SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Wednesday, December 14, 2011

Majlis Ujian Kenaikan Tahap 2011 (Khatam Kecil)

Bismillahirahmanirahim,

Syukur kehadrat Allah swt diatas perkenanNya dapat kita semua dari seluruh pelusuk tanahair berkumpul pada 10 Disember 2011(Sabtu) yang lepas di venue alternatif Dewan Melur ,Jalan Ambar 7/16,Seksyen 7,Shah Alam didalam program Majlis Ujian Kenaikan Tahap(Majlis Khatam Kecil).

Saya selaku tuan rumah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberi kepercayaan kepada kami walaupun venue alternatif selepas venue utama mengalami masalah teknikal.Kerjasama & komitmen yang erat ditunjuk oleh setiap lapisan guru & pelatih dalam memastikan ia berjalan lancar.Terima kasih kepada bos2 LP saya ( Dr.Din,Dr Sam,Cikgu Azhar,Cikgu Raziman,Cikgu Faizal,Cikgu Wana dan yang special sekali kepada Cikgu Nasrul (Ha Lurus) kerana kami work hand in hand sampaikan dalam 3 4 hari sebelum majlis masih berkomunikasi melalui sms selewat jam 3 pagi.Anyway thanks to all teachers..

Saya juga ingin memohon maaf diatas sebarang kekurangan yang berlaku sepanjang majlis ini berlangsung.Semoga ia menjadi pengajaran & pengalaman berguna kepada saya & semua yang terbabit agar memastikan majlis seterusnya lebih baik.

Thursday, November 24, 2011

Majlis Ujian Kefahaman & Kecekapan Tahap Peringkat Kebangsaan 2011

Bismillahirahmanirahim,

Insyallah Majlis ini bakal diadakan pada 10hb Disember 2011 ( Sabtu ).Tempat berlangsung Insyallah akan diadakan ditempat yang sama seperti tahun lepas 2010 iaitu Dewan HELP Residensi.

Jawatankuasa Pengelola yang dipimpin oleh Guru Dr Shahruddin a.k.a Din Misai sedang sibuk mengorak langkah membuat persiapan sebagai tuan rumah.Banyak perkara yang diambil perhatian umum mengetahui bahawa Dr. Din selaku Pengerusi Lian Padukan Kuala Lumpur / Selangor telah berjaya menganjurkan beberapa event besar selaku tuan rumah bagi Lian Padukan.Insyallah berkat doa semua yang terlibat diharap perjalanan persiapan ini tidak menghadapi banyak masalah.

Bagaimana dengan persiapan sahabat-sahabat yang bakal mengambil bahagian didalam ujian ini? Diharap saudara-saudari telah membuat persiapan rapi kerana pada hari itu adalah hari anda semua dalam melakukan yang terbaik bagi menunjukkan bahawa anda telah faham & cekap diatas latihan-latihan yang telah diterapkan kepada anda oleh setiap guru-guru gelanggang.Selamat datang juga kepada ahli-ahli dari setiap pelusuk negeri yang bakal mengambil bahagian.Semoga dengan perhimpunan ini kita semua dapat menambah kenalan baru dan mengeratkan ukhwah sesama cikgu dan ahli.Insyallah seminggu sebelum berlangsung saya akan update lagi bagi kemudahan2 yang mungkin diperlukan oleh mereka yang hadir.

Selamat Maju Jaya kepada semua yang terlibat.Semoga anda semua berjaya.

Thursday, October 20, 2011

Buah Pukul (Bahagian 2)

Bismillahirahmanirahim..

Lian Padukan merupakan permainan tempur yang berasal dari permainan lama..Tanpa Lama Tiada Yang Baru.Modenisasi Buah Pukul bukan perkara baru malah sejak mula ia dikembang biak lagi ia telah mengalami pelbagai evolusi.Dalam konteks Lian Padukan ia telah dicipta oleh pengasas iaitu Allahyarham Mohamad Bin Chik a.k.a Pak Mat Kedidi untuk mengemaskan lagi sistem disiplin tempur Lian Paduka atau Buah Pukul Mersing itu sendiri.Umum mengetahui bahawa beliau merupakan salah seorang genius Buah Pukul dan telah berguru dengan ramai guru-guru Buah Pukul serta persilatan yang terkenal sebelum mengasaskan perguruan sendiri iaitu Lian Kacuk (nama sebelum Lian Padukan).
"Memperkemaskan yang longgar" itulah antara tujuan asal Pak Mat mencipta Lian Padukan.Beliau mengabungkan tunjang permainan asal dengan Tomoi.Dizaman beliau lagi ramai guru-guru sezaman beliau telah mempertikai originaliti dan tujuan beliau.Namun diatas iltizam dan semangat juang yang tak kunjung padam beliau meneruskan niat walau bergerak secara senyap.

Selepas Pak Mat Kedidi ia diwarisi oleh anak menantunya Allahyarham Abdul Razak Shariff a.k.a Razak Yahudi a.k.a Yak Daging.Walaupun tidak berkesempatan mewarisi perguruan namun sepanjang hayat beliau dipercayai terus menerus mengamalkan Lian Padukan.Beliaulah individu yang mula berani menggunakan nama Lian Padukan secara terbuka.Dipercayai ketika terpaksa meninggalkan perguruan dan mengasaskan Lian Harimau Kumbang aspek2 yang diterapkan didalam Lian Padukan terus diguna pakai didalam perguruan yang diasaskannya.Sekali lagi Lian Padukan mengalami evolusi permainan dizaman beliau kerana beliau banyak mengadaptasi serta menekankan seni atau disiplin tempur dari Korea,Jepun dan Buah Pukul yang lama bagi memantapkan lagi Lian Padukan.Beliau jugalah orang yang dipertanggungjawabkan oleh Pak Mat Kedidi melatih,mendidik dan mengasuh bakal Raja Buah Pukul yang baru iaitu Hashim Salleh (kini dikenali sebagai Ayahanda Dr. Hj Hasyim Salleh).Dengan meletakkan standard yang tinggi semasa latihan telah mempengaruhi pewaris kini meneruskan legasi beliau.

Ayahanda Dr Hj Hasyim Salleh merupakan pewaris terkini Lian Padukan.Beliau yang diberi amanah sekitar awal 1990an telah mengorak langkah yang terkehadapan dengan mendaftarkan perguruan ini diatas nama Persatuan Seni Silat Lian Padukan.Pendaftaran dibuat bersama anak muridnya iaitu Cikgu Azmi a.k.a Dato Paduka Azmi.Beliau yang juga pemegang tali pinggang hitam darjah kedua (taekwondo)banyak juga terdedah dengan pelbagai aliran dan disiplin senibladiri samada secara langsung atau tidak langsung.Yang pasti mula jatuh cinta terhadap Lian Padukan selepas tewas kepada Pak Mat Singa atau nama sebenarnya Syed Hussin Al-Idrus.Pelbagai evolusi permainan,pentadbiran dan kemajuan dilakukan oleh beliau bersama organisasi yang beliau pimpin ini.

Lian Padukan umpama sebuah evolusi kenderaan.sekiranya dahulu orang yang mempunyai kereta lembu berbangga kerana mempunyainya kini dengan peredaran zaman sudah tentunya BMW atau Mercedes menjadi kebanggaan.Samalah perumpamaan ini dengan permainan buah pukul yang lain.Lian Padukan is new form of Buah Pukul lineage.Ramai pengamal-pengamal Buah Pukul lama turut jatuh cinta termasuk penulis sendiri.

Wednesday, October 19, 2011

Buah Pukul

Bismillahirahmanirahim

Seni tempur Buah Pukul yang sangat popular di Johor dan kini mula merebak di seluruh Tanah air asalnya merupakan hasil gabungan 3 seni tempur.Dibawa oleh seorang pedagang /pendakwah dari Yunan,China iaitu Syed Abdul Rahman yang kemudian menurunkan ilmunya kepada 2 pendekar tersohor Johor ketika itu,Dato Awang Ali dan Pak Long Mohamad Yasin.Kedua-duanya merupakan pakar dalam disiplin tempur sendiri iaitu Awang Daik dalam Persilatan Sunting manakala Paklong Mohamad Yasin pula seni Sendeng.Hasil percambahan ilmu ini maka lahirlah Lian Paduka.Kenapa digelar Lian Paduka? ada beberapa versi mengenainya.

Pertama : Seni Lian Paduka dipelajari oleh Almarhum Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar yang turut mewajibkan setiap anggota Johor Military Force mempelajarinya.Baginda diasuh oleh Dato Awang Daik yang juga seorang majistret di Mersing.Lian Paduka hanya ekslusif kepada mereka yang berkhidmat dengan istana Johor.

Kedua : Secara kebetulan pula ia merupakan singkatan PADUKA ( Pukulan Awang Daik Untuk Keselamatan Anda)

Apapun ia berkembang dengan sangat pesat selepas itu berkat doa para mufti dan perkenan Tuanku Sultan Johor ketika itu.Oleh kerana Awang Daik dilantik menjadi majistret di Mersing dan ramai anak watan turut mempelajarinya sehingga ada yang menggelar permainanan ini Buah Pukul Mersing (melekat sehingga kini) manakala pewaris-pewaris dari sanad Paklong Mohamad Yasin yang berkembang biak di Muar dan Kluang menggunakan beberapa nama antaranya Gayang Lima,Lian Buah Pukul Timur,Lian Sendeng dan lain-lain.

Bagi Lian Padukan ia diwariskan permainan Lian Padukan semasa Allahyarham Pak Mat Kedidi berguru dengan ramai guru buah pukul dari kedua dua sanad ( Awang Daik dan Paklong Mohamad Yasin).Oleh kerana pencapaian luar biasanya beliau ketika itu beliau mewarisi Nukil Asal Buah Pukul dari Chu Aman.Dari situ Pak Mat Kedidi telah menambaik baik permainan hasil pengalaman dan ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru Lian Paduka dengan ilmu Muay Thai atau Tomoi menjadikan Lian Kacuk sebelum ia dinamakan Lian Padukan hasil cadangan Mufti Johor,Sahibus Samahah Dato Haji Ahmad Awang yang juga kekanda Allahyarham Pak Wahab Endau.Selepas itu nama Lian Padukan terus digunak pakai sehingga didaftarkan secara sah oleh Haji Hasyim iaitu pewaris Nukil Buah Pukul terkini bersama Dato Azmi dengan restu Pak Mat Kedidi yang ketika masih menjadi penaung perguruan sekitar pertengahan 1990an.

Kini ia diwariskan kepada Ayahanda Dr. Haji Hasyim Salleh selaku Mahaguru Utama Lian Padukan Malaysia.Dizaman kepimpinan beliau ramai jurulatih berkemampuan dilahirkan berlaku perubahan sistem pembelajaran sesuai peredaran zaman agar terus relevan.Banyak perubahan dan penambahbaikan bagi memantapkan Jurus dan Lian dibuat bagi memastikan evolusi permainan sentiasa segar dan evergreen.Pentadbiran perguruan juga diperkemas dengan perlantikan wakil Ayahanda Dr. Hj Hasyim di setiap negeri.Perubahan drastik dalam memodenisasi perguruan buah pukul ini hasil kerjasama berpasukan oleh setiap peringkat terutama wakil-wakil negeri yang dilantik.Mereka yang datang dari pelbagai latar belakang karier dan pendidikan telah berpadu bergabung tenaga,idea dan usaha bagi memastikan Lian Padukan sebuah perguruan buah pukul moden tanpa meninggalkan petua,rentak permainan serta prinsip-prinsip Buah Pukul lama.Maka sekiranya ada yang diluar sana masih sangsi saya menyeru agar tidaklah menjerit membabi buta tanpa fakta tetapi datanglah ke gelanggang kami diserata negeri untuk bermesyuarah dan mendapat penjelasan.

Sesungguhnya setiap pelatih Lian Padukan diasuh untuk menjadi warganegara yang baik dengan mempersiapkan diri menghadapi sebarang kemungkinan.Ilmu yang diasuh tidak pernah disuruh untuk pergaduhan tetapi apabila keperluan mendesak maka setiap pelatih sudah masak untuk menggunakannya tanpa ragu-ragu.Guru-guru Lian Padukan sentiasa berpesan " MUSUH JANGAN DICARI REZEKI JANGAN DITOLAK"

Sunday, August 21, 2011

Aksi Pertarungan Yang Efisyen & Cinematografi :The Expendables

Bismillahirahmanirahim...



Bila kita GANAS,KERAS DAN PANTAS barulah musuh tewas dan akhir kita puas..

Aksi petarungan yang ringkas ala militer.Persoalannya..adakah seni bertarung yang digunakan Anggota Tentera atau Pasukan Keselamatan tidak sama gaya & aksinya dengan seni pertarungan orang awam? kenapa ia begitu? apa bezanya?

sama2lah kita tonton & fikirkan...

Friday, August 19, 2011

Fist of Legend (Jet Li) - Final Fight.

Bismillahirahmanirahim..



Aksi-aksi pertarungan yang mantap dengan semangat juang yang tinggi & skill tarung yang mantap & efisyen..

Ada antara skil tarung yang digunakan mempunyai persamaan dengan apa yang terkandung didalam Lian Padukan.

Ayahanda Dr. Hj Hasyim pernah berkata bahawa Allahyarham Gurunya,Abdul Razak Sharif a.k.a Razak Yahudi berpesan Kita bertarung mesti " GANAS,KERAS & PANTAS" barulah musuh tewas.

Sunday, July 17, 2011

Street Fight Sytle : Simple & No Nonsense



Bismillahirahmanirahim..

apa yg terdapat didalam video ini merupakan teknik2 beladiri yang simple & No nonsense sama seperti buah-buah dalam Lian Padukan.

Tuesday, July 12, 2011

LATIH TUBI : 3SOME UNO






Bismillahirahmanirahim...

Ini adalah latih tubi bercorak game yang terdapat di Shah Alam.Saya mendapat ilham semasa menjalani latihan di Kelana Jaya dibawah asuhan & didikan Dr. Din Misai.Disamping itu mengembalikan nostalgia Buah Pukul semasa Awang Daik bergabung dengan Pak Long Mohd Yassin bersayembara dengan Abdul Rahman Yunan.

Ia membabit 4 orang terdiri daripada 3 individu pelatih yang diberi tag A,B & C serta memerlukan seorang Umpire.Ia juga diadaptasi daripada sistem permainan kad permainan UNO.Pelatih akan membentuk piramid & akan diberi arahan oleh Umpire untuk bersikap Pasang.Kemudian Umpire akan tembungkan pelatih A dgn B.Mereka berdua akan 'brawling' sehingga Umpire mengarahkan A vs C atau B vs C dengan menggunakan istilah2 yang terdapat didalam permainan kad UNO seperti reverse dan forward.

Latihan ini bertujuan melatih kesiapsiagaan setiap pelatih yang terbabit.Peka kepada setiap perubahan arahan & situasi serta disamping melatih kecekapan pengunaan senjata 8 melalui jurus 1-4.

Nota : Dilarang Meniru Aksi-Aksi Ini Tanpa Bantuan & Perhatian Guru.Bagi yang ingin mencuba adalah atas tanggungjawab sendiri.

Monday, July 11, 2011

Family Lian Padukan Shah Alam




Bismillahirahmanirahim..

Bersyukur kehadrat Allah s.w.t berkat doa & restu Guru-guru & sahabat saya kini Lian Padukan ranting Shah Alam semakin aktif menerima kehadiran adinda-adinda pelatih baru. Ada yang datang selepas menonton IpMan ada yang datang kerana Ong Bak..yang terbaru ada yang datang kerana KL Gangster..ada juga datang selepas dibuli rakan sekerja & sekelas..ada juga datang selepas bosan dengan gaya beladiri yang sama..pelbagai alasan diberi semasa sesi interview dijalankan...1001 alasan mengapa mereka mencari Lian Padukan.

Ada juga adinda yang datang umpama tuisyen sebelum menghalus dengan Pengerusi KL/Selangor kerana bimbang berasa rugi tak dapat menghayati apa yang diberi oleh beliau..apa jua alasan anda ke Shah Alam..Belajarlah bersungguh-sungguh kerana ia untuk anda sendiri gunakan.

Belajar Buah Pukul amnya Lian Padukan khasnya harus sentiasa berlatih sparring & brawling selain silibus-silibus yang ada bagi memantapkan & memaksimumkan tahap semangat juang,skil tempur anda serta helah.Buah-buah terbitannya sentiasa berubah-ubah sesuai dengan situasi & pengalaman petarung itu sendiri.Fancy boleh tapi jangan tinggal asasnya.Pegang asasnya terbitlah fancynya..Itulah yang sentiasa ditekankan oleh guru-guru saya.Jutaan Terima kasih semua cikgu-cikgu Lian Padukan khasnya kepada Kekanda Nasrul, Yang Dihormati Cikgu Nur Azhar (Kapar),Yang Dikasihi Guru Dr. Shahruddin a.k.a Dr. Din Misai dan tidak dilupakan Mahaguru Dr. Hj Mohammed Hasyim Hj Salleh.

"Sediakan Payung Sebelum Hujan agar bila Hujan Agar Hanya Kena Pada Tempat-Tempatnya Tidaklah Kuyup"

Wednesday, June 29, 2011

PENDAPAT PERIBADI (1): PERHIMPUNAN BERSIH

Bismillahirahmanirahim,

Saya berasa terpanggil memberi komen mengenai rancangan beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang ingin menganjurkan perhimpunan mega pada awal Julai 2011 bagi menuntut keadilan dan kesaksamaan didalam proses pilihanraya.Jelas ia adalah bermotif politik kerana pertama ia membabitkan pilihanraya.Sinonim & relevan antara keduanya.Tanpa parti politik susah nak bentuk kerajaan.Mustahil dalam senario real politik Malaysia kini Kerajaan Persekutuan boleh dibentuk oleh mereka yang bertanding atas Tiket BEBAS.Makanya ia masih bersifat politik walaupun dinafikan oleh penganjur. Tak mengapa penganjur juga adalah warganegara yang mempunyai hak bersuara & memilih kerajaan.Tetapi dalam timbal balik secara waras & matang pastinya banyak mudaratnya dari faedah.

Aspek Keselamatan Negara

Sudah tentu ia merupakan perhimpunan haram kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mengeluarkan sebarang permit perhimpunan setakat ini bagi tujuan perhimpunan.Perhimpunan yang mengumpulkan ramai orang ini pasti sukar di kawal kerana secara hakikatnya setiap manusia mempunyai tahap emosi & fikiran yang berbeza-beza maka ia subjektif untuk mengawal mereka apabila dalam perhimpunan besar ditempat awam.Sekiranya ia tidak terkawal makanya terjadilah rusuhan/pergaduhan besar yang pastinya membawa petaka yang dahsyat sekiranya ia berlaku.Kita pastinya tidak mahu peristiwa2 berdarah seperti tragedi 13 Mei 69 atau demonstrasi jalanan lain yang pernah diadakan berakhir dengan huru-hara serta tragedi berdarah.Ramai akan menjadi korban tidak kira didalam kumpulan penyokong gagasan dan juga pembankang gagasan.Negara juga melalui kerajaan Pemerintah pasti terpaksa mengeluarkan belanja yang besar bagi menampung operasi keselamatan dalam negeri ini.

Tuesday, June 21, 2011

Lianpadukan - Raja Buah Pukul Selatan



Bismillahirahmanirahim...

Inilah rakaman yang diambil dari program kelolaan RTM di TV1 tempohari.1 lagi rakaman sejarah mengenai permainan Buah Pukul Lian Padukan "Raja Buah Pukul Selatan".

Lokasi pengambaran dibuat di Gelanggang Induk-Rumah Adat Lian Padukan di Taman Johor Jaya,Johor Bahru.Pengambaran ini dibuat pada awal bulan Jun 2011.Terima kasih kepada semua yang terlibat kerana menjayakan program pengambaran ini.

Kupasan-kupasan yang menarik.

Selamat Menonton

Saturday, June 18, 2011

Lagi Banjir di Pusat Latihan LP Kelana Jaya

Bismillahirahmanirahim,

Saya tiba agak lewat semalam selepas selesai urusan kerja.Tiba di Kelana Jaya lebih kurang jam 11 malam.Setibanya saya digelanggang saya amat terkejut dengan kehadiran yang amat diluar kebiasaan..Alhamdulillah meriah kembali..

Ramai rakan2 datang bertamu menghalus permainan disini.Antaranya Cikgu Tokppin yang hanya mengiring anak2 muridnya dari SMART Dojo(Rawang),Ali Tocang & Geng serta rakan2 pelatih baru( dh 3 4 kelas jugaklah) dr kontigen Hong Leong Bank..amat terkejut & terharu semasa ketibaan saya disana,saya bertemu sua dengan guru Lian Padukan saya yang pertama iaitu Yang Dihormati Cikgu Nur Azhar dari gelanggang Kapar.rasa nak menitis airmata kerana amat lama kami tak bersua.Perasaan rindu kepada beliau terubat.Maafkan saya bersama adinda yang lain2 Cikgu Azhar kerana terlalu lama kami tak ke Kapar.Insyallah dengan program yang dirangcang kemudian akan terhapus lah hutang2 lama diharapkan..

Seperti biasa Dr. Din a.k.a amat bertenaga dalam penyampaian teknik2 buah gelanggang dan street (jalanan)..beliau sentiasa pemurah dalam menyampaikan ilmu..

Setelah tamat kelas latihan,seperti biasa kami bersantai sambil menikmati supper menu "Nan Cheese Garlic" c/w Ayam Tandoori payat..hahaha..Banyak juga gambar2 yang telah diambil oleh kekanda saya,saudara Nasrul a.k.a Cikgu Ha Lurus.Saya berharap semoga kehadiran seperti ini akan berkekalan..Insyallah

Latihan Shah Alam pada 15 Jun 2011

Bismillahirahmanirahim,

Pada hari Rabu yang lepas kedatangan pelatih2 amat meriah.Tetamu khas pada malam itu iaitu sahabat saya, Saudara Salleh.Pelatih2 yang hadir pada malam itu antaranya Hafizudin,Syed Rahmat,Amir Ganu a.k.a Semut Gata,Shahril Tato,Farid Skype,Syahmi Freestyler dll..

Pada minggu ni tetamu khas saya iaitu Saudara Salleh diberi penghormatan untuk mengendalikan kelas latihan.Beliau telah menurunkan ilmu dan pengalaman beliau serta berkongsi tips dalam melaksanakan buah-buah aplikasi didalam jurus 1 - jurus 3.Pelatih diberi latih tubi dalam semua pelaksanaan buah2 terbabit.

Banyak juga foto-foto sepanjang kelas berjalan diambil oleh Hafizudin.(Insyallah akan di upload sedikit masa lagi..)Para pelatih nampak puas dengan latih tubi serta tips-tips yang diberi oleh Saudara Salleh.

Diatas kedatangan Saudara Salleh kami di gelanggang telah mempersembahkan kepada beliau latih tubi yang namanya sedikit berbau kelucahan iaitu "Sparring 3some UNO"..dalam latih tubi ini kita memerlukan 3 individu pelatih yang akan bertempur secara dekat rapat yang senantiasa kena pasang sikap curiga,cemburu dan waspada diatas setiap arahan wasit/umpire..nak tahu bagaimana rupa latih tubi ni?? Silalah ke tempat latihan kami di Shah Alam pada setiap Rabu jam 9 mlm.

Kepada saudara Amir Ganu a.k.a Semut Gata yang bakal berangkat ke Sudan untuk memenuhi tuntutan tugas selamat pergi dan selamat pulang.Hati2 di rantauan..sentiasa cega,curiga & waspada serta tawakal kepadaNya..Insyallah kami doakan anda selamat disana.

Sunday, June 12, 2011

Persembahan Lian Padukan di Melaka Jun 2011



Bismillahirahmanirahim..

Pada 5hb Jun 2011 (Ahad) yang lepas Kontijen Melaka ada menjemput ahli2 Lian Padukan dari setiap pelusuk untuk sama2 menyertai Persembahan bersempena Festival Silat DMDI 2011.Rakaman diatas dihantar oleh salah seorang sahabat dalam dunia persilatan yang juga terkenal sebagai pejuang muda yang berhati kental serta berpotensi sebagai pemimpin dunia pemuda & persilatan iaitu YM R.A Abu Huzaifah atau nama penanya Purakesuma.Terima kasih saudara diatas usaha saudara.Insyallah tahun hadapan saudara pula bergelar Doktor (PhD) di bawah MAGMA.

Persembahan yang amat menarik dipimpin oleh Cikgu Norhizard atau lebih dikenali sebagai Cikgu Boy.Beliau yang juga Pengerusi Lian Padukan Melaka mempunyai gelanggan di Semabok,Melaka.Ucapan tahniah kepada mereka yang terlibat dengan persembahan.

Tuesday, June 7, 2011

HARI KELUARGA LIAN PADUKAN 2011

Bismillahirahmanirahim,

Melalui akaun Facebook (FB) saya ada menzahirkan cadangan untuk diadakan hari Keluarga Lian Padukan 2011.Ia mungkin peringkat Kuala Lumpur /Selangor tetapi sekiranya adanya sokongan yang kuat dari kekanda & adinda dari lain2 negeri seperti Johor ,Melaka & Pahang.Insyallah kami di Kuala Lumpur akan bersedia sekali lagi untuk menjadi host peringkat Kebangsaan.

Banyak cadangan tempat berlangsung(venue) telah dilahirkan dilaman fb..antaranya di Kuantan,Port Dickson,Lembah Pangsun(Hulu Langat) ,Taiping(Perak) dan Tasik Kenyir(Terengganu).Namun masih belum ada kata sepakat berkenaan tempat.Saya dengan kebenaran Pengerusi LP Kuala Lumpur/Selangor,Dr.Shahruddin a.k.a Dr. Din Misai akan menubuhkan sebuah jawatankuasa kerja bagi merancang & melaksanakan program ini.

Tarikh yang dicadangkan ialah pada 15hb Julai 2011 ( Jumaat) hingga 17hb Julai 2011 ( Ahad ).Program ini dicadangkan dibuat selama 3 hari 2 malam.Antara tentatif yang mungkin mengambil tempat dalam pengisian program ialah pertandingan paintball berpasukan,pertandingan kreatif Lian dan mungkin juga menjemput guru-guru buah pukul dalam memberi ceramah permainan.

Semoga tuan-tuan memberi maklumbalas segera yang positif dilaman Fb( Lian Padukan For All).Cadangan akan dibuka sehingga 20hb Jun 2011 (Isnin)

AKAN BERWAJAH BARU & SEGAR

Bismillahirahmanirahim,

Insyallah menjelang Julai blog ini akan berwajah baru dengan lebih paparan ilmiah samada dalam Buah Pukul secara Amnya permainan Lian Padukan secara khususnya.Paparan akan datang Insyallah akan diusahakan agar lebih bergambar & menarik.

Akan banyak memaparkan interview-interview bersama guru2 Buah Pukul & Lian Padukan agar generasi akan datang mengenali siapa & dimana guru-guru ini berada.

Turut akan dipaparkan aksi-aksi serta tips beladiri untuk kegunaan wanita dan pengawal2 keselamatan serta penguatkuasa undang-undang disamping Tips Keselamatan.Semua aksi Insyallah adalah adaptasi berasaskan Lian Padukan dan Buah Pukul.

Disamping itu akan turut memaparkan aktiviti mingguan Lian Padukan Laksamana ( Gelanggang Shah Alam) serta Sebarang pemberitahuan dan info terkini perguruan.

Semoga rakan-rakan diluar terus memberi sokongan sewajarnya kepada admin dalam menghasilkan paparan yang lebih inovatif,kreatif & segar..Akhir kata majulah Lian Padukan kearah kejayaan.

Monday, May 30, 2011

TAHNIAH LIAN PADUKAN

Bismillahirahmanirahim,

Saya bersama rakan2 ingin merakamkan ucapan tahniah & syabas buat Mahaguru Lian Padukan Malaysia,Ayahanda Dr. Hj Hasyim Hj Salleh ,Pengerusi Lian Padukan Kuala Lumpur/Selangor Dr. Shahruddin Ahmad a.k.a Dr. Din Misai dan Setiausaha Lian Padukan Malaysia,Guru Dr. Hishamuddin Aziz a.k.a Dr. Sham Giant diatas penganugerahan gelaran Doktor Persuratan (PhD) di Martialogist & Alternative Medicines daripada Asia Pasific Open University.

Kejayaan mereka harus dijadikan titik tolak untuk semua ahli Lian Padukan mengorak langkah kearah kejayaan dari setiap peringkat.Semoga tahun depan Lian Padukan akan terus melahirkan lebih ramai lulusan Masters & Doctorate..Insyallah.

TAHNIAH & SYABAS.

Sunday, May 15, 2011

SELAMAT HARI GURU




Bismillahirahmanirahim,

Sempena Sambutan Hari Guru pada setiap 16hb Mei,saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru Buah Pukul & Lian Padukan serta insan yang bergelar & berprofesion sebagai guru amnya..

Dalam Lian Padukan,Ia didedikasikan khas kpd :-

a) Cikgu NurAzhar Kapar kerana menjadi guru pertama memperkenalkan saya ilmu Lian Padukan

b) Guru Dr.Shahrudin Ahmad a.k.a Guru Dr. Din Misai guru yang banyak memperhaluskan permainan,tempat rujukan dlm banyak hal serta sebagai abang sulong Lian Padukan.

c) YM Ayahanda Dr.Hj Muhamammad Hasyim Hj Salleh selaku Guru Utama Lian Padukan Malaysia yang banyak memberi dorongan & perangsang agar lebih maju.

d) Rakan rapat Cikgu Nasrul,Cikgu Faizal & Tokpin & Cikgu Wana-cikgu & rakan senior yang sempoi & pemurah serta very helpful.

e) Last but not lease,Cikgu Sham-Cikgu Aimi & Cikgu Raziman yang turut sporting & pemurah ilmu & senyuman.Thanks A lot to all my teacher.

Kepada yang tak disebut anda juga berhak mendapat penghormatan yang sama cuma seperti yang saya nyatakan mengikut susunan merekalah antara yang pertama yang sangat-sangat saya hargai sebagai guru saya secara langsung.Akhir kata mohon maaf & mohon halalkan segala ilmu & pengalaman yang diberi & dikongsi.Kalian memang hebat.Selamat Hari Guru 2011 ikhlas daripada saya Juhann Laksamana.

Thursday, May 12, 2011

Muay Thai Chaiya

Bismillahirahmanirahim,

Saja Nak Share Ilmu & Minat :-

http://www.youtube.com/watch?v=r9_3KnaM35k&feature=related (Siri 1)
http://www.youtube.com/watch?v=6X1ZdX-Ut2c&feature=related (Siri 2)
http://www.youtube.com/watch?v=TPoBGguMa3o&feature=related (Siri 3)
http://www.youtube.com/watch?v=KytGNOoTSS4&feature=related (Siri 4)
http://www.youtube.com/watch?v=ThqHmp_uuOI&feature=related (Siri 5)
http://www.youtube.com/watch?v=_cIphf4cjGU&feature=related (Siri 6)

Elemen Lian Padukan : Muay Thai Chaiya



Bismillahirahmanirahim..

Lihat cara latihan tendangannya.Ada elemen yang menyerupai jintat,yem,simbur dan lain-lain lagi.Didalam Seni Muay Thai @ Tinju Siam Sekolah Chaiya antara yang terkenal melahirkan street fighter yang handal disamping Muay Thai sekolah Boran.mempunyai gaya-gaya permainan/buah-buah yang cantik & efektif.Diceritakan kpd saya bahawa Pelatih Chaiya diajar & dilatih brawlin lebih dari sekolah lain..similar to Buah Pukul.

Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat kepada kita.Insyallah

EKSKLUSIF : TEKS UCAPAN CIKGU DIN MISAI SEMPENA MAJLIS GRADING LIAN PADUKAN 2010 (BAH. 2)

Justeru itu diperingkat persatuan,perpaduan dan permuafakatan sentiasa dititikberatkan baik dalam penyusunan strategi pembangunan dan pentadbiran supaya kedaulatan mampu dikekalkan dan dipertahankan.Perpaduan dari perspektif Islam.Islam menyeru umatnya kearah perpaduan dan kesatuan.Sesungguhnya semangat bersatu padu membentuk umat yang menjunjung dasar persaudaraan.Firman Allah S.W.T bermaksud :-

" DAN BERPEGANG TEGUHLAH KAMU SEKALIAN KEPADA TALI ALLAH DAN JANGANLAH KAMU BERCERAI BERAI DAM KENANGLAH NIKMAT ALLAH KEPADA KAMU KETIKA KAMU BERMUSUH-MUSUHAN IAITU ALLAH MENYATUKAN DIANTARA KAMU(SEHINGGA KAMU BERSATU PADU DENGNA NIKMAT ISLAM) ,MAKA (JADILAH KAMU DENGAN NIKMAT ALLAH ITU ORANG ISLAM YANG BERSAUDARA)"
Surah Al-Imran,Ayat 103

Al-Quran juga menunjukkan kesan buruk persengketaan supaya menjadi pengajaran yang tidak wajar diulangi samada melalui bentuk penceritaan atau penyataan umum.Golongan berpuak-puak dan sering bersengketa dilabel sebagai perbuatan golongan musyrik.

Apa pun agama yang dianuti,rata-rata menyeru agar penganutnya melakukan kebaikan bersatu padu,berakhlak mulia dan melarang sebarang yang menjurus kearah kehancuran.Dengan perpaduan dan muafakatlah rancangan pada hari ini dapat kita adakan dan dijalankan.Ramai individu yang terlibatuntuk melaksanakan acara ini.

Persatuan Seni Silat Lian Padukan amat berterima kasih kepada semua AJK Kerja termasuk isteri-isteri kami yang setia dengan hobi kami.Kepada Encik Harizan,Encik Sairul & Encik Azmi selaku Pengurus Maintenance Residensi HELP.Sekalung budi jutaan terima kasih kerana mengadakan tempat /dewan ini.

BUAH PUKUL SEDIA MENANTI
PENUMBUK DI HULUR PERISAI DIBERI
LIAN PADUKAN SERING CURIGAI
APA NIAT MUSUH YANG BERDIRI
JANGKA DAN UKUR SIFIR DIBERI
ITULAH DIA PETUA BERDIRI


Akhirnya Selamat Grading Kepada Semua.Salam 1 Lian Padukan Salam 1 Malaysia

Assalamualaikum W.B.T

Thursday, May 5, 2011

LP Laksamana : Tabik Hormat Pahlawan Negara



Bismillahirahmanirahim,

Inilah akibat & harga yang harus dibayar oleh kita semua apabila negara berada dalam keadaan kucar kacir.Kita yang dilatih untuk menjadi petarung wajib mempertahankan maruah Agama,Bangsa & Tanahair dari dibinasakan oleh anasir-anasir petualang bangsa..

Kenangan Tragedi Serangan Bukit Kepong ini membawa perasaan amat mendalam bagi seluruh pasukan keselamatan negara serta ahli keluarga.Semasa ayahanda masih aktif dalam TLDM saya antara anak-anak yang sentiasa setia menanti ayahanda pulang dari menjalankan bakti negara.

Nenda sebelah bonda seorang pejuang sezaman Almarhum Kiyai Salleh diBatu Pahat yang menentang Komunis,Nenda sebelah ayahanda pula seorang pejuang melalui politik menentang Inggeris untuk kemerdekaan.Ayahanda saya pula seorang bekas pegawai tentera.maka darah yang mengalir didalam tubuh ini adalah darah pahlawan.Pesanan saya bagi diluar sana yang cuba bermain politik dangkal & jumud "Jangan Cuba Bermain Api.Jangan Menggadai Keamanan Yang Kita Kecapi demi meraih populariti murahan".Ambil contoh tragedi Bukit Kepong.Tanpa keamanan akan ramai yang terkorban..hindarilah..

LP Laksamana : Salute Royal Malaysian Navy 2



Versi Lama Lagu Rasmi TLDM

LP Laksamana : Salute Royal Malaysian Navy



Bismillahirahmanirahim,

Saya dibesarkan dengan lagu anthem ini semasa ayahanda saya masih dalam perkhidmatan aktif bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Selamat Ulangtahun TLDM.

PASKAL : KD PANGLIMA HITAM



Bismillahirahmanirahim,

Saksikanlah kehebatan Pasukan Khas Laut yang kini ditauliahkan dengan nama Kapal Diraja Panglima Hitam.

Wednesday, May 4, 2011

Tokoh Penting Dalam Seni Tempur Buah Pukul


Allahyarham Guru Mohamad Yassin Yunos a.k.a Long Mamat a.k.a Pak Long Mat Yassin



Allahyarham Dato' Awang Bin Ali S.M.J a.k.a Awang Daik Al-Hakim

Bismillahirahmanirahim,

Gambar diatas adalah 2 orang tokoh yang pernah suatu ketika dizaman pemerintahan Sultan Ibrahim Abu Bakar Al-Mahsyur (Sultan Johor Moden ke-2)menjawat jawatan penting didalam istana Sultan Johor.

Gambar diatas sekali merupakan Allahyarham Mohamad Yassin Bin Yunos atau dikenali sebagai Long Mamat oleh perguruan Sendeng Muar/Malaysia dan Pak Long Mat Yassin oleh semua pengamal Buah Pukul Mersing.Beliau dikatakan berketurunan Bugis dimana nasab keturunannya masih terdapat di Pontian Johor.Banyak versi tentang dirinya semasa hayat.Dikatakan beliau seorang pendekar terulung permainan Sendeng.Dipercayai menuntut ilmu kependekaran dari ramai guru-guru terkenal dengan ilmu kuntau dan sendeng.Turut diceritakan beliau masih menuntut ilmu bagi memperhalusi/menajamkan kemahirannya walaupun telah berguru dengan 39 orang guru sebelumnya.Beliau juga semasa hayatnya merupakan seorang ahli perdagangan yang terkenal di seantero kepulauan Melayu.Walau pun begitu kerja Raja tetap dikelek.Beliau mendapat mandat untuk menjaga keamanan Muar selepas dilantik Tuanku Sultan Ibrahim menjadi Pesuruhjaya Polis ( Johor Police Force a.k.a JPF) .Beliaulah yang bersama-sama Dato Awang Daik Al-Hakim diutus oleh baginda Tuanku untuk mencuba & menyudi kehebatan permainan Syed Abdul Rahman Yunan.


Manakala gambar dibawahnya ialah Allahyarham Dato Awang Bin Ali a.k.a Awang Daik dilahirkan sekitar tahun 1839 di Riau Lingga.Ayah beliau merupakan Cina Muslim yang telah bermastautin di Daik sejak 1800.Diwaktu kecil beliau menjadi anak angkat kepada Tok Penghulu Daik dan kemudian diperkenalkan oleh Sultan Mahmud Syah iaitu paman Sultan Ibrahim untuk dijadikan anak angkat tuanku.Sehinggalah beliau dikahwinkan dengan anak angkat baginda Daeng Aminah Daeng Dolok.Sejak kecil diasuh dan dilatih untuk mahir dalam permainan Sunting sehingga digelar pendekar.Oleh kerana beliau tidak suka dengan pemerintahan Belanda,beliau berhijrah ke Kampung Gelam,Singapura dan akhirnya diambil bekerja sebagai kerani didalam Pentadbiran Istana Johor.Pada 1888 beliau dihantar ke Muar untuk menjadi Inspektor didalam Perkhidmatan Polis Johor.dan kemudian menjadi Pesuruhjaya Endau (1906) dan Hakim di Mersing pada 1915 sehingga 1920an.Mempunyai hubungan yang sangat rapat & akrab dengan baginda Tuanku.Turut dipercayai pernah menjadi bapa mertua kepada baginda Tuanku.Beliaulah bertanggungjawab mengenalkan serta menjadi guru peribadi kepada Tuanku ilmu Buah Pukul yang dipelajari & diwarisi dari Syed Abdul Rahman Yunan.Setelah Tuanku mendengar perkhabaran tentang kehebatan seorang pedagang Cina Muslim yang bernama Syed Abdul Rahman,baginda mengutuskan beliau untuk mencuba & menyudi kehebatannya namun atas firasat beliau telah memohon untuk memabawa bersama sahabat baik beliau iaitu Long Mamat.Beliau juga merupakan pewaris Nukil Buah Pukul yang pertama yang ditulis tangan oleh Syed Abdul Rahman Yunan.Selepas beliau meninggal dunia pada tahun 1933 peranan beliau sebagai Guru Utama Lian Paduka diganti oleh Mohamad Yassin Bin Kubong a.k.a Pak Teh Mohamad Yassin Kubong.

Wednesday, April 27, 2011

Latihan Terakhir Sebelum Majlis Resepsi 1 Mei 2011


( Hanya sebagai tontonan umum)

Bismillahirahmanirahim...

Insyallah pada tanggal 1hb Mei 2011 Majlis Persandingan adinda bongsu lelaki saya,Omar Syaqif Sauffi dan pasangannya Cik Khairunissa Khiruddin bakal berlangsung di Dewan Serbaguna Pelangi Indah,Johor Bahru.Segala Persiapan akhir sedang dilakukan secara gotong royong kami adik beradik.

Saya juga sedang merangka langkah yang sesuai khas untuk majlis adinda tersayang ini.Dijangka dengan kehadiran Ayahanda Hj Hasyim serta keluarga Lian Padukan Johor serta Cikgu Din Misai sekeluarga akan lebih memeriahkan suasana majlis.

Kepada adinda yang juga pesilat Lian Padukan,Terimalah persembahan yang kekanda aturkan.Insyallah kanda doakan semuanya berjalan lancar & meriah.Selamat Pengantin Baru kepada bakal mempelai.

Thursday, April 21, 2011

LIAN PADUKAN & GERAK LIAN BERSAUDARA



Bismillahirahmanirahim..

Seni Silat Gerak Lian dibawah pimpinan Guru Utamanya Ayahanda Guru Nazri a.k.a Guru Pok Yee berpusat di Pahang.Mereka telah menghantar rombongan demo semasa Majlis Khatam 2009.Inilah suasana persaudaraan antara dua perguruan Lian.Semoga persaudaraan ini dibajai dengan kasih sayang & keikhlasan yang harmoni..

LIAN PADUKAN : Ayahanda Haji Hasyim & Dato' Azmi



Bismillahirahmanirahim...

Inilah rakaman berkat ilmu yang yakin dipelajari dalam Lian Padukan.

LIAN PADUKAN : Simple,Thoughtful & Artistic



Rakaman kedua yang mempamerkan permainan pantas & ganas Lian Padukan oleh Cikgu Azhar & Cikgu Aimi.Ganas,Keras & Pantas barulah Sasa & Bisa.

" Jangan Suka Terkinja-Kinja Apatah Lagi Dijual Dijaja Jangan Diumpat Jangan Dipuja Kurangkan Cakap Lebihkan Kerja"

LIAN PADUKAN : Simple,Thoughtful & Artistic



Bismillahirahmanirahim..

Inilah rakaman permainan pantas & ganas Lian Padukan oleh Cikgu Azhar & Cikgu Aimi di wasit oleh Cikgu Din Misai.Lihatlah kualiti permainan ini..Simple & Efisyen...

Kenangan Majlis Khatam 2009

Bismillahirahmanirahim,


(Bersama Ayahanda Haji Hasyim & Ayahanda Haji Raja Ali)


(Bersama Ayahanda Nazri a.k.a Pok Yee Gerak Lian & Cikgu TokPin)

Ini antara gambar2 yang sempat dirakam semasa majlis khatam ini.Ketika itu saya hanya pelatih peringkat 1 tetapi diberi peluang oleh Cikgu Azhar & Cikgu Din Misai untuk menghadiri majlis tersebut.Pada hari Cikgu Ha Simpul(Nasrul),Cikgu Faizal& Cikgu Tokpin (Ariffin) antara kenalan senior yang rapat dikhatamkan mengikut ishtiadat Lian Padukan.Pejam celik kini sudah 2011..Mungkin giliran saya dan rakan2 pulan dikhatamkan tahun ini..Sesungguhnya ini hari yang amat bermakna buat semua pelatih yang telah bertungkus-lumus selama lebih 2 tahun berlatih.Insyallah kepuasan akan tiba jika keikhlasan yang diberi..

DIAM-GERAK-GAYANG-RUAT

Bismillahirahmanirahim..

Apa maksud tajuk saya ni? Diam..Gerak..Gayang..Ruat? Apa ni? Ini lah formula Buah Pukul.Nak tahu lebih lanjut datang gelanggang Lian Padukan berlatih.Baru faham..

Friday, April 8, 2011

PhD & Rakaman RTM Lian Padukan

Bismillahirahmanirahim,

Sekalung tahniah dari Gelanggang latihan Lian Padukan Laksamana kepada Guru Utama iaitu Ayahanda Tn.Haji Hasyim Salleh dan Pengerusi LP Kuala Lumpur/Selangor iaitu Cikgu Din Misai diatas tawaran oleh MAGMA untuk membuat PhD didalam Seni Beladiri hasil kerjasama MAGMA dan OIUCM,Sri Lanka.Usaha ini harus diberikan kredit kepada Mahaguru Dr. Azlan Ghanie yang berjuang melalui majalah Seni Beladiri milik beliau sejak pertengahan 90an sehingga kini tanpa jemu.Kini Ayahanda Hj Hasyim & Cikgu Din sedang sibuk membuat thesis bagi tujuan tersebut.Khabarnya mereka berdua bakal konvo pada akhir Mei 2011.Sokongan penuh buat keduanya..

Saya juga diberitahu oleh Ayahanda bahawa pada Sabtu minggu hadapan iaitu 16hb April terdapat jemputan oleh RTM untuk membuat rakaman semacam program 'Gelanggang'.Diminta semua pelatih LP Kuala Lumpur/Selangor bersiap sedia dengan pakaian seragam lengkap pada hari tersebut.Tempat rakaman akan diberitahu kelak.Manakala pada 7hb Mei (Sabtu) pula sessi rakaman yang sama akan dijalankan di Rumah Adat Lian Padukan di Jalan Ros Merah Johor Jaya,Johor Bahru.Semasa disana rakaman akan disertai oleh seluruh kontijen tuan rumah,Johor.

Pelatih Baru : 3 Sahabat

Bismillahirahmanirahim,

Pada hari Rabu yang lepas latihan di Shah Alam berjalan dengan baik.Kali ini saya menerima pelatih baru yang merupakan 3 sahabat.Mereka adalah saudara Hafizudin,saudara Fitri & saudara Syed Ahmad Rahmat.Hafizudin berasal dari Perak,manakala Syed Rahmat dari negeri Jelapang Padi,Kedah dan Fitri anak watan Kuala Lumpur.Ketiga-tiga sahabat ini bermastautin di Sri Muda,Shah Alam.Syed Rahmat & Hafizudin merupakan teman sepejabat manakal Fitri pula bekerja di Northport(kalau xsilap).Pada malam itu juga saya berbesar hati menerima kunjungan hormat seorang sahabat iaitu saudara Amir Ganu a.k.a Semut Gata.Disamping pelatih tetap yang juga adik-adik angkat saya dari sekolah projek 11 iaitu Shahril 'Shah Tato' a.k.a Kunta Kinte(panggilan yg diberi Cikgu Din Misai a.k.a Guru Dr. Din Misai)& Syahmi Freestyler.

Oleh kerana terdapat pelatih baru,saya mengambil kesempatan untuk memulakan semula latihan dengan pengenalan senjata lapan serta jurus 1.Seperti yang ditekankan oleh Cikgu Din Misai Jurus 1 merupakan ibu pergerakan dalam Lian Padukan.Simulasi jurus 1 dilatih tubi sehingga setiap pelatih berasa selesa dengan apa yang harus dilakukan.Mereka (3 sahabat) agak terkejut dan gembira apabila disajikan dengan pertunjukan demo buah-buah aplikasi Lian Padukan.Feed back selepas selesai latihan merangkumi pelabagai sudut.Apa yang penting terpancar wajah puas dalam ketidakpuashatian( kerana mula latihan agak lewat selepas sessi suai kenal)apabila disajikan dengan demo tempur Syahmi & Shah Tato..

Adalah diharap mereka ini dapat meneruskan latihan dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas & redha' barulah datang kepuasan dalam latihan.Insyallah disessi latihan akan datang saya akan beri tumpuan di beberapa penekanan wajib.

Wednesday, April 6, 2011

Elemen Lian Padukan : Silat Sunting



Bismillahirahmanirahim,

Silat Sunting merupakan elemen asas yang dipadukan oleh Syeikh Abdul Rahman Yunan dibantu oleh Dato' Awang Ali @ Awang Daik Al-Hakim.Jika diperhatikan dengan jelas bahawa permainan ini menunjangi aliran buah pukul terutama Lian Padukan.

Selamat Menonton & Menimba Ilmu..

Elemen Lian Padukan : Tomoi @ Muay Thai



Bismillahirahmanirahim,

Allahyarham Mohamad Bin Chik a.k.a Pak Mat Kedidi telah memasukkan elemen Tomoi @ Muay Thai didalam Buah Pukul yang diasaskannya iaitu Lian Padukan.

Selamat Menonton & Menimba ilmu..

Rakaman Sejarah Lian Padukan oleh Program Gelanggang RTM




Bismillahirahmanirahim,

Ini adalah salah satu dokumen berharga bagi perguruan yang dipelihara sepanjang masa.Didalam rakaman video untuk program Gelanggang terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) ini terdapat banyak info-info mengenai Lian Padukan bermula biodata ringkas Pengasas Permainan,Definisi Permainan,Asal-usul permainan,HQ Lian Padukan dan lain-lain.

Dari video inilah saya juga bermula jatuh cinta kepada Lian Padukan serta saya pasti yang lain-lain sezaman dengan saya juga begitu sebelum lahirnya lebih banyak video-video perguruan.

Tuesday, April 5, 2011

Silat Sendeng (Pedang Perisai) - Arwah Cikgu Ismail Hj Hamzah.wmv





Bismillahirahmanirahim..

Ini adalah antara seni tarian perang melayu aplikasi pedang & perisai dalam konteks Seni Silat Sendeng Muar.Selamat Menonton..

Saturday, April 2, 2011

Preview Video Kursus Senjata Belantali Lianpadukan 2011







Bismillahirahmanirahim...

Belantali atau permainan belantan bertali mengikut ilham Ayahanda Haji Hasyim adalah sejenis senjata mempertahankan diri yang mudah diperoleh dimana-mana.Permainan ini juga amat berguna kepada Penguatkuasa Undang-Undang seperti Polis,Penguatkuasa Majlis Bandaraya serta Pengawal Keselamatan kerajaan mahupun swasta.Sebagai salah seorang operator syarikat keselamatan kursus seumpama ini amat bermakna dan berguna dalam melatih krew-krew keselamatan yang digajikan.

Permainan nampak sama seperti lain-lain perguruan namun apabila ia diamati gerak & gaya tetap berbeza mengikut citarasa pengasas permainan ini.Justuru itu saya berharap permainan ini diperkembangkan lagi serta diperbanyakkan kursus seumpama ini dibuka kepada mereka yang terbabit yang sering menggunakan Belantan sebagai medium senjata mempertahankan diri.

Catatan Cikgu Iskandar : Ayahnda Haji Hasyim Haji Salleh ( Siri 2)

Bismillahirahmanirahim...

( Catatan ini diambil dari blog Cikgu Iskandar Johor mengenai pengalaman & pandangan beliau bersama Ayahanda Tuan Haji Hasyim Salleh)

Salam Smua,

Nama aku Iskandar Dzulkarnain Bin Yahya lahir pada tahun 1970, dibesarkan di Kota Tinggi dari lahir sampai tahun 1977 baru pindah JB.Pindah di alamat 33, Jln. Bangau, Larkin Jaya, 80350, Johor Bahru. Masa kecik-kecik penah join Tae Kwan Do kat Tapian Gelanggang tapi tak abis pasal mahal, kesian kat bapak aku sebab dia yang bayo.

Bapak aku selalu citer pasal sepupu aku nama dia Syed Omar Syed Abu Bakar. Kalau dia datang rumah bapak aku sambut mesra. Bapak aku cakap dia belajo Buah Pukol Mersing.Sepupu aku kat Kluang Md. Shah Bin Mohd. Khalid pun balajo buah pukol Gayang 5. Tertanya-tanya aku masa tu ape menda ni Buah Pukol ni???

Nanti Mak aku pulak citer, aku ada Tok Sedara jiran aku pada masa tu di no 41, jalan bangau pun belajo buah pukol Mersing. Aku panggil dia Abang Din Mak Leha (Abang Noi Gerak Singkir).

Memembe aku pun bagitau kat belakang rumah aku kat area Jln. Punggok tu ada gak cikgu buah pukol nama Pak Talib Nik. Aku slalu gak nampak Ayahanda Cikgu Hj. Hasyim pegi rumah Arwah Pak talib naik mercerdes merah JBG6. Masa tu aku masih muda remaja lbh kurang umur 15 tahun...

Perghhh.... Bagus sangat ke buah pukol ni???

Aku tak kisah la... Aku ada keje banyak tempat tuko-tuko keje. Aku mekanik masa tu, aku kawan pulak ngan brade ni nama Rahim Md. Esa. Dia customer bengkel aku keje. Kawan-kawan aku pulak bagitau dia belajo buah pukol. Aku pun tanye dia buah pukol tu camne? Dia suruh aku tumbok dia kuat-kuat, telentang aku bile dia 'ketis'(Dia cakap) kaki aku pakai kaki dia. laju nya... Rupa-rupanya ganaz buah pukol ni memang patutu la dia disebut-sebut slalu...

Pada masa yang sama kawan-kawan aku Hj. Kitol, Zafiz, Amy Dancer, Boy(sekarang ni Cikgu Boy),Fifi dan ramai lagi pun main gak buah pukol. Kawan aku Wan (Anak kepada Pak Mail Tarzan) satu worksyop ngan aku keje pun main buah pukol, aku pun penah tanye dia. Bila tanya dia pun kasi aku cukup-cukup.... Maka ternyata la keganasan nya.... Tapi aku tetap tak join pegi belajo sebab takut, membe-membe aku bagitau time diaorang belajo diaorang kena blasah betol-betol tak main-main.

Nak jadikan citer masa aku keje kat SWM aku jumpa 1 brade ni sama-sama department nama dia Sabaruddin Md. Dali, lepas je masa keje nak balik nanti dia stat la citer pasal buah pukol. Aku tanye dia ada belajo ke? dia cakap ada. Dia ada abang angkat nama Abang Din Gondrong. Dia cakap, masa zaman dia tu ada banyak perguruan dia join tapi bile dia ikut abg angkat dia bawak gi belajo buah pukol dia terus jatuh cinta ngan permainan yang berbeza dia cakap. Aku tanya dia belajo ngan siape? Dia cakap dia belajo ngan Abg Hasyim(ikut abg. angkat dia) tapi curi-curi belajo ngan Pak Mat Kedidi dan arwah Yak.

Dia bagitau aku yang paling ganaz arwah yak, dia belajo ngan Abg. Hasyim sampai beralih kepala lutut dia kena ngan abg Hasyim. Pak Mat Kedidi ajo dia macam-macam dia bagitau.

Tahun 2006 aku dapat keje kat Shah Alam, aku dah nak kawin dengan bini aku yang aku knal kat SWM. Masa tu pas keje takde aktiviti jadi aku tekad nak gi gym dan belajo silat. Pilihan aku masa tu silat Sendeng. Aku surf internet ada kelas kat seksyen 19 tapi bila kol dia bagitau dah tak buat gi kat situ, jadi aku gi la cari Gym. Aku keje kat seksyen 13, jadi masa aku jalan-jalan cari gym aku jumpa tempat ni lat-lat 2 buah kedai pas opis aku keje. Aku tengok macam gym, jadi masa aku naik tangga nak gi tanye aku tengok ada gambo-gambo orang bersilat kat tepi dinding... Dalam hati aku cakap macam kenal je stail ni... Malam tu aku terus datang, aku jumpa Abg Din Misai. Aku tanye dia ni buah pukol dari Johor kan? Dia jawab ya. Hari latihan yang seterusnya aku daftar dan join.

Setelah transfer JB aku smbung blajo kat gelanggang Johor Jaya di bawah Cikgu Hasyim Bin Hj. Salleh sampai la Khatam dan masa tu baru aku tau aku ada kena mengena gak ngan isteri Hj. Hasyim iaitu Kak P tapi sekarang Anti P. Bila aku jumpa balik brade aku abg Din MPJB tu, dia cakap permainan abg Hasyim tu la permainan arwah Yak. Jadi rupa-rupanya aku belajo ngan Hj. Hasyim ni maknanya aku belajo dengan "The Very Best Of The Best".
itu la sebab Buah Pukol jadi pilihan dan sekarang ni telah didaftarkan dengan nama "Lian Padukan" tapi tetap ngan permainan buah pukol, tidak di ubah malah di tambah.

Catatan Cikgu Iskandar : Ayahnda Haji Hasyim Haji Salleh ( Siri 1)

Bismillahirahmanirahim...

(Catatan ini adalah dipetik daripada blog Cikgu Iskandar Johor.Ikuti catatan beliau mengenai pandangan & pengalaman berguru dengan Ayahanda Tuan Haji Hasyim Salleh)


Kenapa The Best Of The Very Best, The Best From The Rest?
Salam Smua,

Aku nak citer pasal sejarah hidup cikgu aku Ayahanda Cikgu Hj. Hasyim Bin Hj. Salleh. Kalau orang nak mintak keje, orang tu mesti qualified nak wat keje-keje tu. Sebelum orang tu di terima berkerja majikan akan menyiasat latar belakang dan kelulusan bakal pekerja tu, itu sebab ada sesi suai kenal,skil komunikasi dan temuduga.... Aku nak guna pakai Bahasa Melayu supaya orang paham, bukan tak terer Bahasa Inggeris... Paham tak???

Haji Mohd. Hasyim Bin Haji Salleh dilahirkan pada 18 September 1962 di Batu 16 1/4(Suku), Kg. Solok Duku, Mesjid Tanah, Melaka.

Kelayakan:

Pada masa kanak-kanak telah belajo silat pulut, mengaji dan bab Usuluddin dengan saudara beliau Tok Abang Jalil pastu dengan Tok Arif. Pada umur 8 tahun beliau telah belajo Silat Sendeng Buah Melaka Pukulan Kaedah dengan Cikgu Hj. Kassim bin Md. Noh di Melaka.
Pada tahun 1975-1976 beliau belajo Silat Kalimah Sakti dengan arwah Cikgu Ahmad Bin Kahar di Kg. Kastam dan Cikgu Hj. Aziz Osman (Pak Aziz Telekom) di Kg. Bendahara Johor.

Pada sekitar tahun 1977-1980 beliau belajo Tae Kwon Do dengan master - master sekitar Negeri Johor dan Singapura sehingga black belt. Silat Kuning-kuningan dengan Arwah Hj. Husin di Plentong.

Pada tahun 1978-1979 Silat Cimande dengan Arwah Wak Saipan. Silat Membujur Lalu Melintang Patah dengan Arwah Yusuf Bin Osman @ Atan bin Osman( Gelaran Atan sembilang , Atan Bomoh) sehingga Khatam setelah 3 bulan 10 hari belajo. Ia adalah gabungan dari silat sendeng, sunting dan silat pulut yang telah diasaskan di Jasin Melaka oleh Dollah Sendo.

Ayah beliau adalah dari keturunan Al-Masyur, Yaman dan dari keturunan Kesultanan Pagar Ruyung sebelah ibu beliau.

Oleh kerana minat beliau terhadap "Seni Mempertahankan Diri" bapa beliau telah memperkenalkan beliau dengan Syed Ahmad Syed Hussin Al-Idrus (Pak Mat Singa) iaitu adik saudara kepada bapanya.

Beliau telah dicabar oleh Pak Mat Singa maka belaku lah pergelutan yang mana beliau telah kalah walaupun beliau mendulu mahupun menunggu. Beliau dan pak mat telah bergelut dalam bas pada masa itu. Maka disini lah bermulanya penglibatan Ayahanda Guru Hj. Hasyim Bin Hj. Salleh dalam Buah Pukol Mersing. Dalam masa 1 hari saja beliau telah dapat menguasai Lian 1-4. Pastu pak mat perkenalkan pula beliau dengan cikgunya iaitu Pak Mat Kedidi dan arwah telah menyuruh beliau belajo dengan Razak Sharif di no 47, Jalan Serampang, Taman Pelangi. Pak Mat Singa pernah belajo dengan Pak Mat Belantik dan selepas itu dengan Arwah Pak Mat Kedidi dan Arwah Razak Yahudi.

Kenapa dapat gelaran Razak Yahudi? Kerana permainan nya yang ganas, tiada belas kesian dan kejam dari situ lah beliau dapat gelaran nya.

Kata-kata beliau:
Untuk kepuasan mestilah Ikhlas dan elemen-elemen nya adalah ganas, keras dan pantas erti kata lain dalam Lian Padukan mestilah belatih dengan ganas, keras, pantas dan tangkas barulah musuh tewas.


Pada 1982-1987 beliau Hj. Hasyim belajo dengan Arwah Yak. Arwah Pak Mat kedidi ketika itu bertugas sebagai Sarjan Mejar Polis Special Branch dan tinggal di berek polis di Jln. Pahlawan, Yahya Awal sekarang ni Saujana Condominium dan tak berapa lama kemudian berpindah ke Tmn. Sri Skudai.

Pada 1982 beliau telah belajo dengan Pak mat Samurai di Mersing dan atau pak mat sendiri berkunjung ke rumah Hj. Hasyim.

Antara tahun 1982-1987 antara guru-guru yang telah beliau telah pelajari atas saranan arwah yak untuk tujuan mendalami, membuat kajian dan membaik pulih ialah:

Salah satu nya ialah Pak Andak Wahab di Larkin Jaya ketika pak andak tinggal di rumah saudara beliau di Jln. Ketitir iaitu Datuk Hj. Md. Awang Mufti Johor ketika itu yang juga pengamal Buah pukol Mersing. Beliu juga adalah orang yang bertanggungjawab memberi nama iaitu "Lian Padukan: Pada Tuhan Diserahkan Keselamatan Anda". Ayahanda juga pernah berguru dengan Arwah Datuk dalam bab-bab agama dan usuluddin.

Dengan Pak Atan air batu di Malay Club House Kluang ketika pergi dengan arwah Yak. Ketika ayahanda berkawan baik dengan Yahya Endau yang berkerja sebagai pembantu makmal di Sekolah Saint Joseph Private, Yahya telah kenalkan beliau dengan Pak Talib Nik di Jln Punggok Larkin Jaya. Beliau dapat belajo Lian 1-8 kerana arwah Pak Talib Nik meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan. Ayahanda juga kenal dengan anak beliau Aishah dan suaminya Zul.

Pada tahun 1985 beliau berguru pula dengan Pak Raja Ali Bin Raja Salleh (Pak Raja Gayang 5), duduk di Peserai menjadi bertugas sebagai Post Master. Bersama-sama beliau yang pergi berguru ialah Guru Besar Batu Pahat High School iaitu arwah Cikgu Dollah Bin Jaip dan Post Master Batu Pahat En. Faisal. Potong limau dan mandi Tali Air Padang Golf Batu Pahat.

Pada Tahun 1985-1987 ayahanda telah berguru dengan Pak Majid Klinik dijalan Budiman Kg.Melayu. Ketika itu beliau adalah Pengawal di Sekolah Convent JB dan setiap hari Rabu ada kelas dirumah arwah Yak, oleh kerana sempena peristiwa ini beliau telah menetapkan setiap dri Rabu adalah hari latihan di Gelanggang Johor Jaya sehingga sekarang.Pada September 1987 ayahanda Hj. Hasyim di Khatam oleh Arwah Pak Mat Kedidi. Sebelum itu seramai 5 orang telah di khatam kan iaitu Mastam (Tanjung Resam), Omar Bank UMBC (Singapura), Hj. Yusuf Idrus adik lawyer Idris(Taman Sri Amar) dan Pak Mat Singa.

Pada Disember 1987 beliau berkahwin dengan Hajjah Fifi dan menumpukan perhatian kepada perniagaan beliau iaitu Syarikat Pengakutan Pasir Gudang Bus Service (PGBS). Sebagai Managing Director di Syarikat tersebut yang mempunyai 85 buah bas dan pekerja lebih dari 200 orang.

Pada tahun 1995 Menteri Besar Johor dan MPJB mengarahkan smua syarikat bas bergabung dan ayahanda membuat keputusan melepaskan Syarikat kepada Konsortium Transit Link. (Tak Mustahil lah ayahanda ada banyak rezekinya)

Arwah Pak Mat Kedidi dengo kisah ini lalu memanggil ayahanda dengan bantuan Hj. Yusof Idrus menjadi orang tengah nya dan beliau telah dipertemukan pada hari jadi arwah pak mat.

Pada hari Ahad 11.5.1997 pukol 9 pagi arwah pak mat kedidi telah menyerahkan Nukil di hari perasmian Gelanggang Kangkar Pulai. Untuk kenang-kenangan pak mat telah megajak ayahanda ke Rompin berjumpa dengan Arwah Anjang Ibrahim. Anjang Ibrahim telah merestui menjdi saksi peristiwa serahan Nukil tersebut sebelum meninggal dunia pada Magrib. Arwah Anjang Ibrahim adalah pengamal Buah Pukol saing-saing zaman Chu Aman. selepas itu mereka menziarahi pula Arwah Pak Jusoh Bin Buyong Kaka Buah Pukol Mersing Pak Anjang Ibrahim.

Pada 20 Julai 1999 arwah Pak Mat Kedidi telah mengangkat sumpah di hadapan pesuruhjaya sumpah Hj. Hamid Bin Hj. Hassan tanda penyerahan nukil tersebut di saksikan oleh Dato' Azmee Hj. Ismail.

Kalau kita sama-sama baca, kaji dan hayati sejarah ayahanda Hj.Hasyim dan dengan minatnya terhadap Seni Bela Diri maka kena lah dia ngan tajuk artikel ni, cuba kita tanya pulak pada diri kita sendiri ni adakah kita orang yang layak untuk Teraju Buah Pukol??? adakah kita layak untuk Teraju Lian Padukan??? Apa kelayakan yang kita ada??? Saiz baju pun tak sama bang ini kan kasut...cuba renung-renungkan.

Dan sejak dari penyerahan nukil dan Lian Padukan kepada ayahanda Hj. Hasyim Bin Hj. Salleh secara rasmi inilah bermulanya dugaan demi dugaan sehingga hari ini. Kerana sikap tidak puas hati rakan seperjuangan maka diantara mereka ini yang pernah menjadi sahabat baik dan anak murid ayahanda sanggup menabur fitnah, mencaci, menghina Lian Padukan serta menghasut Arwah Pak Mat kedidi sehingga terputus Silaturrahim ayahanda dan gurunya sebagai pengasas Lian padukan...


Ingatlah pesanan nabi: Barangsiapa yang memutuskan silaturrahim akan masuk Neraka.


surah Al-Bakarah ayat 191 bermaksud: Dosa memfitnah adalah lebih besar bahayanya dari Pembunuhan.


Tetapi dengan berkat doa, usaha dan keihklasan ayahanda, guru-guru dan murid-murid dalam Lian Padukan maka tetap berdiri teguh dengan prinsip:


" SENJATA LAPAN, GAYANG LIMA TA' LIAN PADUKAN HILANG DI DUNIA."

Catatan Pengalaman Seorang Guru Lian Padukan

Bismillahirahmanirahim

(Artikel ini merupakan sebahagian yg dipetik dr blog sahabat(Liannewskool).kredit harus diberikan kepada beliau kerana menyimpan artikel yang kemudian bakal menjadi dokumen sejarah perkembangan Lian Padukan)

kisah ini bermula begini...

assalaamualaikum w.b.t. terlebih dahulu ingin saya memperkenalkan diri, nama saya yang sebenar ialah zaharruddin bin alias tapi panggil saja saya (abang) din gondrong kerana nama itu diberi sendiri oleh pakmat kedidi masa tu pada tahun 1985. ketika tu saya mula mengikuti kelas lian padukan yang dipimpin oleh arwah razak bin syarif (menantu arwah pakmat) di gelanggang dewanraya kampong melayu majidi. oleh kerana pada masa tu trend menyimpan rambut panjang, maka dengan itulah saya digelar din gondrong oleh pakmat kedidi.

beberapa hari yang lepas saya telah dihubungi oleh taiko - taiko lian padukan kuala lumpur, mereka menyuruh saya buat kenyataan dalam website ni (cvt harmoniser). pada mulanya saya tak ingin kerana kita kan dah ada website sendiri kenapa nak menyibuk masuk web orang lain? tapi pasal yang suruh ni pun orang alim, maka saya sanggup buat apa saja untuk maruah pakmat kedidi dan lian padukan insyaAllah.

di sini saya mengambil kesempatan untuk menjawab semua kemusykilan pasal lian padukan. cuma saya harap jangan pula ada yang berkecil hati atau tersinggung dengan kata - kata saya nanti.

kenapa ada di antara kamu yang mengatakan lian padukan johor bahru dah tutup? salah tu, saya masih aktif, malah kelas saya semakin bertambah dan keahlian di taman tun aminah skudai, dan kelas di rumah haji hasyim di johor jaya memang tak pernah tutup. tiap - tiap hari rabu masih ‘on’ malah sudah bersilih ganti murid – muridnya. kerana haji hasyim ajar cepat dan dia cuma ajar intipati lianpadukan sahaja sebab itu orang suka pergi belajar dengan dia.

cuma masalahnya almaklum maklum aje lah tuan haji kita tu jarang - jarang ada rumah. sibuk memanjang. orang ada lebih orang rumah lah katakan, saya pun geram jugak dengan dia tu. kalau nak jumpa kena buat appointment betul - betul kalau tak, jenuhlah kita duduk menunggu di rumah dia. nasib baiklah saya rapat dengan anak - anak dan isteri - isteri beliau, kalau tak bosan jugak kerana kadang - kadang dia tak balik - balik langsung, kalau hari sabtu ahad jangan harap dia ada di rumah lebih - lebih lagi sejak dia sudah jadi ahli kelab motor kembara tengku mahkota johor, sikit - sikit pergi istana lah, tuanku titah lah.

jadi oleh kerana dia selalu tak ada di rumah, orang - orang ingat dia dah tutup kelas buah pukul nya, oh tidak! lian padukan itu adalah seperti nyawa dia sendiri. saya tahu lah kerana saya dah berpuluh tahun berkawan karib dengan dia, bukan tutup cuma dia dah tak berapa aktif berpersatuan lagi sejak persatuan lian padukan johor dipecah belahkan oleh pengkhianat - pengkhianat dan lakhanat - lakhanat yang tak tahu mengenang budi dan tak sedar diri.

ok kita bukak cerita pasal ada pula orang pandai – pandai nak menuduh pakmat kedidi tu penipu. tahu tak awak semua bahawasanya pakmat kedidi tu sebenarnya genius buah pukul? fikiran beliau yang canggih, kreativitinya belum ada lagi guru - guru buah pukul yang ada pada hari ini dan yang hidup sezamannya, masyaAllah, belum ada lagi yang boleh menandinginya lagi dari segi ketangkasan, kepandaian, kecantikan lian dan kepaduan. pendek kata segala apa yang dilakukan, adalah semakin memperbaiki dan semakin menaikkan lagi taraf darjat buah pukul. saya bukan nak mengampu atau membodek pakmat kedidi tetapi apa yang saya katakan ini adalah ikhlas kerana Allah, sebelum saya menyertai lian padukan, saya dah berguru dengan ramai guru - guru buah pukul. maklumlah johor dulu - dulu kan sarang buah pukul, salah seorang guru saya ialah mat belantek, budin pawang buaya dan hasan husin pandan.

alhamdulillah saya belajar dengan mereka semua sampai habis ke semua lian fesyen lama yang awak semua kata original. ok saya tak nafikan memang buah pukul mersing pesen lama memang ‘very best of the best’, akan tetapi apabila saya telah memiliki lian padukan subhanallah, rupa - rupanya ilmu yang Allah kurniakan pada pakmat kedidi jauh lebih ‘advance’ dari bekas - bekas guru lama saya.

walau macamanapun sebelum saya berguru dengan pakmat kedidi saya telah mendapat kebenaran terlebih dahulu dari bekas - bekas guru lama saya. malah guru - guru lama saya dengan penuh keikhlasan memuji - muji pakmat kedidi kerana mereka awal - awal lagi dah mengetahui siapa sebenarnya pakmat kedidi, kerana mereka juga pernah seguru buah pukul mersing dengan pakmat kedidi dan di masa itulah mereka diberitahu oleh guru – guru terdahulu seperti chu aman, sani abu samah, awang langgar, awang tarip, mandor hamzah, ali pokching dan ramai lagi. semua mereka - mereka ini pernah menjadi guru kepada pakmat kedidi dan mereka - mereka ini lah yang membuat pengakuan bahawasanya pakmat kedidi adalah pilihan illahi.

malah nama gelaran kedidi itu pun diberi sendiri oleh pakcik sani bin abu samah kepada pakmat kedidi kerana kepantasannya ibarat burung kedidi mematuk padi. sebenarnya di antara rakan - rakan seperguruan pakmat kedidi dulu - dulu pun memang tak dinafikan ada yang ‘jealous’ dengan pakmat kedidi. maka apabila ada peluang untuk nak mengutuk, mereka - mereka ni tak nak lepas peluanglah nak mengutuk dan cuba untuk menjatuhkan nama pakmat kedidi kerana mereka sedar yang pengaruh pakmat kedidi semakin merebak. tapi tak semua yang membenci pakmat kedidi malah ramai lagi guru - guru buah pukul mersing masih tabik lagi pada pakmat kedidi.

macam ni lah, kita yang muda - muda ni kita ambil jalan penyelesaian. begini, cuba kita renung - renungkan kenapa Allah gerakkan pakmat kedidi buat ni semua? mesti ada sebabnya, tapi janganlah pula awak tuduh dia nak cipta nama lah, nak glamour lah dan macam - macam lagi awak nak tuduh dia, tidak kah awak terfikir suatu ketika dahulu orang melayu tak pakai baju, tak tahu baca buku, berak tepi sungai tak ada tandas yang sempurna dan macam - macam lagi kekurangan, sedar tak itu semua? tapi semakin hari kita semakin bertambah maju.

baiklah saya nak awak semua kenang dan ambil iktibar dari apa yang dah dilakukan oleh pakmat kedidi, itu sebenarnya adalah satu pertambahan dan mungkin beberapa perubahan akan tetapi syukur alhamdulillah pakmat kedidi tak lari dari realiti malah tetap dengan identiti buah pukul iaitu "hendak mengena taknak kena" tetap dengan penumbuk dan perisai sebagai lambang buah dan pukul, kelebihan yang ditambah oleh pakmat kedidi ialah kalau masa saya belajar buah mersing dulu, bila kita tumbuk orang tepis kita lapis, tapi konsep lian padukan pula lain, caranya iaitu orang tak tepis pun kita tetap lapis punya, sebab bila kita titik perisai dah sampai dan lagi dalam soal gelek lian, ada tak awak perasan cara buah pukul dulu menggelek masuk, dengan cara lian padukan menggelek masuk. agak - agak siapa punya cara lebih efektif?

kalau awak semua paham apa yang dimaksudkan dengan "dua gerak tiga ruat" awak perhatikan betul - betul bukan saya nak menyalahkan buah pukul mersing, tapi kalau betul kenapa tak buat? kenapa tak ada? kenapa tak ajar? maknanya dalam hal ini siapa yang menipu? kalau lah awak orang semua kata dalam buah pukul mersing dah ada semua ni ya! ya! ya! tapi kenapa saya tak diajar masa saya khatam buah pukul mersing dulu?

tak payah lah nak membebel. main tekpi pun banyak yang tak reti, tapi gantung tekpi banyak pulak kat dinding. kalau pun yang dah pandai mengajar pusing - pusing tekpi tu pun, tanyalah, dia belajar dengan siapa? pakmat samurai sendiri pun belajar dengan pakmat kedidi tau tak?

dulu - dulu kala memang di johor buah pukul mersing adalah yang terbaik kerana turut dipelajari oleh ke bawah duli yang dipertua seri maharaja temengong sultan ibrahim, tapi sedar dan tahu tak awak semua asal usul buah pukul mersing?

buah mersing adalah berasal dari buah sunting dan buah sendeng yang mana sunting adalah dibawa oleh awang daik dari riau dan sendeng pula dibawa oleh pak long muhamad yasin yunus dari muar, kedua - dua ilmu pendekar - pendekar ini telah digabungkan oleh seorang wali Allah iaitu syed abdul rahman bin syed abdullah al yunani di bumi mersing maka jadilah namanya buah pukul mersing, sebenarnya sendeng dan sunting asal - asalnya adalah adik beradik tetapi oleh kerana tok bertuah kemenyan mempunyai salahsilah sampai riau maka cara permainan nya dah nampak ada perubahan, maka orang riau yang mana salah seorang dari keturunannya iaitu daeng raja haji bin raja tahlil panggil sunting dan di sebelah muar dan melaka pula iaitu salah seorang dari keturunannya iaitu dato beremban keturunan dato panglima untut pula panggil sendeng.

tapi walau sehebat mana sekalipun ilmu sendeng dan sunting kenapa boleh tersungkur dengan seorang yang sangat tua macam syed abdul rahman tu? maka di sini awak semua kena sedar cukup - cukup dan buat kajian sedalam - dalam serta bermuhasabahlah dalam keadaan bertafakur, insyaAllah awak semua akan mendapat jawapannya!

jadi mulai hari ini saya menyeru awak semua pencinta buah pukul mersing janganlah kita saling caci mencaci sepatutnya kita semakin bertambah erat sesama kumpulan buah pukul, saya bagi contoh pada awak semua. ya, awak tahu tak haji hasyim tu walau pun dah bertaraf guru utama malah orang kanan pakmat kedidi dan lagi sebagai pewaris lian padukan pulak tu, tapi awak semua tahu tak dia tetap menghormati semua guru - guru buah pukul mersing. malah dia sangat rapat dengan pak raja G5, ayahanda atan majid buah pukul mersing dan pakmat samurai senjata 8, saya rasa ini satu contoh yang sangat baik yang telah ditunjukkan oleh haji hasyim jadi apa salahnya kalau kita semua berbaik baik? dan yang paling baik lagi jangan lah kita sentiasa sombong dan angkuh dengan kita punya buah pukul tu tak kan kemana - mana pun.

jadi jangan lepaskan peluang belajarlah, tambahlah apa saja yang mendatangkan menafaat, ikut contoh pakmat kedidi pula iaitu satu padukan apa yang kita dah pelajari takpe asalkan identiti tak lari dah lah, so camna? jom lah datanglah 'joint' pulak lian padukan dan rasakan kelainan daripada keaslian, insyaAllah akan ada keberkatan, saya teringat sabda nabi besar junjungan kita dalam salah satu hadisnya berbunyi "tolabul ilmi minal mahadi ilal lahadi" so kalau ada lah guru - guru yang melarang anak buahnya pergi berguru dengan guru lain atau tak izinkan muridnya belajar dengan orang lain. itu bermakna 'there must be something wrong', kemungkinan gurunya angkuh atau malu dengan kekurangannya. wallahualam bis sawaf.

baik lah hari pun dah jauh malam saya rasa saya nak mengundur diri dulu tapi sebelum tu saya nak bocorkan sedikit rahsia, kerana saya pun umur dah lebih 45 tahun maka saya rasa tak elok lokek - lokek.

jadi di sini saya nak bagi tahu lah pada semua yang mana saya dah jumpa apa yang saya cari selama ini, iaitu saya bersyukur kehadhrat ilahi dengan berkat berguru dengan haji hasyim selama ini, syukur alhamdulillah beliau telah pun menurunkan kepada saya lian tapak 100 asmaul husna, pukulan 7 hari, makam 7, lapis buah seminggu, bunuh singkir, lapis buah 21, buah syuhud dan syuhadah berserta dzikir bismillahiwassifah, jadi kepada mereka - mereka yang belum ada pelajaran - pelajaran seperti ini atau tak dapat daripada guru - guru mereka, maka saya dah pun bocorkan rahsia ini.

aduh! memang lepas ni saya memang teruk kena marah dengan haji hasyim kerana saya dah janji tak nak heboh - heboh, tapi saya rasa dah sampai masanya saya dedahkan siapa dan apa sebenarnya "LIAN PADUKAN" baiklah kalau ada diantara awak semua ada yang rasa tak sedap hati atau tak puas hati dengan saya insyaAllah, datanglah silalah berjumpa dengan saya, jemputlah ke rumah saya di alamat no. jalan jebat 19, taman ungku tun aminah, johor bahru. tapi kalau nak datang call dulu supaya saya tak kemana - mana ini nombornya 013 - 7366833 insyaAllah anda akan dilayan dengan sempurna dan selesanya.

wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum

Friday, April 1, 2011

Semua Kena Belajar...

Bismillahirahmanirahim...

Baru2 ni diadakan mesyuarat tergempar di peringkat Kuala Lumpur/Selangor berkenaan isu semasa MAGMA.Melalui organisasi ini setiap Mahaguru/Guru Utama serta guru-guru gelanggang digalakkan merebut peluang keemasan dalam mendapatkan pengiktirafan secara akademik ( Diploma,Degree,Master & PhD) melalui kerjasama MAGMA dan Universiti Terbuka Colombo,Sri Lanka.

Dengan usaha yang dilakukan ini sedikit sebanyak bakal mengubah lanskap perkembangan seni silat khususnya seni beladiri amnya..

Tahniah juga ingin diucapkan kepada Ayahanda Tuan Haji Hasyim selaku Guru Utama dan En. Shahrudin Ahmad a.k.a Cikgu Din Misai selaku Pengerusi LP Kuala Lumpur & Selangor diberi penghormatan bagi memperoleh Doktor Falsafah (Seni Beladiri).Mereka harus dijadikan ikon bagi setiap pelatih muda dalam mengejar ilmu yang tidak terbatas..

Tahniah juga kepada MAGMA dalam usaha murni ini.

Thursday, March 24, 2011

Sharing Is Caring (Part 1)

Bismillahirahmanirahim..

"Pat..Pat.. Siku Lipat..Musuh Leka Kita Sebat"
"Pat..Pat..Siku Lipat..Musuh Leka Kita Rembat"
" Pat..Pat..Siku Lipat..Musuh Leka Reju Rapat..Bertalu Berpadat-padat"

Tuesday, March 8, 2011

Kejayaan Bukan Datang Bergolek

Bismillahirahmanirahim..

Dewasa ini,ada yang terlampau ghairah beralih tahap sedangkan kualiti yang dipamerkan tidak layak diberi iktiraf.Selalu saya berpesan kepada diri saya sendiri dan pelatih-pelatih bersama bahawa peganglah selalu kata punjangga Pendekar Buah Pukul :-
" Belajar biar sedikit boleh dibuat tangkal..Jangan terkejar banyak yang tertinggal..akhirnya dapat sial tak fasal-fasal"

Saya masih ingat suatu masa disebuah gelanggang buah pukul di selatan tanah air,gurunya amat liat nak iktiraf permainan murid-muridnya selalu dujitempur sehingga timbul sedikit perasaan puas hati dengan pencapaian yang diperoleh barulah dialih buah / tahap.Selalu guru itu berpesan "Aku hanya akan ajar Lian kalau asasnya kamu pegang kuat dan apabila telah ku ajar Lian maka dirimu itu telah mampu berdiri untuk bertempur / bergaduh".Bagi pengamal-pengamal Lian Buah Pukul pastinya sinonim dengan kenyataan seperti guru ini.

Kepada mereka yang ghairah teruskan pemburuan ilmu anda secara bersungguh-sungguh namun setiap kejayaan bukan datang dalam sehari perlu usaha yang berterusan & sekata..

Monday, February 28, 2011

Pendapat : Keaslian Buah Pukul (Siri 1)

Bismillahirahmanirahim..

Semenjak dua ini ramai yang beranggapan Lian Padukan adalah buah pukul tidak asli. Kelakar & lucu sebenarnya nak lontarkan pendapat peribadi ini.Bimbang juga pemilik-pemilik gelanggang yang claimed 'mastership' dalam hal ini tersinggung..Tapi bila kenang apa yang dididik oleh guru-guru saya sekarang atau yang pernah mengajar serta mendidik saya iaitu setiap apa usaha kita waima dalam perbuatan pukul sekalipun kita mesti IKHLAS makanya saya ikhlas melontarkannya..

1. Asli lagikah Buah Pukul Mersing sejak ia diperkenalkan?

Saya berpendapat ia sudah tidak asli sejak azali diperkenalkan di Tanah Melayu.
Kenapa?? kerana permainan yang mendokong Buah Pukul itu sendiri.Pasti ramai ketahui bahawa BPM hasil daripada permainan yang dibawa Sheikh Abdul Rahman Yunan digabungkan atau dikacukkan atau dalam istilah baru moden di PADUKAN dengan Silat Sunting ( Awang Daik) dan Silat Sendeng ( Pak Long Mohd Yassin a.k.a Long Mamat).Kenapa ia diPADUKAN sedangkan jika logik akal Syeikh Abd Rahman yang memenangi sayembara tersebut?Sepatutnya jika ikut resam silat lama..hanya silat yang hebat yang menjadi teras & amalan tetapi kenapa usaha MEMADUKAN oleh Syeikh Abdul Rahman Yunan tetap dilakukan sehingga melahirkan BPM? Jadi untuk menjawab soalan pokok diatas Buah Pukul Mersing sejak azali lagi sudah sememangnya tidak asli a.k.a original.

2. Masih adakah Buah Pukul aliran dari Mersing & Endau yang asli/original?

Mungkin ada & juga mungkin tiada lagi yang asli.Kenapa saya berkata demikian? Melalui pengalaman saya setiap guru yang mengajar pastinya mengatakan bahawa apa yang diajar adalah asli tetapi setiap dari mereka juga turut sedikit sebanyak membuat modifikasi serta pertambahan buah dan teknik yang difikirkan dan dirasakan sesuai serta relevan.makanya apa yang dikata sudah tidak serupa bikin.Perlukah salahkan mereka?? Jawapan ikhlasnya tidak..kerana mereka berhak modifikasi agar ia boleh diandalkan untuk digunakan oleh diri sendiri dan anak muridnya.Dari situ
datangnya kredibiliti dan 'saham' guru tersebut bagi pengamal buah pukul.

(bersambung)

TAHNIAH : LIAN PADUKAN DI METRO AHAD

Bismillahirahmanirahim..

Syukur kehadrat Illahi diatas rahmatNya,Lian Padukan sekali lagi diberi ruang didalam akhbar Metro Ahad.Tahniah & Syabas diucapkan kepada semua yang bertungkus-lumus terbabit terutama Ayahanda Hj Hasyim, Pengerusi KL/Selangor Cikgu Din Misai dan Setiausaha Agong LP Malaysia,Cikgu Sham Giant.

Simpanlah keratan akhbar ini untuk kenang-kenangan dimasa hadapan serta ia merupakan dokumen tak ternilai bagi rujukan generasi akan datang..

Wednesday, January 26, 2011

TAHNIAH LIAN PADUKAN !

Bismillahirahmanirahim

Bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana diberi kesempatan olehNya untuk menyertai demo Lian Padukan pada pagi tadi bertempat di Laman Hadapan Sri Pentas TV3 bagi menjayakan program Malaysia Hari Ini (MHI).Tahniah diucapkan kepada semua yang terbabit.

Semoga Lian Padukan terus menjadi pendahulu membuka jalan agar masyarakat umum mengenali aliran Buah Pukul amnya dan Lian Padukan khasnya.Sesungguhnya walaupun ada pihak yang mengatakan bahawa permaianan Lian Padukan sudah tidak original Buah Pukul tetapi sesuatu yang mencapai evolusi dari zaman berzaman juga turut terima perubahan walau tidak ketara makanya tiada yang boleh menganggap dirinya serta permainannya masih original kerana sekiranya anda menidakkan evolusi tersebut bermakna anda secara tidak langsung menghina kebijaksanaan serta keistimewaan setiap guru-guru otai dan pengamal lama aliran buah pukul yang sentiasa mengolah agar buah pukul yang diamalnya terus relevan untuk generasi seterusnya..

Bersatulah agar aliran Buah Pukul kembali gah dimata masyarakat melayu khasnya.Peganglah pepatah ini " SENJATA LAPAN GAYANG LIMA TAK LIAN PADUKAN HILANG DI DUNIA"

Sunday, January 23, 2011

Latihan..Latihan..Latihan..Membentuk Peribadi Diri Petarung

Bismillahirahmanirahim..

Izinkan saya merakamkan jutaan tahniah kepada Persatuan & Akademi diatas penerbitan artikel Perguruan Lian Padukan didalam akhbar New Strait Times (NST) dan Utusan Malaysia (22hb Januari 2011).Saya juga ingin mengucapkan Tahniah & syabas juga diatas jemputan Media Prima Bhd melalui program Malaysia Hari Ini TV3 yang bakal ditayangkan siaran langsung pada pagi Rabu (26hb Januari 2011) ini.Saya doakan semoga apa yang kita impi rancangkan untuk melihat Lian Padukan berkembang dan maju jaya.

Bagi golongan yang memfitnah dan akan terus begitu saya doakan semoga mereka hentikan usaha anda kerana tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada pekembangan aliran Buah Pukul amnya Lian Padukan khususnya.Mari kita duduk semeja berdialog mencari titik persamaan dan merancang faedah-faedah bersama dalam mengembangkan aliran ini ke persada nasional dan antarabangsa.Sahutlah cadangan saya dalam menyambut Jubli Emas Buah Pukul tahun hadapan agar dapat kita peroleh manfaat bersama dalam program-program yang bakal kita laksanakan.Jangan kita masih ditakuk minda yang tidak terarah apa-apa kemajuan.Jika pada mula ia dikembangkan di bumi Mersing kemudian ke seluruh tanah & jajahan takluk Johor serta selatan Pahang

Berbalik kepada tajuk kali ini,iaitu dengan latihan berterusan boleh membentuk peribadi seseorang dalam menghadapi cabaran hidup yang mendatang tidak kira dalam apa jua bidang yang kita ceburi terutama sebagai Petarung atau Fighter dalam istilah bahasa Inggerisnya.Sedar atau tidak kita semua adalah petarung..tidak kira samada anda mempelajari Seni Mempertahankan Diri,Seni Pergaduhan/Tempur atau tidak.Kita sama-sama bertarung untuk mencapai misi dan visi yang kita rancangkan.

Dalam aspek Lian Padukan,suka dan dengan hormatnya ingin saya berkongsi pengalaman saya berguru dengan antara 3 guru pertama saya didalam perguruan ini.Mereka adalah Cikgu Azhar di Kapar,Cikgu Din Misai ( KL/Selangor) dan juga Ayahanda Hj Hasyim. Al- Fatihah sentiasa saya fidyahkan kepada guru-guru saya.Terima kasih kepada semua. Cikgu Azhar mengikut ceritanya seorang yang 'buta beladiri' kerana tidak pernah menyertai mana-mana perguruan sebelum jatuh cinta dengan permainan Lian Padukan.Katanya dia jatuh cinta diatas konsep 'no nonsense' dalam silibus Lian Padukan.Dipendekkan cerita dengan Cikgu Azhar saya dididik asas Lian Padukan yang kuat.Seorang guru yang terbuka dan bersikap seperti abang kepada pelatih -pelatih digelanggang dan tidak mudah melatah dengan isu-isu semasa banyak mempengaruhi diri saya.Beliau sentiasa memberi motivasi agar terus maju serta sentiasa berpesan sekiranya berpeluang singgahlah kemana-mana gelanggang Lian Padukan yang ada untuk merasa tangan dan kaki guru-guru lain disamping berkongsi pengalaman dan ilmu dengan pelatih-pelatih yang lain.

Minggu kedua saya berlatih dibawah asuhan Cikgu Azhar telah mempertemukan saya dengan Pengerusi Lian Padukan Kuala Lumpur/Selangor iaitu Cikgu Din Misai atau lebih senang dikenali sebagai Abang Din.Abang Din pada pertemuan pertama cukup mesra mungkin kerana tahu saya pernah belajar Buah Pukul..tetapi seorang guru yang tegas serta tidak berkompromi dengan kualiti semasa melatih kami.Apa yang saya perolehi di gelanggang beliau berbeza dengan di Kapar.Beliau menerapkan aplikasi-aplikasi Lian Padukan yang boleh digunakan secara realitik dan pelbagai di medan tempur.Setiap pelatih sejak dari zaman Cikgu Azhar lagi dilatih oleh Abang Din melalui kaedah simulasi situasi tempur realistik samada anda berada di disko..di tepi jalan..didalam surau waima didalam meja makan sekalipun.Disamping itu beliau menerapkan pembentukan secara serius sikap keyakinan,kesombongan serta berani dan cekal kepada setiap pelatih agar tidak mudah menyerah kalah dalam setiap pertarungan.Beliau tidak kering dengan pelbagai idea simulasi situasi dan buah yang kebanyakkannya lebih kepada pengolahan mengikut tahap setiap pelatih.Kesimpulannya beliau memang orang yang tepat dan layak sebagai seorang abang long memimpin Lian Padukan di Lembah Kelang.

Dalam perjalanan saya dalam perguruan ini, saya juga berasa bangga kerana diberi peluang oleh guru-guru saya bertemu dan berguru dengan Guru Utama Lian Padukan Malaysia sendiri iaitu Ayahanda Haji Mohamed Hasyim Haji Mohamed Salleh atau lebih dikenali sebagai Hj Hasyim.Ayahanda Hj Hasyim lebih bersifat kebapaan kepada setiap pelatih.Sentiasa bersuara lembut & santun apabila menerangkan sesuatu tetapi bertukar sasa,ganas & pantas apabila melatih dan menunjukkan teknik serta taktik didalam Lian Padukan.Banyak memberi petua-petua baik dari segi tempur,perniagaan serta kehidupan seharian.Mengikut ayahanda sikap beliau terhadap anak-anak murid banyak dipengaruhi oleh 2 individu antara guru-guru peribadinya iaitu Allahyarham Abdul Razak Shariff ( Abang Yak ) dan Pengasas Allahyarham Mohamad Bin Chik ( Pak Mat Kedidi ).Lihatlah saudara-saudari betapa besarnya pengaruh latihan yang diterapkan oleh guru-guru kita dalam membentuk keperibadian kita sebagai Petarung atau Fighter dalam apa jua yang kita ceburi.

Akhir kata,janganlah kita leka dan sambil lewa semasa didalam gelanggang latihan kerana melaluinya kita dilatih dan terus dilatih agar menjadi lebih baik dan teratur serta berjaya.Hargailah guru-guru kita yang banyak berkorban demi melihat kita berjaya.

Sunday, January 9, 2011

Berlatih...Berlatih...Agar Biasa & Selesa

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t bila melihat ada lagi pelatih baru yang datang ke gelanggang Kelana Jaya baru-baru ini ( Insyallah next week Sabtu ke Kapar pula).

Bagi yang baru mendaftar & berjinak-jinak dalam Lian Padukan..Tahniah kepada anda.Teringat ketika saya mula-mula mendafter & berlatih dulu..

Pelajaran yang harus diberi fokus ialah Pelampas & Jurus 1 ( Ibu)..Pelampas sebagai senaman / latih tubi pra-latihan penting untuk memberi kecergasan optimum serta ketahanan otot serta stamina semasa dalam latihan.Setiap perbuatan yang disilibuskan terdapat cerita disebaliknya..Antaranya kenapa perlu melakukan pelampas? apa faedahnya? bagaimana ia membantu pelatih untuk kekal fit semasa latihan?

Perbuatan jurus satu adalah permulaan kepada 1001 persoalan dan perbuatan..dari langkah pertama inilah menentukan siapa diri kita...dimana tahap kita bakal berada..mampukah kita berdiri..dari perbuatan ini menghasilkan keyakinan..menghadirkan ketahanan fizikal & mental serta melahirkan jati diri...

Teruskan latihan demi latihan...jangan mudah menyerah diri..jangan cepat berpuas hati..Agar biasa & selesa bila kita memerlukan.Selamat berlatih