu menggelek masuk, dengan cara lian padukan menggelek masuk. agak - agak siapa punya cara lebih efektif?
kalau awak semua paham apa yang dimaksudkan dengan "dua gerak tiga ruat" awak perhatikan betul - betul bukan saya nak menyalahkan buah pukul mersing, tapi kalau betul kenapa tak buat? kenapa tak ada? kenapa tak ajar? maknanya dalam hal ini siapa yang menipu? kalau lah awak orang semua kata dalam buah pukul mersing dah ada semua ni ya! ya! ya! tapi kenapa saya tak diajar masa saya khatam buah pukul mersing dulu?
tak payah lah nak membebel. main tekpi pun banyak yang tak reti, tapi gantung tekpi banyak pulak kat dinding. kalau pun yang dah pandai mengajar pusing - pusing tekpi tu pun, tanyalah, dia belajar dengan siapa? pakmat samurai sendiri pun belajar dengan pakmat kedidi tau tak?
dulu - dulu kala memang di johor buah pukul mersing adalah yang terbaik kerana turut dipelajari oleh ke bawah duli yang dipertua seri maharaja temengong sultan ibrahim, tapi sedar dan tahu tak awak semua asal usul buah pukul mersing?
buah mersing adalah berasal dari buah sunting dan buah sendeng yang mana sunting adalah dibawa oleh awang daik dari riau dan sendeng pula dibawa oleh pak long muhamad yasin yunus dari muar, kedua - dua ilmu pendekar - pendekar ini telah digabungkan oleh seorang wali Allah iaitu syed abdul rahman bin syed abdullah al yunani di bumi mersing maka jadilah namanya buah pukul mersing, sebenarnya sendeng dan sunting asal - asalnya adalah adik beradik tetapi oleh kerana tok bertuah kemenyan mempunyai salahsilah sampai riau maka cara permainan nya dah nampak ada perubahan, maka orang riau yang mana salah seorang dari keturunannya iaitu daeng raja haji bin raja tahlil panggil sunting dan di sebelah muar dan melaka pula iaitu salah seorang dari keturunannya iaitu dato beremban keturunan dato panglima untut pula panggil sendeng.

tapi walau sehebat mana sekalipun ilmu sendeng dan sunting kenapa boleh tersungkur dengan seorang yang sangat tua macam syed abdul rahman tu? maka di sini awak semua kena sedar cukup - cukup dan buat kajian sedalam - dalam serta bermuhasabahlah dalam keadaan bertafakur, insyaAllah awak semua akan mendapat jawapannya!
jadi mulai hari ini saya menyeru awak semua pencinta buah pukul mersing janganlah kita saling caci mencaci sepatutnya kita semakin bertambah erat sesama kumpulan buah pukul, saya bagi contoh pada awak semua. ya, awak tahu tak haji hasyim tu walau pun dah bertaraf guru utama malah orang kanan pakmat kedidi dan lagi sebagai pewaris lian padukan pulak tu, tapi awak semua tahu tak dia tetap menghormati semua guru - guru buah pukul mersing. malah dia sangat rapat dengan pak raja G5, ayahanda atan majid buah pukul mersing dan pakmat samurai senjata 8, saya rasa ini satu contoh yang sangat baik yang telah ditunjukkan oleh haji hasyim jadi apa salahnya kalau kita semua berbaik baik? dan yang paling baik lagi jangan lah kita sentiasa sombong dan angkuh dengan kita punya buah pukul tu tak kan kemana - mana pun.
jadi jangan lepaskan peluang belajarlah, tambahlah apa saja yang mendatangkan menafaat, ikut contoh pakmat kedidi pula iaitu satu padukan apa yang kita dah pelajari takpe asalkan identiti tak lari dah lah, so camna? jom lah datanglah 'joint' pulak lian padukan dan rasakan kelainan daripada keaslian, insyaAllah akan ada keberkatan, saya teringat sabda nabi besar junjungan kita dalam salah satu hadisnya berbunyi "tolabul ilmi minal mahadi ilal lahadi" so kalau ada lah guru - guru yang melarang anak buahnya pergi berguru dengan guru lain atau tak izinkan muridnya belajar dengan orang lain. itu bermakna'there must be something wrong', kemungkinan gurunya angkuh atau malu dengan kekurangannya. wallahualam bis sawaf.
baik lah hari pun dah jauh malam saya rasa saya nak mengundur diri dulu tapi sebelum tu saya nak bocorkan sedikit rahsia, kerana saya pun umur dah lebih 45 tahun maka saya rasa tak elok lokek - lokek.
jadi di sini saya nak bagi tahu lah pada semua yang mana saya dah jumpa apa yang saya cari selama ini, iaitu saya bersyukur kehadhrat ilahi dengan berkat berguru dengan haji hasyim selama ini, syukur alhamdulillah beliau telah pun menurunkan kepada saya lian tapak 100 asmaul husna, pukulan 7 hari, makam 7, lapis buah seminggu, bunuh singkir, lapis buah 21, buah syuhud dan syuhadah berserta dzikir bismillahiwassifah, jadi kepada mereka - mereka yang belum ada pelajaran - pelajaran seperti ini atau tak dapat daripada guru - guru mereka, maka saya dah pun bocorkan rahsia ini.
aduh! memang lepas ni saya memang teruk kena marah dengan haji hasyim kerana saya dah janji tak nak heboh - heboh, tapi saya rasa dah sampai masanya saya dedahkan siapa dan apa sebenarnya "LIAN PADUKAN" baiklah kalau ada diantara awak semua ada yang rasa tak sedap hati atau tak puas hati dengan saya insyaAllah, datanglah silalah berjumpa dengan saya, jemputlah ke rumah saya di alamat no. jalan jebat 19, taman ungku tun aminah, johor bahru. tapi kalau nak datang call dulu supaya saya tak kemana - mana ini nombornya 013 - 7366833 insyaAllah anda akan dilayan dengan sempurna dan selesanya.
wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum
Tuesday, September 18, 2012
Cadangan Sambutan Hari Buah Pukul Kebangsaan 2013
Saya ingin mencadangkan bahawa agar diadakan satu hari khas menyambut hari ulang tahun Permainan Lian Buah Pukul yang diperkenalkan di Tanah Melayu.Tarikh yang tepat bila kedatangan Syeikh Abdul Rahman ke sini sukar ditetapkan kerana terdapat banyak versi dari pelbagai sekolah(aliran) buah pukul.
Maka bertitik tolak dengan itu saya ingin mencadangkan Sambutan Hari Lian Buah Pukul diadakan pada setiap 5hb Januari setiap tahun.Tarikh ini diambil atau dicadangkan kerana pada tarikh inilah Nukil Buah Pukul diserahkan kepada Dato' Awang Ali a.k.a Awang Daik Al-Hakim iaitu pada 5hb Januari 1897.Jika ingin membuat sambutan secara tahun...ini bermakna untuk 5hb Januari 2013 merupakan "Sambutan Jubli Emas Ke-116 Tahun" permainan Buah Pukul wujud di Tanah Melayu.Sambutan ini saya kira penting disamping mengenang jasa guru-guru buah pukul yang telah meninggal dunia atau yang masih hidup,kita dapat mengeratkan silaturahim & ukhwah sesama pengamal Buah Pukul tanpa mengira aliran mana. Tidak kira anda dari perguruan Lian Padukan,Gayang Lima,Gerak Lian,Lian Yunan hatta Buah Pukul Mersing dan lain-lain aliran buah pukul yang tak dapat saya sebutkan sekalipun yang berkongsi moyang pengasas dan pengembang akan duduk semeja beramah mesra,bertukar-tukar pendapat,idea dan interaksi akrab akan terjalin sesama ahli dan pengamal.
Diharap cadangan ini mendapat sokongan para pembaca yang juga pengamal Permainan Aliran Buah Pukul.Komen dan maklumbalas membina daripada saudara-saudari amat dialu-alukan.Sukacita dimaklumkan sekiranya mendapat Green Light saudara-saudari serta restu Ayahanda Guru Utama Dr. Haji Hasyim.Satu pertemuan pertama akan diadakan bagi membentuk Jawatankuasa Penaja bagi menguruskan sambutan ini.Diharap cadangan ini dilihat dari perspektif positif dan ikhlas agar tidak timbul sebarang fitnah dikemudian hari.
Akhir kata "BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH" mari kita memulakan fasa baru dalam dunia sekolah Buah Pukul kearah penyatuan & perpaduan.Rugi sekiranya kita saling bercakaran dan tidak membawa sebarang kemajuan dalam perkembangan ilmu dan perguruan.

Saturday, September 15, 2012
TAHNIAH GURU DIN MISAI
Bismillahirahmanirahim,
Alhamdulillah hari ini merupakan hari yang penuh bersejarah kepada Guru Dr. Shahruddin a.k.a Guru Dr. Din Misai dan keluarganya.Beliau telah selamat menerima kehadiran menantu & dinikahkan sendiri olehnya dengan Cikgu Syazwana.
Terpancar kegembiraan diwajah beliau.Tahniah Abg Din Misai & Kak Ida.Kepada pasangan mempelai Tahniah kepada anda berdua.Semoga berbahagia sehingga keakhir hayat..Insyaallah.
Friday, September 14, 2012
Sunday, September 9, 2012
CONTOH DAN TAULADAN ( SUMPAH TAAT SETIA YANG DIPEGANG ERAT)
Bismillahirahmanirahim,
Jeneral Guan Yu Salah Seorang 5 Tiger General Maharaja Liu Bei & Kini dia lebih dikenali sebagai Dewa Guan Yu (Dewa Perang) yang amat penting dalam ritual Kongsi Gelap Cina.
Beliau dan saudaranya Jeneral Zhang Fei adalah pemimpin pertama mengangkat sumpah taat setia & persaudaraan (brotherhood) kepada Jeneral Liu Bei(Maharaja). Yang turut mengaku bersaudara serta menjadi antara 5 Panglima Harimau Dinasti Shu ialah Jeneral Ma Chao,Jeneral Ziilong & Jeneral Huang Zhong.Walaupun Jeneral Cao Cao (Perdana Menteri),menawarkan harta & pangkat bagi mendapat khidmatnya,Jeneral Guan Yu tetap bertegas mempertahankan sumpah taat setianya.PADANYA SESEORANG YANG MENGINGKARI DAN MENDERHAKA SUMPAH TAAT SETIA,TIADA LAGI NILAI HARGA DIRI PADA DIRINYA.Oleh kerana nilai inilah beliau diangkat menjadi 'Ikon Persaudaraan & Penyatuan' oleh kaum Cina dan juga komuniti Kongsi Gelap.
Selain itu,didalam aspek militer beliau diberi tanggungjawab oleh Maharaja Liu Bei ( Dinasti Shu) untuk mengetuai angkatan tentera seramai 500,000 orang.(Panglima-panglima lain mengetuai 50,000-100,000 anggota tentera).Beliau juga Ketua 5 Jeneral yang taat setia kepada Maharaja.Oleh kerana itu juga,saya telah memilih senjata peribadinya sebagai Senjata Fisabilillah Khatam Lian Padukan 2012 bagi simbol penyatuan adik-beradik guru khatam Lian Padukan dan mengambil iktibar serta tauladan dengan semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh guru-guru senior yang BERSATU menghasilkan Pedang Istiadat Lian Padukan.Dengan hati yang ikhlas akhirnya timbul perasaan yang sangat puas apabila ia direalisasikan.Secara peribadi,amanah yang terpikul dan beban amanah tersebut amat dirasai ketika menghasilkannya.Banyak suka duka diharungi.Banyak masa serta wang ringgit yang dikorbankan demi menghasilkan 2 bilah beliung tersebut.Setiap masalah yang timbul dibawa ke meja persidangan dan mesyuarah dalam suasana keluarga dan harmoni serta profesional tanpa ada emosi yang negatif.Ia berlangsung demi survival,penyatuan,perpaduan serta kekuatan jemaah yang semakin membesar.Alhamdulillah berkat doa guru-guru saya serta usaha dan sokongan adik beradik yang lain akhirnya berjaya dibawa ke Majlis Perkhataman pada 5hb Mei 2012 yang lepas.Dengan apa yang saya dan lain-lain lalui saya amat menghargai erti KESETIAKAWANAN & SETIAPADU.
Sebatang lidi mudah sahaja dipatahkan tetapi dari sebatang lidi apabila ia dijadikan seberkas maka kukuhlah ikatannya tidak mudah dipatahkan.
Tuesday, August 28, 2012
Kesedihan & Kegembiraan
Bismillahirahmanirahim,
Awal pagi Ahad yang lepas (26/8/2012),Saya dikejutkan dengan dua berita yang mengejutkan.Bercampur baur,Sedih & Gembira.
Sedihnya dalam jam 4 pagi saya menerima panggilan telefon dari adik angkat saya yang juga murid Lian Padukan (Gelanggang Laksamana Shah Alam),iaitu Adinda Mohd Shahril.Beliau memberi perkhabaran sedih.Opah yang menjaganya dari kecil sehingga kini telah menyahut panggilan Illahi..
Innalillahiwainalillahirojiun..Al-Fatihah.Allahyarhamah Opah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21,Shah Alam.Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat keatas rohnya..
Dalam kesedihan ini juga saya turut menerima panggilan telefon dari adinda segelanggang,Cikgu Ahmad Johannes.Beliau mohon restu & doa dari saya sebagai kekandanya kerana beliau melangsungkan pertunangan dengan pilihan hati di Batang Kali.Alhamdulillah syukur kehadratNya.Cikgu Ahmad a.k.a Sammo Hung ni amat berahsia orangnya..namun Allah telah menyatakan kuasaNya menyatukan dua insan yang bakal diijabkabulkan kelak..Tahniah kepada beliau.Insyaallah doa kami berserta tuan....

Saturday, August 25, 2012
Semoga Cepat Sembuh & Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran
Bismillahirahmanirahim..
Salam Aidilfitri 1433 H kepada semua terutama family Lian Padukan.Saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon tuan-puan mendoakan agar Pengerusi Lian Padukan Kuala Lumpur/Selangor,Guru Dr. Din Misai cepat sembuh.Mari kita sama-sama fidyahkan Al-Fatihah kepadanya.Beliau yg sgt rapat dgn saya lebih dipanggil Abg Din baru-baru ini dimasukkan ke wad di SJMC,Subang Jaya bagi prosedur susulan.Terima kasih kepada isterinya,Kak Ida dan puteri & puteranya,Cikgu Wana Srikandi LP & Cikgu Imran Al-Haqeem yang menyalurkan info-info terkini.Semoga Abang Din segera sembuh.
Pada 24hb Ogos pula signal kalendar fb saya berbunyi menunjukkan ada birthday lady yang menyambut ulang tahun kelahirannya.Beliau yang dimaksudkan ialah Cikgu Ain Srikandi LP.Saya mendoakan semoga Cikgu Ain sentiasa dirahmati dan dikurniakan kebahagiaan.
Bagi saudara-saudari yang ingin beraya dirumah saya,pintu rumah sentiasa terbuka buat kalian(tetapi dr jam 10 pagi-6 petang).Sesi malam dr jam 8.30-10.30 malam.Sila mampir mengeratkan silaturahim.Salam Aidilfitri.Mohon Maaf Zahir & Batin

Monday, August 13, 2012
Sambutan Aidilfitri 2012.
Bismillahirahmanirahim...
Salam 7 Ramadhan yang terakhir,semoga kita kekal bertenaga,keredhaan dan kesabaran yang tinggi mengerjakan ibadah puasa.Didalam bulan Ramadhan yg penuh rahmat ini banyak manfaat yang dapat kita pelajari.
Saya ingin mengambil kesempatan ini,mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.Mohon maaf zahir & batin kepada semua guru-guru yang mendidik saya didalam seni persilatan amnya dan khususnya kepada guru-guru Lian Padukan,Cikgu Nur Azhar Hj Nawawi (Gelanggang Kapar),Guru Dr. Din Misai,Pengerusi Lian Padukan Kuala Lumpur & Selangor(Gelanggang Kelana Jaya/Selayang),Guru Din Gondrong,Pengerusi Lian Padukan Johor(Gelanggang JB) serta guru-guru lain yang turut memberi dorongan dan semangat yang tidak kunjung padam.Tidak dilupakan kepada Mahaguru Lian Padukan,Ayahanda Dr. Hj. Mohamad Hasyim Hj Salleh diatas kepercayaan beliau kepada saya sepanjang saya berkecimpung didalam Lian Padukan.Dengan seikhlasnya saya mohon maaf zahir dan batin sekira ada terkasar bahasa,perbuatan yang melampau batasan susila.
Kepada semua murid-murid,cikgu mohon maaf sekiranya ada yang terlebih atau terkurang semasa latihan dijalankan.Kamu semua anak-anak murid yang baik dan taat.Alhamdulillah teruskan perjuangan kamu mempelajari Lian Padukan.Man Jadda Wa Jadda Insyaallah dengan niat & hati yang ikhlas pasti kamu akan lebih berjaya.
Dijemput bertandang kerumah saya dihari Raya pertama & kedua bagi yang berhari raya di Shah Alam & Kuala Lumpur.

Friday, July 20, 2012
ALHAMDULILLAH RAMADHAN SUDAH DATANG.
Bismillahirahmanirahim,
Salam Ramandhan yang Mulia kepada semua pembaca dan Buah Pukul fans (specially Lian Padukan),saya ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali diri saya samada kapasiti sebagai pelajar mahupun sebagai cikgu gelanggang Shah Alam.
Selamat beramal dibulan yg penuh barokah...Insyaallah kita akan berjaya.Disamping itu jangan lupa kepada yang kurang bernasib baik.Hulurkanlah sedekah semampu mungkin kerana disetiap rezeki yang kita perolehi ada bahagian orang lain.Insyaallah setiap rezeki yang diusahakan akan bersih dari unsur-unsur negatif..

Tuesday, July 17, 2012
Kursus Khas Lian Padukan
Bismillahirahmanirahim
Berikut adalah video-video rakaman kursus yang dianjurkan oleh Lian Padukan Martial Arts Academy. Yang diatas adalah rakaman Kursus Lian Kipas Nandung,rakaman yang kedua pula menunjukkan Lian Belantali dan yang akhir adalah Lian Tasbih.Sesungguhnya ia harus sentiasa dievolusi agar relevan disetiap masa dan ketika.Ilmu,Kemahiran dan Pengalaman harus berjalan serentak bagi perkembangan ilmu.Selamat menonton dan mempelajari dan mendalami Lian Padukan.

Wednesday, July 11, 2012
Terima Kasih Saudaraku
Bismillahirahmanirahim
Semalam saya berkesempatan singgah kerumah sahabat yg telah saya anggap seperti saudara iaitu Cikgu Abdullah Siddiq Mohamad a.k.a Doul BPM.Pertemuan walaupun singkat banyak info & pandangan dapat disalurkan.Pelbagai cerita-cerita perjuangan dapat dikongsi dalam mengembangkan seni warisan bangsa yang cukup terkenal di Johor amnya dan bumi Mersing khususnya.Untuk pengetahuan umum,Allahyarham iaitu bapa kepada saudara saya ini merupakan salah seorang rakan seguru Haji Sulieman Ariffin (Pak Mat Samurai).Mereka berdua sama-sama berguru dengan Allahyarham Imam Jaafar.
Kalau dicoretkankan apa yang diluahkan pasti mengundang kontoversi dan mengaibkan individu-individu tertentu.Pada saya dalam memperjuangkan Seni Silat /Pertarungan warisan bangsa harus ada penyatuan dan ukhwah.Sama-sama berjuang bukan sama-sama menikam antara satu sama lain sehingga Agama,Bangsa & Tanahair tergadai dan dalam kerugian.Jangan kerana sifat dengki dan hasad menguasai diri kita mengadu domba serta memburukkan.
Monday, July 2, 2012
Wednesday, June 20, 2012
Thursday, June 14, 2012
ALAMAT GELANGGANG LAKSAMANA
Bismillahirahmanirahim...
Berikut adalam butir-butir gelanggang Lian Padukan Shah Alam (LAKSAMANA) :
a) Gelanggang 1 : Padang Bola Sepak Bukit Bandaraya,
Seksyen U11,
Bukit Bandaraya,Shah Alam
i. Masa Latihan : Jumaat ( 9 malam- 12tghmlm)
b) Gelanggang 2 : Padang Alam Megah,Shah Alam
i. Masa Latihan : Khamis ( 4.30 petang-7 petang)
Monday, May 28, 2012
Saturday, May 26, 2012
Thursday, May 24, 2012
Sejarah Penghasilan Beliung Adat Lian Padukan : Usaha Pertama -Mencari Tukang Besi & Mengumpul bahan
Bismillahirahmanirahim,
Setelah mendapat mandat & doa dari Guru Dr. Shahrudin saya mengorak langkah membincangkan hal ini dengan beberapa guru & sahabat meminta buah fikiran.Tanpa membuang banyak masa saya 'memburu' Pandai Besi.Dugaan pertama mula dirasai..setelah mencari & bersetuju hanya calon yang kelima benar-benar bersedia membuatnya.Terima kasih kepada Encik Ridzuan dari Rubinga yang memperkenalkan saya dengan Regu Abang Zainol & Abang Ali di Klang Gate.Mereka inilah yang bersedia mengambil alih tugas yang ditinggalkan oleh keempat-empat calon.Seterusnya saya mengumpulkan bahan-bahan yang diperlukan seperti yang diberitahu oleh Ayahanda Dr. Hj Hasyim yang mahukan ia dibuat menggunakan 9 Pha besi iaitu 1) Pisau 2) Pedang 3)Pelita 4) Pagar 5) Paku 6) Peluru dan lain-lain (rahsia)..
Saya bersama 2 orang lagi saudara,Ahmad Johannes & Mior Mohd Faizal telah bersama-sama mencari kepala peluru dilapang sasar Sg. Buloh.Puas terbit didalam hati kami bertiga apabila apa yang dicari dan dihajati diperolehi.Saya telah menghantar biji-biji peluru yang dikutip ke bengkel Abang Zainol minggu berikutnya.(Sambungan dilain masa)
22 Mei 2012 Bersamaan 1 Rejab
Bismillahirahmanirahim,
Alhamdulillah sambutan ulang tahun kelahiran saya pada tahun ini jatuh pada 1 Rejab.Terima kasih kepada semua ahli keluarga terutama isteri tercinta dan kedua ibubapa & bapa mentua saya,adik beradik & isteri-isteri mereka,guru-guru ,sahabat2 taulan serta murid2 yang disayangi.Saya turut berdoa agar saya terus dikurniakan kesihatan,keadilan & kerajaan yang ada(syarikat).
Terima kasih semua.
Thursday, May 17, 2012
Sejarah Penghasilan Beliung Adat Lian Padukan : Ilham Pertama - Jeneral Guan Yu Menghalang Adik Beradik 5 Harimau Liu Bei Bertempur
Bismilillahirahmanirahim...
Selepas Majlis Gradding Peringkat Kebangsaan 2011,penulis mencari idea untuk persiapan senjata Fisabilillah untuk Majlis Khatam 2012.Bermain-main diminda samada mempersembahkan senjata yang telah sedia ada dipasaran atau menempah senjata baru.Sehingga penulis didatangi beberapa mimpi selepas solat istikharah yang dilakukan.Penulis masih samar-samar..lalu melayari internet bagi mendapat gambaran yang jelas.Benarlah kata-kata Man Jadda Wa Jadda.Setelah dua minggu mencari idea isteri penulis menghadiahkan sebuah filem dvd bertajuk "3 Kingdom The Resurrection".Apabila menonton dan menyaksikan babak diatas serta skill tempur yang dipamerkan disamping penonjolan daya kepimpinanan ketenteraan yang tinggi,penulis menanamkan hasrat untuk membuat senjata seperti yang terkandung didalam klip video ini.Yang mana satu pilihan penulis?? masih menjadi tanda tanya kerana didalam filem ini ia menonjolkan Panglima Muda Maharaja Liu Bei iaitu Jeneral Ziilong yang mengetuai 100 ribu angkatan bersenjata bersama-sama saudara-saudara tuanya Jeneral Guan Yu & Jeneral Zhang Fei.
Apapun sebelum membuat keputusan yang mana satu pilihan bentuk senjata,penulis mengambil kesempatan berbincang dengan Guru Gelanggang Kapar,Cikgu Nur Azhar bersama saudara-saudara segelanggang iaitu saudara Mior Mohd Faizal,Ahmad Johannes,Amir Khalid,Fendi & Nazri mengenainya.Nampaknya mereka sebulat suara menyokong idea penulis..Alhamdulillah.Cikgu Azhar memberi pendapat bahawa biarlah senjata fisabilillah yang bakal dibuat menunjukkan kesepaduan,kesepakatan,kesatuan dan terbaik serta pasti boleh digunakan semasa medan tempur.Beliau meminta saya ke Johor Bahru mempersembahkan perkhabaran ini untuk mendapat pendapat Ayahanda Mahaguru.Apabila mendapat persetujuan Ayahanda Mahaguru,beliau dengan berbesar hati melerai-leraikan Pedang Adat Lian Padukan yang dihadiahkan oleh 5 Guru Bersaudara (Cikgu Sham,Cikgu Azhar,Cikgu Raziman,Cikgu Aimi & Cikgu Srikandi NurSyazwana) bagi memberi idea penghasilan senjata khatam.Terima kasih Ayahanda Mahaguru.
Pulang ke Selangor/Kuala Lumpur,penulis diminta Cikgu Azhar mempersembahkan hajat ini didalam mesyuarat pertama persediaan khatam.Kami yang pada mulanya bimbang bahawa idea ini bakal ditentang nampaknya diberi jalan yang dipermudahkanNya apabila Dr.Din Misai selaku Pengerusi Lian Padukan Selangor/Kuala Lumpur mengizinkan & memperkenankan bahawa senjata khatam pada tahun ini akan dikongsi.Dr.Din memberi mandat kepada saya dan Cikgu Azhar untuk mencari tukang besi.Maka bermulalah episod penghasilan...
Wednesday, May 16, 2012
SELAMAT HARI GURU
Bismillahirahmanirahim..
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru saya.Jasamu akan ku kenang sehingga ke akhir hayat.Doaku selalu mengiringi kalian semua.Bagi telah pulang ke Rahmatullah ku doakan semoga rohmu dicucuri rahmat & ditempatkan didalam golongan orang2 yang beramal saleh..Amin
Sejarah Penghasilan Beliung Adat Lian Padukan : Jeneral Guan Yu
Bismillahirahmanirahim...
Guan Yu (Hanzi: 關羽) (160 - 219) adalah seorang jenderal terkenal dari Zaman Tiga Negara. Guan Yu dikenal juga sebagai Kwan Kong, Guan Gong, atau Kwan Ie, dilahirkan di kabupaten Jie, wilayah Hedong (sekarang kota Yuncheng, provinsi Shanxi), ia bernama lengkap Guan Yunchang atau Kwan Yintiang.
Guan Yu merupakan jenderal utama Negara Shu Han, ia bersumpah setia mengangkat saudara dengan Liu Bei (kakak tertua) dan Zhang Fei (adik terkecil).
Pada masa Pemberontakan Serban Kuning, tepatnya tahun 188, tiga orang rakyat jelata bertemu di kabupaten Zhuo. Mereka adalah Liu Bei, Guan Yu dan Zhang Fei, yang memiliki hasrat yang sama untuk berjuang membela negara dan mengembalikan ketentraman bangsa Tiongkok yang sedang bergejolak. Tak lama, mereka bertiga bersumpah sehidup semati untuk menjadi saudara di kebun persik yang terletak di halaman belakang rumah milik Zhang Fei. Liu Bei sebagai kakak tertua, diikuti dengan Guan Yu dan Zhang Fei.
Guan Yu bertempur bersama Liu Bei dan Zhang Fei dalam menumpas Pemberontakan Serban Kuning. Tak lama, semenjak negeri Tiongkok dikuasai oleh Dong Zhuo, Liu Bei dan kedua saudaranya bergabung dalam angkatan perang Gongsun Zan. Gongsun sendiri saat itu ikut dalam suatu koalisi penguasa daerah yang menentang Dong Zhuo. Dong menempatkan Hua Xiong untuk menjaga celah Sishui. Hua Xiong seakan tidak terkalahkan setelah membunuh 4 perwira pasukan koalisi, yaitu Bao Zhong, Zu Mao, Yu Shen dan Pan Feng. Guan Yu yang hanya seorang pepanah berkuda menawarkan diri untuk mengalahkan Hua Xiong. Saat tak ada pemimpin koalisi yang percaya, Guan Yu berjanji untuk memberikan kepalanya apabila gagal. Guan Yu kembali dengan kepala Hua Xiong saat anggur merah–yang dituang Cao Cao sebelum Guan Yu pergi–masih hangat.
Dikenal sebagai seorang jendral yang tangguh, Guan Yu dibujuk Cao Cao untuk menjadi pengikutnya saat ketiga bersaudara tercerai berai karena kejatuhan Xuzhou dan Xiapi. Zhang Liao, seorang jendral Cao Cao dan kawan lama Guan Yu mencoba membujuk sang jendral untuk menyerah. Guan Yu bersedia atas dasar 3 kondisi :
Guan Yu takluk kepada kekaisaran Han, bukan kepada Cao Cao.
Kedua istri Liu Bei harus dilindungi dan diberi penghidupan yang layak
Guan Yu akan segera meninggalkan Cao Cao setelah tahu keberadaan Liu Bei
Dengan kondisi itu, Guan Yu dapat menyerah tanpa melanggar sumpah saudara. Cao Cao dengan gembira menyanggupinya. Bahkan Guan Yu diberi banyak hadiah, yang hampir semuanya ia kembalikan ke Cao Cao kecuali kuda Kelinci Merah, kuda andalan yang sebelumnya dimiliki oleh Lu Bu.
Potret Guanyu.
Saat bertempur melawan Yuan Shao di Pertempuran Baima, Cao Cao menugaskan Guan Yu untuk melawan 2 jendral besar Yuan, yaitu Yan Liang dan Wen Chou. Guan berhasil membinasakan keduanya dan mengakibatkan hubungan Yuan Shao dan Liu Bei–yang saat itu berlindung pada Yuan Shao–memburuk. Liu Bei akhirnya memutuskan untuk meninggalkan Yuan Shao. Pada saat yang bersamaan, Guan Yu yang mengetahui di mana Liu Bei memutuskan meninggalkan Cao Cao dan melakukan perjalanan untuk bertemu saudaranya. Cao Cao tak dapat menahannya dan akhirnya membiarkan Guan Yu pergi.
Dalam perjalanan tersebut, Guan Yu semakin terkenal karena ia berhasil melewati 5 kota Cao Cao dan membunuh 6 perwira yang menghalanginya. Diawali dengan mengawal kereta yang membawa kedua isteri Liu Bei melewati celah Dongling (sekarang: FengFeng, propinsi Henan), Guan dihentikan oleh Kong Xiu yang menolak memberi izin tanpa surat resmi dari Cao Cao. Guan Yu tak memiliki pilihan lain selain membunuhnya.
Selanjutnya Guan Yu tiba di luar kota Luoyang. Gubernur kota itu, Han Fu membawa 1000 prajurit untuk menghalangi Guan Yu. Asisten Han Fu, Meng Tan maju untuk berduel dengan Guan Yu. Ia mencoba menjebak Guan Yu, tetapi kuda Guan Yu lebih cepat dan Meng Tan tewas terbelah golok Guan Yu. Saat itu Han Fu berhasil memanah lengan Guan Yu. Tanpa takut, Guan Yu mengejar Han Fu dan menebasnya.
Saat melewati celah Sishui (sekarang: Xingyang, propinsi Henan), penjaga celah tersebut, Bian Xi memimpin 200 anak buahnya untuk menjebak Guan Yu di sebuah kuil. Salah seorang pendeta memperingati Guan Yu yang berhasil mengatasi jebakan dan membunuh Bian Xi.
Wang Zhi, gubernur Xingyang mencoba jebakan yang sama. Berpura-pura baik kepada Guan Yu, ia menempatkan Guan Yu di sebuah tempat peristirahatan. Malamnya ia menyuruh Hu Ban, anak buahnya, untuk membakar tempat tersebut. Ternyata ayah Hu Ban (Hu Hua) pernah menitipkan surat pada Guan Yu, yang disampaikan Guan Yu kepada Hu Ban. Hu Ban lalu membocorkan rencana Wang Zhi dan membantu Guan Yu melarikan diri. Saat dikejar, Guan Yu berhasil membunuh Wang Zhi.
Akhirnya rombongan Guan Yu tiba di tepi selatan sungai Kuning. Saat hendak menyebrang sungai, Qin Qi yang berusaha menghalangi, menemui ajalnya di ujung golok Guan Yu.
Selama perjalanan tersebut, Guan Yu juga berhadapan dengan Xiahou Dun yang tetap tidak ingin memberi jalan pada Guan Yu sampai Zhang Liao menyampaikan padanya pesan Cao Cao untuk mengizinkan Guan Yu pergi. Saat itu Liu Bei sudah pindah ke Runan. Di akhir perjalanan, Guan Yu bertemu Zhang Fei yang murka pada Guan Yu karena menduga ia telah berkhianat. Guan akhirnya bisa membuktikan dengan mengalahkan Cai Yang yang mengejarnya demi membalaskan dendam atas terbunuhnya Qin Qi, keponakannya.
[sunting] Legenda Guan Yu dari segi pandang Buddhisme
Sangharama Bodhisattva adalah gelar atau sebutan lain untuk jendral ini. Jenderal yang sangat gagah dan setia ini menjadi pengikut Buddha setelah bertemu dengan seorang bhiksu bernama Pu Jing di gunung Yuquan. Saat itu arwahnya sedang menuntut balas atas perbuatan para jendral Wu yang memenggal dirinya. Ia berteriak "kembalikan kepalaku!!" Bhiksu Pu Jing lalu berkata, "Kepada siapakah Yan Liang, Wen Chou, dan para panglima lain yang kepalanya kau tebas berteriak?" Guan Yu lalu sadar dan berlindung kepada Sang Triratna dan Dhamma. Keberadaan Bhiksu Pu Jing sendiri disebutkan dalam sejarah dan tempat gubuknya berdiri di gunung Yuquan sekarang menjadi kuil Yuquan.
[sunting] Biografi sejarah
Patung 3 Bersaudara(Liu Bei, Guan Yu, Zhang Fei)
Guan Yu bernama lengkap Yunchang (bernama asli Changsheng), berasal dari Hedong dan pernah menjadi buron di distrik Zhuo. Saat Liu Bei mengumpulkan pasukan di desanya, Guan Yu dan Zhang Fei membantunya untuk melawan para pemberontak. Liu Bei kemudian diangkat menjadi Gubernur Pingyuan, sedangkan Guan Yu dan Zhang Fei sebagai walikota. Mereka bertiga tinggal bersama dalam satu atap bagaikan saudara. Saat Liu Bei membunuh Che Zhou, gubernur Xuzhou, dia memerintahkan Guan Yu untuk mengatur pemerintahan kota Xiapi, sedangkan ia mengatur di Xiaopei.
Pada tahun ke-5 JianAn (200 M), Cao Cao menguasai wilayah Liu Bei dan Liu Bei mencari suaka pada Yuan Shao. Cao Cao berhasil menangkap Guan Yu dan mengangkatnya menjadi perwira, dengan pangkat Pian Jiangjun (Letnan Jendral). Yuan Shao mengirim jendralnya Yan Liang untuk menyerang Liu Yan di Baima, dan Cao Cao membalas dengan mengirimkan Zhang Liao sebagai panglima pelopor. Guan Yu yang melihat payung kebesaran Yan Liang langsung memburunya dan membunuh Yan Liang. Ia membawa kepala Yan Liang sedangkan pasukan Yuan Shao mundur dari pertempuran. Guan Yu dianugerahi gelar Hanshou Tinghou (Marquis Hanshou).
Awalnya Cao Cao merasa puas dengan Guan Yu tetapi lama kelamaan tahu bahwa Guan Yu ragu untuk menetap. Akhirnya ia memerintahkan Zhang Liao untuk menemui dan membujuknya. Jawab Guan Yu, "Saya sangat memahami penghormatan yang diberikan Cao Cao, namun jendral Liu (Bei) juga telah memperlakukan saya dengan baik maka saya bersumpah untuk mati bersamanya dan tak akan mengkhianatinya. Saya tak akan tinggal di sini selamanya, tetapi saya mau menorehkan jasa besar sebelum pergi untuk membayar kebaikan Cao Cao." Zhang Liao menjelaskan hal itu kepada Cao Cao yang terkesan dengan kebaikannya. Melihat Guan Yu membunuh Yan Liang, Cao Cao mengerti Guan Yu akan segera meninggalkannya, maka ia segera membanjirinya dengan hadiah. Guan Yu menyegel semua hadiah itu sambil menyerahkan surat pengunduran diri sebelum pergi menyusul Liu Bei. Cao Cao mencegah anak buahnya mengejar sambil berkata "Semua punya tuannya masing-masing, janganlah kita memburunya."
Tak lama Liu Bei bergabung dengan Liu Biao. Saat Liu Biao meninggal, Cao Cao mengamankan Jingzhou dan Liu Bei harus mengungsi ke selatan. Liu Bei mengutus Guan Yu membawa beberapa ratus kapal untuk menemuinya di Jiangling. Cao Cao mengejar sampai ke jembatan Changban sehingga Liu Bei harus menyeberanginya untuk bertemu Guan Yu dan bersamanya pergi ke Xiakou. Sun Quan mengirim pasukan untuk membantu Liu Bei bertahan dari Cao Cao, hingga Cao Cao menarik mundur pasukannya. Liu Bei kemudian menentramkan wilayah Jiangnan, mengadakan upacara penghormatan korban perang, mengangkat Guan Yu sebagai gubernur Xiang Yang dan menggelarinya Dangkou Jiangjun (Jendral yang Menggentarkan Penjahat). Guan Yu ditempatkan di utara sungai Kuning.
Saat Liu Bei menentramkan Yizhou, dia mengutus Guan Yu untuk menjaga Jingzhou. Guan Yu mendapat kabar Ma Chao menyerah. Karena ia belum pernah berkenalan, maka ia mengirim surat pada Zhuge Liang, "Siapa yang dapat menandingi kemampuan Ma Chao?" Untuk menjaga perasaan Guan Yu, Zhuge Liang menjawab, "Ma Chao sangat pandai dalam seni literatur dan seni perang, lebih kuat dan berani dari kebanyakan orang, seorang pahlawan yang dapat menandingi Qing atau Peng dan dapat menjadi tandingan Zhang Fei yang hebat, tetapi dia bukan yang dapat menandingi Sang Jendral Berjanggut Indah" (yaitu Guan Yu). Guan Yu bangga membaca surat itu dan menunjukkannya pada tamu-tamunya yang hadir.
Patung Guan Yu di Semarang
Guan Yu pernah terkena panah pada lengan kirinya, walaupun lukanya sembuh, tetapi tulangnya masih terasa sakit terutama pada saat hawa dingin ketika hujan turun. Seorang tabib bernama Hua Tuo berkata "Ujung panahnya diberi racun, dan telah menyusup ke dalam tulang. Penyembuhannya dengan cara membedah lengan dan mengikis tulang yang terinfeksi racun sebelum menjadi parah di kemudian hari." Guan Yu langsung menyingsingkan lengan baju dan meminta sang tabib menyembuhkannya. Saat dibedah, Guan Yu makan dan minum dengan perwiranya walaupun darah terus mengucur dari lengannya. Selama proses itu berlangsung, Guan Yu menengguk arak, bersenda gurau dan bermain Weiqi(GO) melawan Ma Liang seperti biasa.
Tahun ke-24 Jian An (219), Liu Bei mengangkat diri menjadi Raja Hanzhong dan mengangkat Guan Yu menjadi Qian Jiangjun (Jendral Garis Depan). Di tahun yang sama, Guan Yu memimpin tentaranya untuk menyerang Cao Ren di benteng Fan. Cao Cao mengirim Yu Jin untuk membantu Cao Ren. Saat itu musim dingin dan hujan turun teramat derasnya sehingga meluapkan air sungai Han. Akhirnya ketujuh pasukan yang dipimpin Yu Jin seluruhnya hanyut. Yu Jin menyerah pada Guan Yu yang lalu mengeksekusi Pang De. Perampok daerah Liang yaitu Jia dan Lu direkrut oleh Guan Yu untuk membantunya dalam pertempuran tersebut. Sejak itu nama Guan Yu terkenal di seluruh dataran Tiongkok.
Cao Cao lalu mendiskusikan dengan para pembantunya apakah relevan untuk memindahkan ibukota negara ke Xudu untuk menghindari pertempuran dengan pasukan Guan Yu yang terkenal kuat. Sima Yi menolak ususlan itu dan mengusulkan hal lain. Dia memperkirakan bahwa Sun Quan juga tidak akan membiarkan Guan Yu meraih kemenangan berikutnya, oleh sebab itu Sima Yi menyusun strategi dan mengirim utusan kepada Sun Quan, memohon agar pasukannya menyerang pasukan Guan Yu dari belakang dan sebagai imbalan maka Sun Quan akan mendapatkan Jiangnan -- hal ini juga bertujuan agar pasukan di benteng Fan akan bergabung juga dengan Sun Quan untuk memperkuat aliansi. Cao Cao akhirnya menerima usulan ini.
Perseteruan antara Guan Yu dan Sun Quan pada awalnya terjadi ketika Sun Quan mengirimkan utusan ke Guan Yu untuk mengungkapkan keinginannya mempersunting anak perempuan dari Guan Yu untuk dipersandingkan dengan anak laki-lakinya. Tetapi Guan Yu menghina utusan tersebut dan menolak proposal yang diajukan. Sun Quan sangat marah dan merasa terhina dengan penolakan itu dan menyimpan dendam terhadap Guan Yu. Hal inilah yang dimanfaatkan oleh Sima Yi untuk memperlemah posisi Guan Yu.
Disamping itu ada juga hal lain yang turut memperlemah posisi Guan Yu dalam peperangan ini. Mi Fang, Gubernur Nanjun di kota Jiangling dan Jenderal Fu Shiren, yang bertugas di Gong An, yang menjadi bagian dari pasukan Guan Yu merasa Guan Yu tidak pernah menganggap mereka. Bahkan sejak terakhir kalinya Guan Yu mengirimkan pasukan ke medan perang, Mi Fang and Fu Shiren hanya ditugaskan untuk menjaga suplai persediaan makanan dan senjata di garis belakang dan tidak terlibat sama sekali dalam setiap peperangan. Isu tersebut terdengar oleh Guan Yu dan dia memutuskan akan menjatuhkan hukuman kepada mereka setelah kembali dari medan perang. Mendengar berita itu, Mi Fang and Fu Shiren sangat ketakutan. Sun Quan menggunakan kesempatan ini untuk menggoyahkan loyalitas mereka dengan memerintahkan pasukan mereka untuk menyerah, dan akhirnya hal itu terjadi, sehingga pasukan Wu bisa menguasai daerah tersebut. Cao Cao lalu mengutus Xu Huang untuk membantu Cao Ren dalam mempertahankan benteng Fan dari gempuran pasukan Guan Yu; Guan Yu tidak berhasil dalam misinya untuk menaklukkan Cao Cao dan akhirnya mundur, akan tetapi pasukan Sun Quan telah menguasai Jiangling dan menyandera istri-istri dan anak-anak dari pasukan Guan Yu. Hal ini membuat perpecahan di dalam pasukan Guan Yu. Akhirnya Sun Quan mengirimkan jenderal-jenderalnya untuk menangkap Guan Yu dan kemudian menghukum mati Guan Yu beserta anaknya Guan Ping di Lingju.
Dian Lue: Ketika Guan Yu mengepung kota Fan, Sun Quan mengirim utusan untuk membantu. Ia memerintahkan utusan itu untuk tidak terburu-buru, tetapi mengirimkan pegawai sipil berpangkat tinggi kepada Guan Yu. Guan Yu kesal dengan keterlambatan itu, apalagi saat itu ia sudah menangkap Yu Jin sehingga ia mencela "Jika kalian gurita kecil berani menyerang kota Fan, tidakkah kau pikir saya dapat menghancurkan kau?"
Pei Song Zhi: Hamba pikir walaupun Shu dan Dong terlihat akur, tetapi terdapat kecurigaan berlebihan antara keduanya akan kepentingan satu sama lainnya. Ini sebabnya mengapa Sun Quan diam-diam menyerang Guan Yu. Menurut Lu Meng Zhuan (Biografi Lu Meng) : "Pasukan gerilya telah disiapkan dalam kapal besar dan rakyat jelata yang menyamar sebagai pedagang diperintahkan untuk mengayuh kapal tersebut." Jika memang ada niat baik untuk membantu dari pihak Wu, mengapa Sun Quan merahasiakan pasukan itu?
(7)Shu Ji (Buku Shu): Guan Yu dan Xu Huang adalah teman dekat dan saling berkomunikasi walau terpisah jarak yang jauh. Namun mereka hanya membicarakan hal-hal sepele yang tidak berhubungan dengan urusan kemiliteran. Saat bertempur, Xu Huang berteriak "Siapa yang dapat mengambil kepala Guan Yu akan dihadiahkan seribu keping uang emas!" Guan Yu terkejut dan bertanya "Kakak, mengapa kau berbicara seperti itu?" Jawab Xu Huang,"Ini adalah urusan negara."
(8)Shu Ji (Buku Shu): Sun Quan memerintahkan pasukannya untuk menyerang dan menangkap Guan Yu serta putranya, Guan Ping. Sun Quan ingin keduanya hidup-hidup sebagai tameng serangan Shu dan Wei. Tetapi anak buahnya berdalih "Membiarkan sarang serigala sama saja mengasuh bencana di kemudian hari. Cao Cao telah mengalaminya,sampai harus memindahkan ibukotanya. Bagaimana mungkin kita membiarkannya hidup?" Maka, Guan Yu dan putranya dihukum mati.
Pei Song Zhi: Hamba ingin menegaskan Buku Wu, yang mengatakan Sun Quan mengirimkan jendral Pan Zhang untuk menghambat jalur larinya Guan Yu yang kemudian dieksekusi mati di tempat. Jarak antara Lin Ju dan Jiangling sekitar 200 sampai 300 mil, sehingga Guan Yu tidak mungkin dibiarkan hidup sampai Sun Quan dan perwiranya selesai berdebat apakah perlu melepaskannya. Pernyataan "Sun Quan ingin keduanya hidup-hidup sebagai tameng serangan Shu dan Wei" adalah tidak benar. Wu Li (Buku Kronologis Negeri Wi) mengatakan "Sun Quan mengirim kepala Guan Yu ke Cao Cao saat perwiranya menyiapkan pemakaman yang layak bagi sisa jasadnya."
Guan Yu dianugerahi gelar anumerta Zhuangzhou Hou (Marquis Zhuangzhou). Putranya, Guan Xing menggantikannya. Guan Xing, bernama lengkap Anguo, jarang mempertanyakan perintah sehingga amat disukai oleh perdana menteri Zhuge Liang. Guan Xing diangkat menjadi Shizhong (Ajudan Istana) dan Zhongjiangjun (Jendral Pasukan Utama/Tengah) saat kesehatannya menurun. Beberapa tahun kemudian ia wafat dan digantikan putranya, Guan Tong sebagai Huben Zhonglang Jiang (Jendral yang memiliki Kelincahan Macan). Guan Tong wafat tanpa memiliki keturunan laki-laki.
(9)Shu Ji (Buku Shu): Saat Guan Yu bertolak ke kota Fan, ia bermimpi seekor babi hutan menggigit kakinya. Yu Zi Ping berkata "Kau akan hancur pada tahun ini, dan tidak akan kembali bangkit."
(10)Shu Ji (Buku Shu): Putra Pang De, Pang Hui bertempur di bawah Zhong Hui dan Deng Ai untuk menghancurkan Shu. Saat merebut Shu, ia membinasakan seluruh anggota keluarga Guan yang masih hidup.
(kalo menurut gw sih yg merupakan kehebatan guan yu adalah kekuatannya dalam menghadapi musuh bahkan jika tidak ada bantuan Guan Yu mungkin Liu bei tdk akan mungkin bsa lolos dari pasukan Cao-Cao)
Friday, May 4, 2012
SAYA DAH BERSEDIA
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...
Alhamdulillah selepas solat Jumaat ni saya akan bertolak ke Majlis Khatam Lian Padukan edisi 2012 (edisi terakhir 2009).Saya sudah bersedia menghadapinya...Insyaallah berkat doa sahabat2 senior dan guru2 yang mendidik saya akan berdiri...

Sunday, April 22, 2012
Terima Kasih Perjalanan Baru Bakal Bermula
Bismillahirahmanirahim...
Alhamdulillahirabbilalamin...hari ini sudah 22hb April 2012.Bermakna tinggal 14 hari lagi saya dan saudara2 lain bakal dikhatamkan iaitu pada 5hb Mei 2012 (Sabtu),InsyaAllah.Menoleh sebentar kebelakang dari bermula saya ditemukan dgn perguruan ini,berkenalan & berguru dengan Alhamdulillah syukur guru-guru yang hebat personaliti dan pembawaan,melafazkan persaudaraan dan banyak lagi pengalaman sepanjang proses bergelar murid.Semuanya menarik & adventure.
Orang yang pertama & bertanggungjawab memperkenalkan saya dengan permainan Lian Padukan ialah Cikgu Nur Azhar Hj Nawawi a.k.a Cikgu Azhar.Saya yang juga pengamal Buah Pukul (oldskool)sebelum ini, mengakui keegoan,kesombongan & tahap konfiden yang tinggi musnah lebur apabila dititik,dipolek tendang oleh Cikgu Azhar pada hari pertama saya diterima berlatih...hehehe..Beliau adalah guru gelanggang Kapar.Seorang yang berperwatakan cool,sempoi,terbuka tetapi disiplin dalam latihan tubi..penekanan asas amat dititikberatkan dari pelampas sehingga perbuatan dan langkahan jurus.Di gelanggang beliau saya ditemukan dan disaudarakan dengan beberapa pelatih yang juga baru berlatih disana.Mereka adalah saudara Meor Mohd Faizal a.k.a Meor,Saudara Muhammad Nazri Hj Noordin a.k.a Nazri Kajicuaca,Saudara Ahmad Johannes a.k.a Ahmad (kemudian baru diberi gelar Sammo Hung oleh Ayahanda Mahaguru)dan Saudara Amir Khalid a.k.a Amir.Tidak dilupakan kami juga ada pelatih yang lebih senior walaupun usianya lebih muda dari kami.Dia kami gelarkan Otai atau nama sebenarnya Yusuf Bin Musa.Beliau juga anak kepada Imam disurau berhadapan gelanggang kami..Dalam perjalanan bersama mereka ada pelatih yang datang dan pergi tetapi Alhamdulillah berkat doa guru kami dan semua disamping sikap ikhlas dan redha serta saling hormat menghormati,kami tetap masih utuh bersaudara dan menjadi murid sulong Cikgu Azhar yang bakal dikhatamkan.
Minggu keempat atau kelima saya diberi peluang oleh Cikgu Azhar untuk berkenalan dan berlatih dibawah tunjuk ajar gurunya.Individu yang dimaksudkan ialah Guru Shahrudin Ahmad a.k.a Cikgu Din Misai.Beliau merupakan Pengerusi Lian Padukan Kuala Lumpur/Selangor.Dengan jawatan yang disandang saya amat yakin ketika itu saya berguru dengan cikgu-cikgu buah pukul yang bukan calang-calang reputasinya.Manakan tidak terdapat kisah yang luar biasa dan amat terkenal tentang bagaimana beliau mula bersama Lian Padukan(Biar anda/pembaca mencari sendiri bagaimana dia bermula).Saya tak ingin bercerita tentang beliau kerana biarlah ia kekal misteri mengenai diri beliau tetapi apa yang penting beliau seorang guru yang kreatif dan inovatif.Kepelbagaian didalam latihan boleh saya anggap beliau guru buah pukul zaman moden,sofiskated antara genius buah pukul.Ketika saya mula2 berkenalan dan belajar dibawah asuhan beliau,terdapat 3 buah gelanggang dibawah kawal selia beliau secara langsung.Pertama di Surah Al-Akidah,Kelana Jaya..Kedua di Gelanggang Tabung Haji,Kelana Jaya dan yang ketiga ialah di Selayang.Ketika itu beliau banyak menghabiskan waktu di ketiga-tiga gelanggang disamping membantu secara aktif rawatan tradisional dirumah sifu beliau di Gombak.Abang Din begitulah panggilan yang beliau mahu anak-anak murid panggil namanya.Digelanggang Kelana Jaya,saya mula berkenalan dengan 3 orang senior yang kemudian rapat dan bersahabat.Mereka ialah saudara Nasrul,saudara Faizal dan Saudara Tokpin ( selepas dikhatamkan pada 2009 mereka bertiga digelar Cikgu).Saya turut berkenalan dengan seorang pelatih yang asasnya beliau pengamal Sendeng.Beliau yang saya maksudkan saudara Salleh.disini saya menghaluskan permainan saya setelah dididik asas oleh Cikgu Azhar di Kapar.Persahabatan dengan senior-senior saya juga banyak membantu saya bergerak aktif didalam aktiviti perguruan.
Setelah sekian perjalanan saya mula berkenalan dengan guru-guru lain yang menjadi saudara khatam kepada Cikgu Azhar.Mereka ialah Cikgu Sham (Setiausaha),Cikgu Aimi,Cikgu Raziman dan Srikandi Anakanda Cikgu Din Misai,Cikgu Syazwana.Alhamdulillah perjalanan saya diberkati dan lancar.Melalui Cikgu Din Misai,saya diperkenalkan dengan Mahaguru sekitar 2009 ketika beliau datang ke Kuala Lumpur.
Selepas itu perjalanan sebagai murid dan sahabat berjalan dengan takdir Yang Maha Esa.Alhamdulillah berkat doa dan kesabaran semuanya ditempuhi dengan penuh berhati-hati.Sesungguhnya pengalaman yang dicoretkan tidak hanya seperti diatas..ianya sungguh panjang dan boleh dibukukan..
Saya melangkah sejauh ini..berjurus dan berlian sejauh ini..bukan perkara mudah.saya bersyukur..Terima kasih kepada semua.Terima kasih guru-guru ku,terima kasih saudara-saudaraku...
Monday, April 2, 2012
BUAH PUKUL MANU LANZI
Bismillahirmanirahim,
Latihan yang konsisten mampu membuat kita setanding koreograf beliau malah lebih baik..Selamat Menonton & Berlatih
Thursday, February 16, 2012
Contoh Reju & Bertalu-talu
Bismillahirahmanirahim..
Mohon maaf setakat ni tiada dalam simpanan saya menunjukkan video contoh kegunaan teknik reju & bertalu-talu menggunakan teknik Lian Padukan untuk tatapan umum..namun video diatas adalah sedikit sebanyak hampir merupai teknik tersebut...maka jangan bermalam..nanti ngantuk terus tertidur..hehehehe..lebih baik sentiasa berjaga & berwaspada apabila berhadapan musuh & bersikap no mercy kerana kita tidak tahu niat penyerang yang jauh lebih zalim..Tawakal kpd Allah & berjuang bersungguh-sungguh...
Street Fight Tips From Expert
Bismisllahirahmanirahim..
Lek Holloway antara artis beladiri yang terkenal yang juga sahabat Guru Dr. Hishamuddin Aziz ( Dr. Sham).Mari kita tonton & dengar nasihat serta tips pertarungan jalanan dari beliau.
Yang baik dijadikan kegunaan harian & yang tidak sesuai diperbaiki...
Monday, February 13, 2012
Video Lian Padukan
Bismillahirahmanirahim...
Buat mereka yang baru mengenali & menyertai gelanggang Lian Padukan Tahniah dan Syabas.Anda akan menemui apa yang dicari sekiranya anda sabar serta cekal berguru dengan guru-guru khatam didalam Lian Padukan..
Selamat berguru & Jagalah adab berguru sentiasa agar kasih & doa sentiasa mengiringi tuan puan...
Salam Takziah
Bismillahirahmanirahim..
Salam Takziah kepada keluarga Sheikh Hamdan dari Pulau Pinang diatas pulangnya ke Rahmatullah ayahanda tercinta tempohari..Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan kembali kepadaNya..Semoga seluruh ahli keluarga Sheikh Hamdan tabah & cekal diatas pemergian Allahyarham.
Mari kita sama-sama fidyahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Sheikh Radzi.Semoga beliau ditempatkan didalam golongan solehin..Amin

Wednesday, February 8, 2012
Kepantasan Aplikasi Kaki Yang Harus Diusahakan
Bismillahirahmanirahim,
Lihat sahaja kepantasan & kekuatan kaki mereka..ianya tidak datang sekelip mata tetapi melalui fasa-fasa latihan yang konsisten dan jitu.Kita juga mampu seperti mereka.Maka Tingkatkan latihan anda untuk benar-benar berhati & bersikap pendekar Lian Padukan
MAJLIS MANDI PENIMBUL
Bismillahirahmanirahim,
Pada hari Sabtu (4hb Februari 2012 bersamaan 11 Rabiulawal 1433 Hijrah),saya bersama saudara-saudara yang bakal dikhatamkan telah berkumpul bersama-sama guru-guru pendokong Lian Padukan dari seluruh tanahair di Air Terjun Kota Tinggi,Johor.
Kehadiran Ayahanda Mahaguru,Dr. Haji Muhamad Hasyim turut memeriahkan lagi suasana program berkenaan.
Suasana persaudaraan & ikatan ukhwah yang terjalin dapat dirasakan erat & hangat dapat dirasakan oleh setiap peserta.Guru-guru pendokong berkongsi khemah bersama kami tanpa ada sebarang protokol namun tidak mengabaikan adab dan tatasusila pergaulan kami bersama mereka.Berkongsi makanan,minuman dan pengalaman menuntut ilmu adalah amat bermakna bagi kami smua.
Saya disatukan bersama adik beradik dari gelanggang Kapar dibawah pimpinan Cikgu Nur Azhar turun bersama-sama mencari batu sambil mandi d posisi arus air terjun tersebut.Disebelah malam acara bebas,bersuai kenal,beramah mesra diantara peserta dan guru-guru yang terbabit.Terima kasih kepada saudara Fendi yang menyediakan dapur gas serta Kopi Cap Kapal Api yang sungguh kaw sehinggakan Cikgu Boy dari Melaka pon bimbang takut 'diterbangkan ke bulan' akibat minum kopi tersebut..hehehe..
Cikgu Din Misai pula tidak kering idea serta tidak jemu2 menghiburkan serta menasihati peserta.Sukar digambarkan melalui kata-kata pengalaman yang amat bermakna ini.Insyallah ia bakal diadakan lagi dalam masa terdekat bagi mereka yang tidak dapat hadir pada tempohari.

SALAM TAKZIAH
Bismillahirahmanirahim,
Kepada setiap manusia yang hidup pasti akan menemui Penciptanya sooner or later..begitulah berita kesedihan ini yang saya terima dari Ayahanda Mahaguru,Dr Hj Hashim semalam melalui text message.
Salam Takziah dari saya mewakili ahli-ahli Lian Padukan Shah Alam kepada saudara Nazem dari Lian Padukan Gombak yang baru kehilangan isteri tercinta yang pulang ke Rahmahtullah.Semoga saudara sekeluarga tabah & cekal diatas cubaan ini.Setiap yang terjadi pasti ada hikmah disebalik kejadianNya..Dari Nya kita datang KepadaNya kita kembali..
Al-Fatihah kami fidyahkan kepada Allahyarhamah..Semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman & beramal soleh..amin

Saturday, January 28, 2012
STRATEGI PEPERANGAN BAGUA
Bismillahirahmanirahim,
Video diatas merupakan peperangan Penyatuan 3 Negara di China suatu masa dahulu.Cuba tonton dan kaji keberkesanan taktik & strategi Bagua yang digunakan Panglima-Panglima Perang mereka.Ia adalah mengambil ilham cengkerang kura-kura.Satu Strategi yang menarik untuk kajian.

Friday, January 27, 2012
PERGINYA PERMATA AGAMA & BANGSA
Bismillahirahmanirahim
Salam Takziah ingin dizahirkan kepada ahli keluarga Abang Ahmad Nasaruddin Bin Mansor atau lebih dikenali sebagai Abang Abot yang kembali ke Rahmatullah semalam petang 26hb Januari 2012 (Khamis).Allahyarham dimasukan ke wad neuro,HKL akibat serangan stroke di awal pagi.Terima kasih kepada Kekanda Asnan kerana menyalurkan info2 terkini mengenai perkembangan Allahyarham dari mula dimasukkan ke wad sehingga berita pemergiannya.
Kehilangan yang pastinya turut amat dirasai oleh Pertubuhan Gerak Lian pimpinan Y.M Guru Nazri a.k.a Pok Yee.Kami di Lian Padukan mengenali Allahyarham yang dengan sikap Allahyarham yang suka berukhwah dan bersaudara sentiasa berziarah sesama gelangang.
Secara peribadi,saya diperkenalkan kepada beliau oleh Dr. Shahruddin Ahmad a.k.a Guru Din Misai pada sekitar 2009 dan kali terakhir saya bertemu beliau ialah ketika membantu koordinasi tim keselamatan Lian Padukan untuk Majlis Konvokesyen Pertama MAGMA pada Mei 2011 di Dewan Puteri Islam,Cheras.Masih terngiang-ngiang nasihat beliau kepada saya "Jangan derhaka kepada Guru.Main Lian kena sentiasa istiqomah dan jangan bermalam serta kena sentiasa menjaga pernafasan"..Insyallah ia menjadi koleksi peribadi pengalaman saya berkenalan dengan beliau.
Kepada ahli keluarga beliau dan mereka yang mengenali rapat dimohon bersabar diatas pemergian ini..Semoga beliau dicucuri rahmat olehNya,Al-Fatihah & Yassin ku fidyahkan kepadanya.
Thursday, January 5, 2012
Kunjungan Ziarah Ke Johor Bahru
Bismillahirahmanirahim
Baru-baru ini saya berpeluang berkunjung ziarah Ayahanda Mahaguru Lian Padukan,Dr.Hj Hasyim serta Guru Zaharuddin a.k.a Guru Din Gondrong.Disamping ziarah bertanya khabar mereka berdua turut bermurah hati menyampaikan ilmu kepada saya.Saya ingin merakamkan terima kasih kepada mereka berdua diatas kesudian melayan kunjungan saya tempohari.Insyallah dilain masa saya ingin berkunjung ke Gelanggang Semabok,Melaka dibawah pimpinan Cikgu Norhizard a.k.a Cikgu Boy.

Jubli Emas 115 Tahun Buah Pukul
Bismillahirahmanirahim..
Selamat Menyambut Jubli Emas ke-115 Tahun Buah Pukul.Semoga Tahun 2012 ini menyatukan & merapatkan semua perguruan yang datang dari keturunan yang sama.Ukhwah ditegakkan elakkan perpecahan.Biar pelbagai perguruan namun persaudaraan diperjuangkan agar kekuatan sebenar ditonjolkan.Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh.

Subscribe to:
Posts (Atom)